SELAMAT DATANG

Monday, November 28, 2011

Free Top Walk...

Jam baru 6.15 petang Hari ni Isnin 28 November 2011, dah tak berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Seperti yang selalu aku sebut, detik waktu terus berlalu dengan pantas sedetik pun tak menunggu kita. Baik ... Post kali ni aku nak kongsi pengalaman yang berlaku pada 26 Oktober 2011. Hari tu Hari Rabu semua pakat cuti sambut Deepavali. Aku ambik cuti sambung pada Khamis tu konon pada rancangan asal nak ke Cameroon Highland tapi last minit semua adik beradik tak dapat ikut serta, dah siap booking hotel pun. 
Pintu gerbang utama sebelum masuk

Jadi atas kesempatan cuti yang dah aku pohon, aku ubah program untuk ke Sedim. Sebenarnya lama dah aku tahu pasal Free Top Walk ni, masa dok semak Akhbar untuk paper cutting masa jadi Pembantu Perpustakaan di Bahagian Koleksi Kedah dulu lagi, tapi tak berkesempatan, Jadi pagi rabu tu aku ajak dua tiga orang anak saudara untuk meramaikan rombongan, Ajak adik-adik pakat sibuk dengan urusan masing2, cadangnya nak ajak mak sekali tapi aku takut mak lembut lutut dan lumpuh bila melalui jambatan gantung tu nanti, jadi tak berani la nak bawak mak...kami bertolak jam 9.30 dan sampai lebih kurang 11.30, Sesampainya di situ kami di kenakan sewa parking persendirian sebanyak RM 2.00. 
Kat Kaunter Informasi

dan memasuki kawasan depan tempat tu ada lagi mamat yang bertugas jaga parking, ingatkan nak kena charge lagi tapi lega bila dia hanya kawal pengunjung agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati. Aku tanya mamat tu " Paklong kena bayaq berapa duit nak naik jambatan tu ? Dia jawab tak kena dalam acuh tak acuh saja dan bagitau kami sambil tunjuk arah, " pi naik ikut lorong tu gheta tak boleh naik"

Kami mengikut arah yang ditunjukkan, sedikit mendaki dan sampai di kaunter informasi, keadaan agak suram pengunjung boleh dikira dengan kaki, ada satu rombongan dalam 5-6 orang, sepasang remaja dok mabuk asmara dan rombongan kami, beruk dan kera pun segan nak jadi penyambut tetamu sebab pelik tengok kami, tak dak tempat lain ka hangpa nak pi, tempat ni memang sunyi, aku nampak wajah kebosanan yang melampau pada kakitangan  yang bertugas di kaunter, mungkin dia tak tau nak buat apa. Kalau seminggu aku bertugas di   situ, balik aku kena isi borang pi Tanjung Rambutan...Bayaran masuk RM 10.00 untuk dewasa dan RM 6.00 untuk kanak-kanak, orang yang ada tangan sebelah macam aku ni kalau ada kad OKU besaq akhbar Utusan pun takkan ada sebarang makna kerana tiket nya tetap sama.
Pemandangan indah dari atas jambatan

Rombongan yang turut serta

Berehat melepas lelah

Mungkin keadaan tu yang membuatkan "Pak Long jaga parking tu bagitau masuk free,memang masa tu aku rasa pelik , la ni nak kencing pun kena bayaq . Apa pun Hasil dari info yang terdapat pada display board kat kaunter penerangan tu Free Top Walk ni mula dibina tahun 2004, siap tahun 2005 dan dirasmikan oleh Sultan Kedah pada 2009. Disini aku tak dapat nak bagitau laluan nak ke situ, tapi tempat tu tak jauh dari Kulim Hitech sebab dah lama aku pun dah lupa tapi melalui satu tempat yang dikenali sebagai Sungai Kop. Pengunjung akan melalui banyak lokasi perkhelahan yang menarik tapi hari tu walaupun pakaian renang dah aku standby tapi hasrat nak mandi terpaksa aku pendamkan dek rasa kemaluan yang besar
Sesuai sebagai lokasi menenang fikiran 

Penat jugak berjalan  900 meter

Lokasi wajib merakam kenangan

Kami balik 12.00 tengahari dan sampai hampir jam 3.00 petang begitulah kisah aku pada cuti Deepavali yang lalu... 

No comments:

Post a Comment