Salam Lebaran dan salam Kemerdekaan.. hari ni Sabtu 3 September 2011 jam 8.39 malam , lokasi biasa...
Cuti dah habis, seminggu bukan lama sangat, tapi bagi sebahagian besar warga KMTK yang bercuti lebih dua minggu mungkin esok ada masalah sikit untuk start enjin nak mulakan tugas, tak kisahlah Pensyarah ke, pelajar ke masalah lepas cuti melibatkan mood tetap sama ja kecuali bagi individu yang sentiasa bersemangat tinggi.
ok aku balik macam biasa petang Khamis 25 Ogos lalu, sebelum tu aku sempat bersalaman dan mengucap selamat hari raya pada Pengarah, KJPP dan beberapa kakitangan pentadbiran, yang lain tak sempat nak jumpa, ada yang dah bercuti dan ada yang dah balik..perasaan aku berbaur-baur antara seronok nak balik kampung, malas nak berkunjung dan makan secara paksa macam2 makanan raya nanti...dan lepas tu sakit perut macam tu lah selalunya aku, sejakAhad lagi hujan tak berhenti2, dan esoknya tu, pagi Jumaat, aku ke tesko Mergong untuk beli beberapa barangan. Orang ramai gak lah, lepas solat aku bersiap sedia untuk ke Kampung Sungai Padang sebab nak berbuka puasa rumah adik, esoknya Sabtu hujan lagi jam 10 kami ke Alor Star beli baju raya, peenattt orang ramai cukup meletihkan..sampai kat rumah dah jam 3.00 petang, jam 5.00 keluar pulak untuk berbuka di rumah kakak di Alor Janggus
Pagi Ahad aku dan wife balik ke Pokok Sena rumah mak mertua dan malam tu aku solat tarawih untuk kali terakhir Ramadhan tahun ni, esoknya jam 9.00 29 Ogos sekali lagi kami Tesko dan sebelum tu ke KH untuk beli keperluan raya, beli lemang, daging dan ada la sikit makanan khas untuk raya, pagi raya jam 6.30 aku dah tolong wife masak nasi untuk menu raya, tahun ni kami buat nasi daging, tahun2 sebelumnya asyik bihun sup saja, lepas solat raya aku ziarah kubur aruah ayah, kemudian ziarah rumah jiran2 dan jam 11.00 balik Pokok Sena untuk ke umah Tok Wan sebelah wife dan beberapa ahli keluarga di Kampung Bukit.
Hari Raya Kedua kami sekeluarga bersama adik-beradik aku ke Sungai Baru untuk ziarah keluarga Adik2 aruah ayah dan kemudian ke Sungai Korok Pida 10 untuk ziarah adik beradik mak pula, sepanjang perjalanan ni kenderaan sesak sangat dan ada dua tiga kemalangan berlaku biasanya kes liwat, buntut kereta langgar buntut kereta, liwat la tu,
Raya ke tiga kami balik lagi ke Pokok Sena sebab Biras ajak kami ke Padang Besar jalan-jalan ramai pengunjung waktu ni, sambutan merdeka pun aku dah lupasebab sama naik ja dengan raya malah aku rasa tenggelam sambutan merdeka tu dek lalok cicah ketupat. jam 6.00 petang balik dari Pokok Sena aku dan wife serta adik aku ke Kubang Jawi ziarah kak pulak...
Pagi Jumaat 2 September jam 7.00 aku ke Pasar Borong kat Mergong untuk beli ikan dan sayur sebab nak buat BBQ, ikan tak banyak tapi orang ramai, beli kelam kabut macam dunia dah nak kiamat aku rasa ramai nak buat open house kot..dek tak puashati aku ke Pasar Besar Alor Star kat sini banyak ikan, dan lebih senang sebab keadaanya lebih tersusun, aku beli ayam, ikan keli dan ikan2 lain, jam 10.00 keluar lagi ngan wife ke Kubang Rotan untuk beli ikan tapi masa tu nelayan belum lagi balik dari laut, sepatutnya jam 3.00 aku patut ke Reunion kat sekolah lama tapi...malas.. dan rasa meluat dengan aktiviti dan muka2 yang sama ja....kadang2 depa berinteraksi dalam facebook bukan main tapi bila tiba waktu function tak mai pun, aku malas..
Sabtu 3 September kami balik Pokok Sena dan jam 10.00 kami balik ke Pendang, cuci2 rumah dan zzzzzz...hinggalah saat aku tulis blog ni.. gambar ada 2,3 keping, malas aku nak upload..jadi post ni tiada apa 2 bukti untuk rentetan pengalaman ni...
No comments:
Post a Comment