Tarikh sama lokasi sama tapi sekarang baru jam 7.48 malam...Aku sambung kisah aku yang lama aku tangguhkan...
Sebenarnya Allah dah bagi aku tanda2 untuk penyakit yang bakal aku deritai..Setiap kali aku naik kereta aircond kereta buat aku mengantuk sangat, mata menjadi sangat letih. Mata asyik hilang tumpuan. Aku masih ingat Doktor Putra Medical Centre tu cakap ada pendarahan dalam otak aku, bila aku merujuk hasil imbasan tu memang ada kesan yang jelas pendarahan yang bakal menjejaskan fungsi saraf terutama saraf kanan otak yang mengawal fungsi anggota sebelah kiri termasuk mata,tangan, jari ,bibir dan kaki,
macam ni kot darah beku dalam otak |
Doktor menyarankan aku supaya segera mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Aku maklumkan kepada doktor bahawa aku bertugas di Kuala Lumpur, lalu aku pula yang sarankan pada doktor sediakan satu surat rujukan agar aku boleh ke Hospital Kuala Lumpur, Lagipun di Kedah tiada doktor pakar di KL lebih baik dari segi kepakarannya.
ni pulak eeetakutnya |
Maka pertengahan 2009 aku meredah Hospital Kuala Lumpur berseorangan waktu tu aku main redah saja. Aku diarahkan ke Bahagian Pesakit Luar. Selepas surat rujukan diteliti aku terus dipindahkan ke Unit Neurosurgeri untuk rawatan susulan. rawatan seterusnya dan seterusnya di situlah aku hadir untuk hanya mencari punca sebenar pendarahan di dalam otak, ada beberapa kali aku hadir dengan ditemani isteri, mulanya aku di beri MC seminggu, kemudian dua minggu dan seterus serta seterusnya hingga MC aku mencecah 77 hari..dalam tempoh MC nilah aku disarankan supaya ke Pauh Perlis berubat dengan sebuah klinik swasta bernama "Siguram"
Aku juga pergi dengan wife dan seorang anak saudara sebagai penunjuk arah, memang hebat klinik ni, aku sampai 5.30 petang, ambik no giliran jam 6.00 dan dirawat jam 10.00 malam. Orang sangat ramai, kebanyakannya warga emas yang lumpuh sebelah badan, pada mata mereka aku nampak cukup sihat, muda pulak tu takkan nak lumpuh.
Aku dapat harga OKU, Doktor tak cakap banyak pegang sana pegang sini terus kata ok pi ambik ubat..Aku makan ubat malam tu dan esoknya aku rasa...BERSAMBUNG...
saja ja try ni
ReplyDeletehaa oleh pun
ReplyDelete