SELAMAT DATANG

Monday, September 19, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 6

19 September 2011 Isnin, jam 9.05 malam lokasi kuarters kmtk 

memulakan kehidupan di Wisma SMBSI agak mudah, kedai runcit dekat, tak jauh pun dengan Kuala Lumpur Internasional Hotel. masa tu Sham ada kereta jadi minggu pertama tu aku keluar dengan Sham pi beli TV, Kipas angin pingan mangkuk dan segala keperluan untuk memasak, tapi kami tetap senang makan kat kedai, Sham takkan masak mungkin dia jijik dengan keadaan dapur yang teruk tu.  walaupun ada peti ais tetap menjijikan tekak, apa tidaknya, budu yang dah berminggu2 , minuman dan segala makanan yang dah berkulat ada tersedia kat dalam tu, semua tu Ayop punya kerja. Dia beli makan sikit dan buang kat dalam peti, peti jenama National tu tahan, cuma tak pernah bercuci, Sham bersihkan peti Ais tu, dapatlah aku letak bahan2 masakan macam kicap,santan, minuman kepunyaanku, Sham beli mineral pot, aku beli penapis air, macam tulah kami berkongsi diperingkat awal. Aku akan balik kampung dua minggu sekali, dan ada sekali kebetulan dia nak balik Kangar sebab wife dia orang Utara, masa tu aku tumpang dia.

malam selalunya kami naik keta makan kat kampung Baru, tikus sebesar lengan akan sentiasa menemani kami, pernah sekali dia bawa aku tengok Lorong Haji Taib he he..itulah kenangan kami. kadangkala waktu pagi aku tumpang Sham dan adakala aku lebih suka berjalan kaki, dalam 25 minit sampailah TH Shelborn Sham tingkat 17, aku tingkat 18, kadang 2 masa balik aku tumpang Azizi, Penolong Pegawai kawan sepejabat Sham..

selepas beberapa bulan tinggal berkongsi aku dapat rasakan ada sesuatu yang buat aku kurang selesa, puncanya adalah dari aku yang kuat berdengkur Sham ada menegur tapi benda tu bukanlah masalah besar sangat.. setiap malam kalau tak letih kami suka sembang2 hal kerja dan apa saja isu yang boleh diborakkan..Bulan September 2009 Sham maklumkan yang wife dia dah dapat bertukar ke Hospital KL, dia rancang untuk menyewa di rumah yang lain, masa tu aku buat keputusan untuk terus menghuni rumah tu. masuk bulan Oktober tinggallah aku seorang, sempat aku ajak Sham pegi beli Mesin basuh, selesai satu masalah yang berat..membasuh baju..mulanya agak sepi, kos sewa rumah menjadi RM300.00 tapi gaji lebat kat KL duit bukan masalah sangat..Aku minta tolong Madi pegi beli kipas,dan beberapa barang yang aku perlukan, Sham beli kipas 14 inci , aku beli 16 inci, masa tu aku rasa bebas sepenuhnya dan berkuasa mutlak pada bilik tu, aku hidup dalam dunia aku sendiri, bila sunyi dan sedih mengundang aku hiburkan hati dengan melayan kenangan, hari Jumaat moment paling best,aku akan layan movie kt tv, jam satu atau dua baru tidoq. pagi Sabtu pas membasuh aku pegi kedai beli barang untuk masak, masak biar boleh makan sampai malam senang, macam tulah kehidupan  aku hujung tahun 2009 tu BERSAMBUNG....   

Sunday, September 18, 2011

Mendakap lebaran sambutan Jabatan...

Ahad 18 Sertember 2011, macam yang selalu aku sebut..detik waktu terus berlalu..jam 9.14 malam lokasi biasa..

Sambutan Aidilfitri di Jabatan sememangnya bukanlah sesuatu yang asing pada aku, cuma jika pihak jabatan mengundang mahkluk asing barulah ia akan jadi pelik. Baru2 ni iaitu pada 7 September kolej anjurkan jamuan raya..sambutan biasa ja, cuma ada sedikit kesukaran pada aku, dan ada sedikit perbezaan dari Jabatan 2 lama aku, di sini sebahagian besarnya adalah pelajar dan bukannya kakitangan semata-mata...di sini ada satu keperluan yang semacam wajib tapi tak di maktupkan sebagai syarat utama, setiap individu harus berbaju Melayu lengkap. inilah yang memberi aku sedikit masalah, baju raya aku tidak pernah lengkap, aku hanya membeli sehelai baju Melayu, kain pelikat, songkok dan selipar jika perlu, tidak ada sampin mahupun keris atau pistol buat tampak pahlawan Melayu, memang kebiasaan aku macam tu aku tak pernah beli sepasang sebab seluarnya nanti aku takkan pakai , senang sekali aku berkain pelikat kalau solat Jumaat..dan terlalu sukar aku nak mengenakan sampin, minta tolong orang pakaikan pun sukar sebab ramai orang tahu suap mulut sendiri dan tak pandai nak suap mulut orang, kalau kita tengok pengantin suap-menyuap tu pun sebab Cameraman suruh dan tengah galak nak tunjuk kat orang, walhal tulah sekali dia suap laki dia sampailah laki dia tu nyanyuk atau kembali kebatu dua blakang masjid.

Jadi disini dah dua kali aku hanya berbaju tanpa bersampin, jam 7.30pagi dah rasa kemeriahannya, semua pelajar dah lengkap berbaju melayu sebagai seorang yang bertanggunjawab tetap malu dan segan bila aku tidak seperti sepatutnya, pada orang memanglah kecil punya hal pun mau kecoh ka, bukan pa aku nak bersama2 memeriahkannya tu ja, buat orang tak kisah tak hadir pun tak pa, tapi aku memang selalu ambik kisah semasa majlis berlangsung suka aku imbas kenangan di Library Kedah dulu, dua minggu lagi nak raya  semua unit pulun dok hiaskan bahagian masing, buat hiasan lemang, ketupat, pelita,lampu dan segala macam persiapan, Di sini nampak kurang mungkin enjin lambat panas, tambah2 mana ada peruntukkan nak hias2 tapi di Library Kedah dulu, siap ada cabutan bertuah lagi,dan aku pun ada jugak bertuahnya, sambil2 makan ada ada nyanyian dan persembahan dari kakitangan dari setiap unit, dan aku pulun makan puas2 tahun 2003 tu lepas selesai nyanyi lagu Jamal Abdillah.masa tu semua staff baru kena dan wajib menyanyi Di sini tak boleh macam tu, sambutannya simple, mana boleh nyanyi2 tak sesuai dan budaya tu pada aku tak yah la buat, nanti staff tak lalu nak makan sebab dok mengeletar  . Disini Pas boss berucap sikit terus makan, mudah ja..

Di KL lebih kurang ja sambutannya cuma seronok sebab kaum2 lain join sekali, nyanyian ada gak sikit, menu tu sama ja, ketupat, lemang nasi himpit, yang tu ja lah selalunya belum lagi aku jumpa jamuan raya hidang Piza atau ayam KFC tapi kat KL ada depa buat pertandingan pakaian terbaik, fesyen menarik pa bala semua, belum la aku jumpa pertandingan makan terbanyak di jalankan semasa jamuan raya..apa pun aku hanya sempat setahun ja makan ketupat di KL



Untuk post ni aku minta staff aku tolong ambikkan gambar, dek kerana kerja kat kolej Teknikal, kamera aku pun mengada2 alami masalah teknikal jadi sikit ja gambar yang ada dah tu tak elok plak tu, dan untuk tahun depan aku akan pakai sampin siap2 sebelum tidoq, jadi senang..cumaaa kalau rasa nak tambah pelaburan ASB macamana haaa.jeng jeng jeng puas pulak nak menyelak tapi tak pa mungkin ada jual Sampin yang di sertakan sekali mangkuk tandas bersama mineral water..he..he.he..

Monday, September 12, 2011

Malang tak mungkin berbau...

12 September 2011, jam 9.37 malam , lokasi yang sama..

Ini kisah yang dah beberapa bulan berlalu, waktu aku belum ada blog nak dipostkan..tetiba tertengok aku beberapa keping gambar dalam laptop wife, buat aku rasa ingin berkongsi sesuatu..15 Februari 2011 lalu, aku percaya ramai orang tengah seronok bercuti..hari malang tu adalah hari Selasa, cuti Maulidur Rasul. Aku dan wife dari Pokok Sena masa tu, wife ajak aku menemaninya untuk 'menyiasat kes', wife aku bukan ajen CIA, FBI, atau seumpamanya, dia pegawai Jabatan Kebajikan, kerjanya membantu orang miskin,orang OKU , orang Tua dan masyarakat yang perlukan bantuan.

Kami ke Ladang Jabi, Taman perumahan masyarakat yang majoritinya orang India untuk siasat permohonan yang mereka buat atas alasan kepayahan hidup dan segala macam keperluan yang menuntut bantuan kerajaan. 4 buah rumah kami siasat lepas selesai kami singgah sarapan di sebuah gerai tepi jalan area Jalan Langgar,masa makan aku renung kereta yang kami kongsi bersama, aku merenung calar malar, kemek remek yang menghiasi body kereta kami yang montok itu,itulah kenangan yang wife aku hasilkan sebagai satu seni yang indah untuk tatapan, kenangan dari seorang wanita yang baru mengenal stereng kereta, habis segala tiang, nenek tiang dilanggarnya. Dan aku tak berani memuji peningkatan kemahiran memandu isteriku ini,ini kerana setiap kali memuji pasti akan ada tiang lagi dilanggarnya, itulah monolog yang aku mainkan sewaktu menelan daging masak kicap sambil menyedut teh ais pagi tu..

Sampailah ke lokasi kejadian, kawasan bernama Kuala Sungai berhampiran Kubang Rotan, deretan kenderaan baru saja bergerak perlahan takkala lampu isyarat brtukar hijau,tetiba dan tersuddenly di atas garisan berkembar sebuah mercedes memotong kenderaan di depannya dan masuk ke laluan bertentangan kenderaan kami..maka kedebommm bushhh prekkk wife menjerit tapi aku kira jeritan aku lebih kuat..kereta senget sebelah dan terhentak di jalan , kami panik dan tergamam,inilah pertama kali seumur hidup aku terlibat dalam kemalangan, perlanggaran yang agak kuat dari sudut kanan pemandu.. bila firsttime tentulah kami akan buat silap. Aku arahkan wife terus memandu ke bahu jalan semata-mata untuk elak kesesakan,ramai jugak yang berhenti tengok, tapi bila kami keluar dari kereta dan masih hidup sambil senyum2 harimau, mereka tak kisah sangat lagipun tak menghalang jalan. 

beberapa minit kemudian sebuah kenderaan berhenti, pemandunya yang ketika itu bersama isteri dan anaknya, memaklumkan bahawa beliau memandu di belakang kenderaan kami dan melihat kejadian tersebut..beliau segera memintas kenderaan Mercedes yang cuba melarikan diri dan memaksa pemandunya untuk datang kepada kami untuk memuat penyelesaian, malangnya pemandu mangkok itu terus melarikan diri.

Kesilapan kami menurut kerani bengkel kereta yang kami jumpa adalah, tidak mengambil gambar keadaan kenderaan selepas kejadian  di lokasi kemalangan, kedua kami perlu membuat laporan polis dengan berharap pemandu mangkok itu turut membuat laporan, maka claim atas insuran pemandu mangkok itu boleh lah dilakukan tetapi jika mangkok itu terus menghilang kamilah yang menanggung kerugian. kesilapan seterusnya adalah segala dokumentasi yang diperlukan tidak dapat disediakan dengan cepat, geran dan segala mak nenek dokumen entah kemana duduknya..ini yang melambatkan proses tuntutan insuran..pangjang lagi cerita ni tapi cukuplah dulu...dan saksikanlah , syukur kami masih bernyawa..



Tuesday, September 6, 2011

Lawatan singkat aku terperanjat..

Hari ni 6 Sertember 2011, hari Selasa jam 8.39 malam...Hujan baru  ja reda kat lokasi biasa aku menulis..

Pas punchkad pagi 21 Ogos lalu, aku berselisih dengan Pengarah kat Pejabat, "Lan semua staff Library mai hari ni? Aku dengan over confidentnya berkata,"Semua mai Tuan Haji." sat gi pihak pengurusan nak pi lawat Library...

Biasalah lawatan kita kena bersedia, dulu kalau ada lawatan kat Bahagian Koleksi Kedah, aku selalu bagi taklimat, kalau yang melawat tu budak-budak sekolah Rendah, 10 minit aku dok bercakap mulut depa dok ternganga lagi, heran dalam hati mungkin, manaalaa pi sebelah lagi tangan mamat ni, tapi selepas tu oklah, tapi kena budak2 tadika lagilaa,siap mai dekat nak tengok atas bawah , atas bawah pelik dia, 

Jadi rombongan tu disertai oleh Pengarah, 3 orang Ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif Kanan, diajak sekali Pegawai ICT, bila sampai depan pintu Library ja dah pun kena, Logo larangan kat pintu kecik sangat, masuk tengok ruang pameran kemerdekaan ok cuma bahan pameran tu tak berapa elok persembahannya, aku terima sebab bahan tu aku pinjam dari Library Kedah melalui ruang Rujukan Utama aku dicadangkan seragamkan kerusi agar lebih cantik, sampai ke bilik Rujukan, aku disyorkan buat kertas kerja untuk minta prabot/perkakasan yang Library perlukan, 

Melalui Server yang duduk kat tempat yang tak strategik, aku diharapkan fikirkan kaedah untuk cover kotak server agar tak nampak kelibatnya yang mencacatkan pandangan insan di perpustakaan. Sampai kat ruang rehat/santai pengguna aku kena sesuaikan keadaan agar tidak menyekat laluan aku untuk masuk ke Bilik PUSTAKAWAN, sampai ke hujung Perpustakaan, aku katakan yang masalah ni dah lama aku maklumkan kepada pihak berkenaan tapi laporan tak beri kesan, bumbung kebocoran terus dibiarkan, kerap pula hujan berkunjung sakan, lecak dan becaklah KMTK punya perpustakaan(masalah ni baru ja selesai ketika post ini aku tulis),

Unit BI, ambik kesempatan, letak dua pokok konon untuk hiasan, aku tak sanggup untuk urus penjagaan, kerja aku pun berlambak tak sempat nak laksanakan, kecutlah daun pokok hiasan , tak kena matahari , air pun tak dicurahkan, tak pasal2 timbul beban macam Palestin-Israel,dapat aku umpamakan..  






Lawatan berakhir sekitar jam 11.00, aku rasa lega sebab, wife tak sihat pagi tu, dia ajak aku ke Klinik diGuar Chempedak..sebenarnya sekelumit pun aku tidak merasakan yang cadangan dan teguran tersebut membebankan, cuma seperti mana kata PUSTAKAWAN KMPP pada peringkat permulaan penubuhan Kolej2 Matrikulasi hampir 10 tahun dulu, peruntukan dari bahagian agak besar, kini sumber peruntukan yang ada agak terhad, jadi kolej terkemudian seperti KMTK perlu kreatif memajukan segala-galanya, dan sebenarnya setiap cadangan/penambahbaikkan yang diusulkan adalah lahir dari permasalahan yang aku luahkan dan hadapi di Perpustakaan KMTK sendiri..begitulah adanya sebuah diari lawatan..sekian..

Saturday, September 3, 2011

Rentetan lebaran disaat Kemerdekaan...

Salam Lebaran dan salam Kemerdekaan.. hari ni Sabtu 3 September 2011 jam 8.39 malam , lokasi biasa...

Cuti dah habis, seminggu bukan lama sangat, tapi bagi sebahagian besar warga KMTK yang bercuti lebih dua minggu mungkin esok ada masalah sikit untuk start enjin nak mulakan tugas, tak kisahlah Pensyarah ke, pelajar ke masalah lepas cuti melibatkan mood tetap sama ja kecuali bagi individu yang sentiasa  bersemangat tinggi.

ok aku balik macam biasa petang Khamis 25 Ogos lalu, sebelum tu aku sempat bersalaman dan mengucap selamat hari raya pada Pengarah, KJPP dan beberapa kakitangan pentadbiran, yang lain tak sempat nak jumpa, ada yang dah bercuti dan ada yang dah balik..perasaan aku berbaur-baur antara seronok nak balik kampung, malas nak berkunjung dan makan secara paksa macam2 makanan raya nanti...dan lepas tu sakit perut macam tu lah selalunya aku, sejakAhad lagi hujan tak berhenti2,  dan esoknya tu, pagi Jumaat, aku ke tesko  Mergong untuk beli beberapa barangan. Orang ramai gak lah, lepas solat aku bersiap sedia untuk ke Kampung Sungai Padang sebab nak berbuka puasa rumah adik, esoknya Sabtu hujan lagi jam 10 kami ke Alor Star beli baju raya, peenattt orang ramai cukup meletihkan..sampai kat rumah dah jam 3.00 petang, jam 5.00 keluar pulak untuk berbuka di rumah kakak di Alor Janggus

Pagi Ahad aku dan wife balik ke Pokok Sena rumah mak mertua dan malam tu aku solat tarawih untuk kali terakhir Ramadhan tahun ni, esoknya jam 9.00 29 Ogos sekali lagi kami Tesko dan sebelum tu ke KH untuk beli keperluan raya, beli lemang, daging dan ada la sikit makanan khas untuk raya, pagi raya jam 6.30 aku dah tolong wife masak nasi untuk menu raya, tahun ni kami buat nasi daging, tahun2 sebelumnya asyik bihun sup saja, lepas solat raya aku ziarah kubur aruah ayah, kemudian ziarah rumah jiran2 dan jam 11.00 balik Pokok Sena untuk ke umah Tok Wan sebelah wife dan beberapa ahli keluarga di Kampung Bukit.

Hari Raya Kedua kami sekeluarga bersama adik-beradik aku ke Sungai Baru untuk ziarah keluarga Adik2 aruah ayah dan kemudian ke Sungai Korok Pida 10 untuk ziarah adik beradik mak pula, sepanjang perjalanan ni kenderaan sesak sangat dan ada dua tiga kemalangan berlaku biasanya kes liwat, buntut kereta langgar buntut kereta, liwat la tu, 

Raya ke tiga kami balik lagi ke Pokok Sena sebab Biras ajak kami ke Padang Besar jalan-jalan ramai pengunjung waktu ni, sambutan merdeka pun aku dah lupasebab  sama naik ja dengan raya malah aku rasa tenggelam sambutan  merdeka tu dek lalok cicah ketupat. jam 6.00 petang balik dari Pokok Sena aku dan wife serta adik aku ke Kubang Jawi ziarah kak pulak...

Pagi Jumaat 2 September jam 7.00  aku ke Pasar Borong kat Mergong  untuk beli ikan dan sayur sebab nak buat BBQ, ikan tak banyak tapi orang ramai, beli kelam kabut macam dunia dah nak kiamat aku rasa ramai nak buat open house kot..dek tak puashati aku ke Pasar Besar   Alor Star kat sini banyak ikan, dan lebih senang sebab keadaanya lebih tersusun, aku beli ayam, ikan keli dan ikan2 lain, jam 10.00 keluar lagi ngan wife ke Kubang Rotan untuk beli ikan tapi masa tu nelayan belum lagi balik dari laut, sepatutnya jam 3.00 aku patut ke Reunion kat sekolah lama tapi...malas.. dan rasa meluat dengan aktiviti dan muka2 yang sama ja....kadang2 depa berinteraksi dalam facebook bukan main tapi bila tiba waktu function tak mai pun, aku malas..

Sabtu 3 September kami balik Pokok Sena dan jam 10.00 kami balik ke Pendang, cuci2 rumah dan zzzzzz...hinggalah saat aku tulis blog ni.. gambar ada 2,3 keping, malas aku nak upload..jadi post ni tiada apa 2 bukti untuk rentetan pengalaman ni...

Tuesday, August 23, 2011

Nostalgia Syawal dalam kenangan..

Salam Ramadhan, hari ni dah hari ke 23 cepat sungguh masa berlalu maknanya hari ni 23 Ogos 2011 lokasi biasa dan sekarang dah dekat Isyak..program terbaru berbuka posa..kami nak ke rumah adik aku di Sungai Padang Perlis, jumaat ni dan Sabtu esoknya tu cadangan nak ke rumah kak di Alor Janggus moga berjaya...kat library KMTK aku buat persiapan besar untuk sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan, semua pakai bajet sendiri..malas la nak claim apa yang penting kemeriahan terserlah seadanya..aku galakkan penyiaran lagu-lagu raya bersiaran slowly dalam perpustakaan...

Dan bila dengar lagu-lagu raya tu aku mula terkenang sambutan menjelang raya zaman kanak-kanak dulu..dulu saat-saat nak raya memang best..malam raya tak sabar2 nak tidog nak tunggu pagi menjelma, bila tiba pagi jam 7.00 aku dah mandi, pi buka almari terus pakai baju raya, masa tu tiada istilah sembahyang raya pada aku, nampak duit saja, seingat aku rumah paling awal aku ziarah adalah rumah Mak Ngah depan rumah, dapat dua kupang, masa tu jugak aku tak paham lansung kenapa nak kena bagi duit pada budak2, aku bawa adik aku dulu pas tu join dengan kawan2 sekampung, jalan kaki ja.dapat duit ronda kampung tak la banyak dalam RM 30.00 ja masa tu kira banyak la..

Bila menjengah remaja dan malu mula bersarang, aku tak lagi ronda kampung umur 13-17 macam tu lah..aku banyak lepak kat rumah sungguh membosankan..menjengah 18-24 tahun sambutan raya aku cukup menyeronok dan memenatkan, lepas ja sembahyang kawan2 akan jemput dengan motor dan kami bergabung menjadi satu rombongan berkunjung dari satu rumah kawan ke rumah kawan yang lain rumah aku biasanya tiba giliran dekat2 senja, campur tolak rumah cikgu2, aweks dan sebagainya pernah beraya sampai 10.00 malam bayangkan...umur selepas 25 tiada lagi kemeriahan lalu, kawan2 dah beranak pinak tak leh lagi naik motor lalu menyedari keadaan tu kami mengubah konsep dengan mengadakan reunion, cara tu saja paling sesuai,

dan kini raya aku tak lagi semeriah dulu, masa banyak habis dengan wife dan keluarga kami, belanja pun meningkat, apa taknya anak saudara dah masuk 24 orang cucu saudara dah 5 orang parah aku nak sedia duit raya...aku dah tak lagi memikirkan baju raya,kuih raya tapi fikiran lebih tertumpu pada hantu raya dan balairaya serta pilihanraya
Indahnya nostalgia raya masa dulu..kini aku tak ghairah lagi nak beraya cuma selagi mak masih ada jadi kewajipan aku berkunjung kerumah adik-beradik mak dan aruah ayah tu ja buat aku rasa seronok sikit, cuma aku masih tak ada anak tak lah beban tu bertambah2 semua orang ada nostalgia tentang rayakan...okkk.. 

Sunday, August 21, 2011

Menyelusuri Ramadhan..

Salam Ramadhan.. Ahad 21Ogos 2011 jam 5.15 petang lokasi biasa kat kuarters laa.
Hari ni dah pun masuk hari ke 21 cepat masa berlalukan, Aku mencuri kesempatan sebab letih sangat nak berblog, sibuk dengan amalan-amalan sunat cewahh, apapun bulan puasa ni ada sedikit kelainan yang aku buat, dulu aku cuba kumpulkan ahli keluarga untuk sama-sama berbuka di rumah mak, tapi kali ni atas cadangan adik aku, kami cuba kumpulkan ahli keluarga untuk berpindah tempat. Kami mulakan dengan rumah adik yang bongsu di Air Itam dan baru Jumaat dua hari lepas kami berbuka pulak di rumah kak aku di Kubang Jawi, sedikit kelainan yang menyeronokan. apapun bukanlah kelapan-lapan adik beradik aku dapat join, macam2 masalah tapi setakat mana yang dapat berkumpul, program berbuka di rumah mak aku akan gantikan dengan majlis BBQ mungkin raya keempat kot tengoklah. Aku pun belum lagi beli baju raya, baju aku mudah ja, baju Melayu satu, kain pelikat satu, kopiah satu selesai..pakai selipar ja mudah..kalau beli sepasang baju Melayu, baju aku pakai tapi seluar dia mungkin tikus yang pakai buat main aci ligan

dulu baju raya aku mak beli baju t-shirt kolar, seluar slack dan selipar, tak sampai pun RM 30.00 aku tak pernah kisah asalkan baru dan berbau kedai, sampai sekarang pun aku tak demand walaupun mampu, ala kadar sudah..nanti dah dekat nak raya aku citer nostalgia raya plak.. okkk..