SELAMAT DATANG

Sunday, November 20, 2011

Rombongan Che Teh ke Kuala Kangsar...part 1

Sekarang jam 8.43 malam , lokasi samalah tempat biasa. 

Lebih kurang sebulan yang lepas aku menerima jemputan untuk menghadiri satu kursus yang akan di adakan di Kuala Kangsar. Mulanya malas sangat aku nak join kursus ni. Tapi selepas aku tanya boleh tak aku bawa "orang Rumah" bersama dan dizinkan buat aku rasa lega. Apa yang menarik kursus ni menghimpunkan orang2 kampung sekitar Mukim Padang Lalang. Inilah buat pertama kali aku berombongan dengan warga kampung. Sebelum ni depa buat rombongan tak pernah nak ajak aku atau lansung aku tak tau..

Aku sedang membetulkan volume pada tv di bilik 411 


Maka pada 17 November 2011 baru2 ni bersamaan hari Khamis Aku minta cuti dan jam 2.30 petang aku minta anak saudara hantarkan kami ke lokasi untuk naik bas yang jaraknya 400 meter ja dari rumah. Cuaca agak mendung sikit. Jam 3.30 petang baru bertolak. Dalam otak ahhh malasnya nak pergi kursus.

Sampai destinasi bernama "River Side Resort Sungai Perak" jam dah 7.00 malam. Dan timbul satu masalah mengenai bilik penginapan. Urusetia mensyaratkan satu bilik untuk 3 orang peserta, wife sedikit panik dan tak puas hati. Aku cuba control rasa cemas kerana ramai yang kalut nak cari kuota untuk genapkan 3 orang satu bilik, sedangkan aku dijanjikan pada peringkat awal bahawa aku takkan tempuh masalah untuk sebilik dengan wife, depa minta kami tunggu, dan dengan sabar kami tunggu terkebil2. 

Lepas 15 minit lepas tu,  kami lega dapat bilik no 114, aahh leganya. Langkah pertama kaki ke bilik ni, aku rasa semacam, nampak seperti sedikit daif, wife membuka TV, Mulanya volume tv tu kuat. Tetapi lagi ditekan volumenya semakin menurun dan berhenti pada kedudukan 0, langsung tak dengar pa...aku cuba belek2 puas cuba tak boleh2 aku naik angin, aku angkat kaki dan tojoh punat volume tu dengan ibu jari kaki, haaa boleh pun.

Aktiviti yang paling aku suka tengok dan buat


kami di minta pergi makan  jam 7.45 dan jam 8.30 kami di minta terus ke Dewan untuk taklimat kursus. Jam 11.30 malam baru habis, memang penat. Aku rasa bersyukur kerana wife banyak bantu untuk aku nak makan, dia yang tolong ambikkan, kalau aku sorang memang payah, dah tu bawa orang kampung yang suka sangat berebut buat aku menyampah, ditambah pula lambat sangat staff katering tu sediakan makan. Tapi esoknya bila makan pagi aku teruja dan baru jelas keunikan tempat ni, patut lah nama dia "Resort Sungai Perak" duk betul2 di persisir Sungai Perak, nampak jelas Jambatan Sungai Perak, dan pagi Jumaat tu jam 7.3'0 pagi ada seorang penduduk sedang memungut ikan dari  pukat, dengan keadaan air sungai yang deras buat aku kagum dengan kebolehan mengangkat pukat sambil kendalikan sampannya.

Jambatan Sungai Perak dari pamdangan tepi sungai

No comments:

Post a Comment