SELAMAT DATANG

Tuesday, September 6, 2011

Lawatan singkat aku terperanjat..

Hari ni 6 Sertember 2011, hari Selasa jam 8.39 malam...Hujan baru  ja reda kat lokasi biasa aku menulis..

Pas punchkad pagi 21 Ogos lalu, aku berselisih dengan Pengarah kat Pejabat, "Lan semua staff Library mai hari ni? Aku dengan over confidentnya berkata,"Semua mai Tuan Haji." sat gi pihak pengurusan nak pi lawat Library...

Biasalah lawatan kita kena bersedia, dulu kalau ada lawatan kat Bahagian Koleksi Kedah, aku selalu bagi taklimat, kalau yang melawat tu budak-budak sekolah Rendah, 10 minit aku dok bercakap mulut depa dok ternganga lagi, heran dalam hati mungkin, manaalaa pi sebelah lagi tangan mamat ni, tapi selepas tu oklah, tapi kena budak2 tadika lagilaa,siap mai dekat nak tengok atas bawah , atas bawah pelik dia, 

Jadi rombongan tu disertai oleh Pengarah, 3 orang Ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif Kanan, diajak sekali Pegawai ICT, bila sampai depan pintu Library ja dah pun kena, Logo larangan kat pintu kecik sangat, masuk tengok ruang pameran kemerdekaan ok cuma bahan pameran tu tak berapa elok persembahannya, aku terima sebab bahan tu aku pinjam dari Library Kedah melalui ruang Rujukan Utama aku dicadangkan seragamkan kerusi agar lebih cantik, sampai ke bilik Rujukan, aku disyorkan buat kertas kerja untuk minta prabot/perkakasan yang Library perlukan, 

Melalui Server yang duduk kat tempat yang tak strategik, aku diharapkan fikirkan kaedah untuk cover kotak server agar tak nampak kelibatnya yang mencacatkan pandangan insan di perpustakaan. Sampai kat ruang rehat/santai pengguna aku kena sesuaikan keadaan agar tidak menyekat laluan aku untuk masuk ke Bilik PUSTAKAWAN, sampai ke hujung Perpustakaan, aku katakan yang masalah ni dah lama aku maklumkan kepada pihak berkenaan tapi laporan tak beri kesan, bumbung kebocoran terus dibiarkan, kerap pula hujan berkunjung sakan, lecak dan becaklah KMTK punya perpustakaan(masalah ni baru ja selesai ketika post ini aku tulis),

Unit BI, ambik kesempatan, letak dua pokok konon untuk hiasan, aku tak sanggup untuk urus penjagaan, kerja aku pun berlambak tak sempat nak laksanakan, kecutlah daun pokok hiasan , tak kena matahari , air pun tak dicurahkan, tak pasal2 timbul beban macam Palestin-Israel,dapat aku umpamakan..  






Lawatan berakhir sekitar jam 11.00, aku rasa lega sebab, wife tak sihat pagi tu, dia ajak aku ke Klinik diGuar Chempedak..sebenarnya sekelumit pun aku tidak merasakan yang cadangan dan teguran tersebut membebankan, cuma seperti mana kata PUSTAKAWAN KMPP pada peringkat permulaan penubuhan Kolej2 Matrikulasi hampir 10 tahun dulu, peruntukan dari bahagian agak besar, kini sumber peruntukan yang ada agak terhad, jadi kolej terkemudian seperti KMTK perlu kreatif memajukan segala-galanya, dan sebenarnya setiap cadangan/penambahbaikkan yang diusulkan adalah lahir dari permasalahan yang aku luahkan dan hadapi di Perpustakaan KMTK sendiri..begitulah adanya sebuah diari lawatan..sekian..

No comments:

Post a Comment