SELAMAT DATANG

Sunday, September 18, 2011

Mendakap lebaran sambutan Jabatan...

Ahad 18 Sertember 2011, macam yang selalu aku sebut..detik waktu terus berlalu..jam 9.14 malam lokasi biasa..

Sambutan Aidilfitri di Jabatan sememangnya bukanlah sesuatu yang asing pada aku, cuma jika pihak jabatan mengundang mahkluk asing barulah ia akan jadi pelik. Baru2 ni iaitu pada 7 September kolej anjurkan jamuan raya..sambutan biasa ja, cuma ada sedikit kesukaran pada aku, dan ada sedikit perbezaan dari Jabatan 2 lama aku, di sini sebahagian besarnya adalah pelajar dan bukannya kakitangan semata-mata...di sini ada satu keperluan yang semacam wajib tapi tak di maktupkan sebagai syarat utama, setiap individu harus berbaju Melayu lengkap. inilah yang memberi aku sedikit masalah, baju raya aku tidak pernah lengkap, aku hanya membeli sehelai baju Melayu, kain pelikat, songkok dan selipar jika perlu, tidak ada sampin mahupun keris atau pistol buat tampak pahlawan Melayu, memang kebiasaan aku macam tu aku tak pernah beli sepasang sebab seluarnya nanti aku takkan pakai , senang sekali aku berkain pelikat kalau solat Jumaat..dan terlalu sukar aku nak mengenakan sampin, minta tolong orang pakaikan pun sukar sebab ramai orang tahu suap mulut sendiri dan tak pandai nak suap mulut orang, kalau kita tengok pengantin suap-menyuap tu pun sebab Cameraman suruh dan tengah galak nak tunjuk kat orang, walhal tulah sekali dia suap laki dia sampailah laki dia tu nyanyuk atau kembali kebatu dua blakang masjid.

Jadi disini dah dua kali aku hanya berbaju tanpa bersampin, jam 7.30pagi dah rasa kemeriahannya, semua pelajar dah lengkap berbaju melayu sebagai seorang yang bertanggunjawab tetap malu dan segan bila aku tidak seperti sepatutnya, pada orang memanglah kecil punya hal pun mau kecoh ka, bukan pa aku nak bersama2 memeriahkannya tu ja, buat orang tak kisah tak hadir pun tak pa, tapi aku memang selalu ambik kisah semasa majlis berlangsung suka aku imbas kenangan di Library Kedah dulu, dua minggu lagi nak raya  semua unit pulun dok hiaskan bahagian masing, buat hiasan lemang, ketupat, pelita,lampu dan segala macam persiapan, Di sini nampak kurang mungkin enjin lambat panas, tambah2 mana ada peruntukkan nak hias2 tapi di Library Kedah dulu, siap ada cabutan bertuah lagi,dan aku pun ada jugak bertuahnya, sambil2 makan ada ada nyanyian dan persembahan dari kakitangan dari setiap unit, dan aku pulun makan puas2 tahun 2003 tu lepas selesai nyanyi lagu Jamal Abdillah.masa tu semua staff baru kena dan wajib menyanyi Di sini tak boleh macam tu, sambutannya simple, mana boleh nyanyi2 tak sesuai dan budaya tu pada aku tak yah la buat, nanti staff tak lalu nak makan sebab dok mengeletar  . Disini Pas boss berucap sikit terus makan, mudah ja..

Di KL lebih kurang ja sambutannya cuma seronok sebab kaum2 lain join sekali, nyanyian ada gak sikit, menu tu sama ja, ketupat, lemang nasi himpit, yang tu ja lah selalunya belum lagi aku jumpa jamuan raya hidang Piza atau ayam KFC tapi kat KL ada depa buat pertandingan pakaian terbaik, fesyen menarik pa bala semua, belum la aku jumpa pertandingan makan terbanyak di jalankan semasa jamuan raya..apa pun aku hanya sempat setahun ja makan ketupat di KL



Untuk post ni aku minta staff aku tolong ambikkan gambar, dek kerana kerja kat kolej Teknikal, kamera aku pun mengada2 alami masalah teknikal jadi sikit ja gambar yang ada dah tu tak elok plak tu, dan untuk tahun depan aku akan pakai sampin siap2 sebelum tidoq, jadi senang..cumaaa kalau rasa nak tambah pelaburan ASB macamana haaa.jeng jeng jeng puas pulak nak menyelak tapi tak pa mungkin ada jual Sampin yang di sertakan sekali mangkuk tandas bersama mineral water..he..he.he..

No comments:

Post a Comment