Jam baru 7.43 malam.. lokasi menulis masih sama. Bezanya aku keseorangan coz wife balik rumah mak dia.
Ok ni ceritanya..Aku bercuti raya korban pada 6 dan 7 November 2011 lalu, Kedah cuti 2 hari. Jadi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak..kalau lengan selalu sangat orang sebut..Aku sambung cuti 3 hari lagi iaitu 8-10 November 2011. Apa aku buat?
4 November, Aku dan wife terpaksa batalkan hasrat untuk berjalan kaki 10 km sebab bos wife aku minta dia ke Sekolah Rendah Taman Bersatu Kuala Kedah sebab MB nak bagi bantuan kat mangsa ribut sehari sebelum tu, teruk jugak rumah depa kena puting beliung. Balik dah dekat 12 lebih, terus aku pi solat Jumaat...
5 November aku pi shoping sikit kat Alor Star, pi ambik banner kat Gromax dan sampai rumah terus balik rumah mak Mertua.
6 November , Ahad tu, aku jadi jemaah pertama hadir ke masjid Taman Bandar Baru Pokok Sena untuk solat sunat Aidiladha, lepas solat kami tak kemana- mana pun hanya lepak dan makan ketupat saja. Jam 3.00 kami balik Padang Lalang, terus kerumah kak di Alor Janggus dan kemudian ke rumah adik di Air Itam dan kemudian ke rumah kak di Kubang Jawi selesai satu hari..
7 November aku pi kenduri korban di salah sebuah warga kampung dan kesebuah rumah lagi untuk majlis yang sama.
8 November aku ke Library Kedah untuk berjumpa bekas bos, aku ada sesuatu urusan kerjaya yang penting untuk dibincangkan. Balik library singgah pula di rumah pak saudara di Sungai Baru atas urusan kenduri korban lagi. banyak sungguh aku makan daging, tak elok sebenarnya.
9 November aku melangut saja di rumah membaca , membaca dan membaca dua buah buku karya Pn Roza Roslan, "Traveloq cinta Abadi dan Travelog impian Abadi, cukup menarik buku2 ni.
10 November masih sama aku langsung tak buat pa tidoq dan baca buku tu ja ruginya cuti aku.
11 November pagi juga aku tak buat pa, cuma bawa mak pi makan2 di rumah kak dan lepas jumaat bawa mak pergi klinik
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete