SELAMAT DATANG

Monday, November 21, 2011

Rombongan Che Teh ke Kuala Kangsar...last part..

Baru 5.57 petang maklumat  lain sama saja...

Kat Depan Pintu resort
Sebenarnya ruang rehat yang kami ada cukup terhad. memang macam kursus BTN, letih sebab asyik mendengar saja..Tengahari Jumaat tu lepas makan kami dimaklumkan bahawa bas untuk solat Jumaat di sediakan. Aku boleh buat jamak ja. Tapi sayang sekali aku nak tinggal solat. Depa bagitau lagi boleh jalan kaki jika nak, aku berdoa pada Tuhan moga di mudahkan segalanya..dan memang Allah maha mendengar. Aku keluar ja dari bilik terus aku dipelawa menyertai salah seorang penceramah yang nak ke masjid menggunakan kenderaannya. Dan ditakdirkan Tuhan aku menjejak kaki untuk solat di Masjid Udubiyah yang dulu aku cuma gambarnya dalam poster sahaja.

Masjid Udubiyah Kuala Kangsar


Balik Jumaat aku tak pasti peserta lelaki lain pergi ke tidak ke masjid sebab nampak tak bas bergerak pun, Aku yakin ramai yang tak pi Jumaat.Malam terakhir program tamat jam 11.30, badan cukup letih, otak dah tak mampu berfungsi dan makan pula sehari 6 kali.

Dewan Makan  yang menyeksakan


malam tu baru aku dapat tidur nyenyak letihhh...Esoknya hari last, program tamat jam 12.30 dan jam 2.00 petang kami bertolak balik tapi sempat lagi ronda2 sekitar Kuala Kangsar dari dalam bas. Singgah beli buah sekejap kat Hentian Bukit Gantang. Kami sampai di rumah jam 6.30 petang. Aku bergegas dengan pantas kerana kami perlu segera pulang ke Pendang. kami sampai kuarters jam dah 7.30 malam, cukup memenatkan, aku membasuh baju dalam kadar yang cukup banyak. Esoknya aku bertugas seperti biasa. Moga ada lagi rombongan Che Teh selepas ini sekian... 

Dok buat latihan bersiar-siar





No comments:

Post a Comment