SELAMAT DATANG

Sunday, February 19, 2012

Memukat di Lubuk Harapan..part 1

18 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu dan sekarang dah 9.17 malam..lokasi tetap sama..nak hujan lebat ni...

Kelmarin hari Jumaat aku berpeluang sekali lagi untuk turun memukat di Lubuk Harapan yang mungkin 10-20 tahun lagi akan jadi "parit besar", sampah semakin banyak dibuang ke dalam sungai. Cuma bezanya kali ni aku tak lagi turun manual sebaliknya menggunakan bot fiber yang aku beli di penghujung tahun lepas. Memang dah lama nak memilikinya. Dari zaman rakit batang pisang aku memiliki rakit tong minyak tanah dan kemudianya rakit kayu diapit dua tong besar, semuanya dah berkecai kerana terlanggar "bongkah ais", merapu la tu..
masa pukat  baru nak diangkat

Pannas terik jam 3.00 ptg
Imbangan badan perlu agar tidak terlentang ke sungai
dan selepas sekian lama berhajat memiliki bot fiber sampai habis ceruk internet aku robek untuk cari info kat mana boleh dapat bot, akhirnya aku beli area Mergong pada harga RM 7xx dengan dua pendayung berharga 9x semuanya diuruskan anak saudaraku..lega walaupun ada bantahan hebat atas pelaburan yang bersandarkan kepada minat dan hobi, mujurlah aku bukan kaki judi atau perempuan jika tak tentu aku dah buka kelab dangdut dah..minta simpanglah ya.

Ok pagi Jumaat lepas kami lapuhkan 12 pukat tanpa kaki menjejak dasar sungai, anak-anak lampam sebesar tapak tangan budak 5 tahun berkericau membelah benang pukat, jam 8.30 kami mula jam 10.00 kami mula mengumpul ikan yang lekat dijaring kemudian kami berehat hanya 12 ekor ikan lampam terjerut..mungkin sebab air sungai masih banyak.
Antara hasil tangkapan
mengangkat lebih mudah dari melabuhkannya

Selepas balik dari masjid kami turun untuk mengangkatnya, jadi banyak ikan yang kembong sebab koma lama  sangat..tak lah banyak sangat ikan yang kami dapat hari tu..mungkin aku nak tunggu ikan lampam tu besar sikit dan paras air yang lebih cetek..ok jumpa lagi.. 

Saturday, February 11, 2012

Ketika Allah mengujiku..Part 9

11 Februari 2011 Sabtu hari ni lokasi sama ja la. Seminggu dua ni aku agak sibuk..banyak benda nak kena selesaikan. 

Aku sambung kisah aku dulu...Selepas 3 kali mendapat rawatan di klinik tu pada mulanya perubahan fizikal aku cukup memuaskan kaki kembali kuat dan sakit kepala semakin kurang. cuma ubat tu lama kelamaan tidak lagi kuat fungsinya, jari2 tangan tetap tidak berubah.

Penghujung 2009 Aku menjadi sangat serba salah, aku pohon laporan penuh mengenai penyakit yang aku tempuh dari Hospital Kuala Lumpur sebagai sokongan untuk memohon bertukar, sebenarnya dah ada kekosongan di Jitra, tapi masa tu serba salah aku untuk memohon pertukaran, antara kesensaraan hidup di KL dengan kelebatan pendapatan,kerinduan pada kampung halaman dengan kepenatan berulang naik bas.

Aku solat ikhtikharah memohon petunjuk nak pohon bertukar atau tidak...sebelum menamatkan rawatan di HKL Doktor yang merawat bersungguh-sungguh menyediakan surat rujukan supaya aku mendapatkan rawatan seterusnya di Hospital Sultanah Bahiyah dan aku turut dibekalkan ubat selama 6 bulan.

Ubat  untuk seorang pesakit
Aku sediakan surat permohonan prtukaran dan merujuk pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Sumber Manusia PNM, Mulanya dia acuh tak acuh tengok surat aku, mungkin dia biasa sangat tengok surat minta tukar tapi selepas aku tegaskan yang aku kena strok barulah dia tumpukan perhatian.

Dia pertikaikan kenapa aku tak minta lebih awal, ada kekosongan di Jitra aku hanya mendiamkan diri tapi aku jelaskan jugak bahawa aku serba salah untuk memohon.Sebelum aku langkah kaki keluar dah riuh rendah kakitangan di situ berbisik mengenai permohonan aku disebabkan strok..sementara menunggu status permohonan aku teruskan cabaran di KL seperti biasa...
ok jumpa lagi...




Sunday, February 5, 2012

Jom Masuk U..

Sebahagian maklumat yang diperolehi
Ahad 5 Februari 2012, jam 8.49 malam lokasi biasa kuartes..Dah bulan Februari dah, minggu lepas aku menempuh beberapa peristiwa antaranya adalah Majlis persaraan Ketua Jabatan Sains KMTK En Fuzi Hassan. Memang gemilang majlis ni dan ini pengalaman aku menyaksikan penganjuran majlis untuk seorang tokoh Pendidik ketika aku bergelar Pegawai Kerajaan tapi masa bergelar pelajar dulu memanglah kerap, cuma waktu tu aku bukan faham sangat erti dan istilah persaraan. Tetapi kini terlalu subjektif pada aku untuk mengupas istilah ni. 

Juga pada minggu lepas aku uruskan aktiviti Pameran dan Jualan buku program berjalan lancar dan pada Sabtu 4 Februari yakni kelmarin aku bersama wife dan dua anak saudara berkunjung ke " Karnival Jom Masuk U" berlangsung di Stadium Darulaman. Karnival ni umpama ekspo pendidikan yang sangat menyeronokkan pada aku kerana inilah peluang aku sebagai PUSTAKAWAN  untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai Universiti2 di Malaysia.
Banner di luar perkarangan Stadium Darulaman Alor Star


Kami bertolak dari rumah jam 10.00 pagi, Sampai di Stadium Darulaman kelihatan deretan bas dari pelbagai Institut Pendidikan yang samada menjadi peserta atau rombongan pengunjung, memang menyeronokkan kerana kebanyakkan Universiti2 di Malaysia menyediakan pameran dengan maklumat2 yang aku perlukan. Tanpa rasa segan aku kesetiap sudut di ruang 2 setiap institusi berkenaan memohon dibekalkan satu set lengkap maklumat mengenai institusi mereka. "saya nak satu set lengkap maklumat mengenai institusi encik untuk saya tempatkan di Perpustakaan " cukup mudah aku dapat maklumat2 tu dan hasilnya lebih 20 beg serbaguna aku perolehi, Sebelum masuk dewan pameran, dalam hati "wah banyaknya beg dia dapat".  Lepas keluar dewan, orang lain pulak hairan tengok aku, "tuu diaa banyaknya beg dia dapat..Aku pula jadi malu, cepat2 ja aku nak masuk kereta,
Ramai Pengunjung yang tiba lebih awal

Dulu masa ke Ekspo Pertanian sikit ja maklumat aku dapat, tapi kali ni Alhamdullillah bolehlah aku proses dan tempatkan dalam Bilik Rujukan. Ini semua adalah satu usaha membina koleksi, tiada sapa yang suruh tapi pengalaman bertugas di Public Library Kedah buat aku sedar kepentingan mengumpul maklumat2 ni, Memang menyeronokkan.. Kami balik jam 12.00 tengahari dan singgah makan kenduri di Taman Alor Janggus. Ok jumpa lagi...

Tuesday, January 24, 2012

Amarah sang Pemancing...

Hari ini 25 Januari 2012, lokasi dalam bilik aku yakni di  rumah mak kat Padang Lalang sekarang hampir 7.00 pagi,

Ini adalah kisah yang memalukan berlaku pada aku di penghujung tahun 2011, aku tak sempat nak update kisah ni.Hari tu Ahad 18 Disember 2011. Aku Mak dan Atan ke rumah kak di Alor Janggus untuk memukat, kami memang rancang lama dah yakni masa aku memancing dengan mak dulu, ikan memang banyak. Kami bawak 10 pucuk pukat. Bila dah habis area rumah Kak, pukat kami labuhkan,aku ajak mak ke sebelah utara sungai, kebetulan memang kami tengok ada dua orang pemancing yang memang penduduk area tu coz rumah depa tak jauh dari sungai.

Kami bergerak ke rumah kak Jah (memang nama sebenar )  mak kenal,aku kenal semua kami kenal, dia selalu berkunjung ke rumah Kak aku untuk bersembang jarak rumah dia dengan rumah kak aku dalam 150 meter. Jadi di sungai depan rumah dialah kami labuhkan pukat, labuhan pertama tiada masalah, selepas tu aku mula risau takut2 ada orang yang memancing di kawasan tu, maklumlah itu kawasan orang, selepas labuhan kedua, salah seorang daripada dua pemancing tadi menghampiri pukat kami, kedudukannya adalah di seberang sungai, sungai tu lebarnya cuma dalam 10 kaki, kecik ja, pemancing warga mas itu mula mengomel sendirian " Depa tahan pukat tang ni, orang nak mengail!!! awat tak tahan tang kogk tu? (konkrit simen bulat yang diletak dalam sungai untuk dibuat jalan penganti jambatan) aku yang masih belum paham situasi sebenar pun mencelah, "Tang tu ada orang mengail jugak, jawapan tu mungkin buat makcik tu lagi bengang gamaknya, jadi sambil mengomel tak puas hati dia mengutip sampah sarap dan membuang ke dalam sungai dan ke arah pukat...

Mak yang mengalami masalah pendengaran berkata " tak pa dia nak hambat ikan.., hambat ikan apa dia tengah marah tu kata aku pada mak. situasi tegang itu di burukkan lagi dengan ungkapan2 kak Jah yang " berbunyi "tak boleh mengail la noo depa tahan pukat, walhal tadi dia kata tak pa kalau tahan pukat kat situ. mungkin dia serba salah nak sokong sebelah mana , dia, berbisik perlahan kepada kami.."alaaa dia mengail bukan dapat pun.Aku melangkah pulang dengan dada berombak dan muka yang sebam.Semasa sampah di buang ke pukat, kami hanya menyaksikan sahaja kerana tak menyangka kejadian tu akan berlaku. Aku kira jarak makcik tu memancing tadi dengan pukat yang kami labuh dalam 60 meter, tambah pula tiada kocakan air kerana kami menggunakan tali sebab mudah dek lebar sungai yang sempit.

Aku merenung sejenak kejadian tu, dengan malu yang masih bersisa aku kumpulkan kenyataan bela diri. Memang la tu port dia dok mengail tapi takkanlah habis ikan dalam sungai tu kerana 2 pukat yang kami labuh, dia boleh mengail hari2 kat situ takkanlah orang nak letak pukat dalam 2 jam pun tak boleh. Sebenarnya ini soal maruah hak dan kuasa aku kira..Alangkah bagusnya kalau dia buat macam tu kepada orang2 asing yang dah masuk merata ceruk dalam negara kita ni, 

beberapa hari selepas tu mak bagitau yang ikan kat sungai tu mati bergelimpangan dek kerana ada individu yang membuang racun untuk aktiviti penanaman padi. tak tau sapa, dengan niat atau tanpa niat tak pasti plak aku.Apa pun itulah pengalaman sekian hingga jumpa lagi....

Tuesday, January 17, 2012

Ziarah riadah di Mahkamah...

17 Januari 2012, hari Selasa jam 7.55 kuarters juruteknik kmtk...

Hari ini aku dan wife ke Mahkamah...Sebenarnya aku langsung tak pernah jejak kaki ke mahkamah apatah lagi nak mendengar kes perbicaraan. Dengan niat nak temankan wife, aku sampai ke Mahkamah Sungai Petani. Dari surat "Sepina" tu wife kena jadi saksi untuk satu kes rogol dan kena hadir jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen 4, Sungai Petani. Jadi untuk elak sebarang masalah aku ambik cuti rehat, kami sampai di perkarangan kompleks Mahkamah jam 8.05 pagi...

Aku macam selalu kalau hal-hal mencemaskan mudah sangat perut memulas, terus cari 'mahkamah kecik' pas keluar agak pelik membaca maklumat pada pintu tandas, "tandas ini diuruskan oleh...jawatan..penghantar saman gred N3...selalunya kita ada cleaner tapi bagus jugak kalau kakitangan kerajaan di organisasi lain yang tak dak apa nak buat dan asyik melilau tak tentu hala buat kerja tu, tapi staf tadi tu tolong uruskan saja cleaner memang dah ada..

kami melangut kat situ bersama kelibat ramai anggota polis yang hadir dengan pelbagai tugas, kelibat pesalah yang bergari untuk pertuduhan juga kelibat peguam2 yang sibuk kendalikan kes2..

Jam merangkak ke 12.00 tengahari, bayangkan berapa lama menunggu untuk memberi keterangan..Jam 1.00 kami pergi makan kat kantin, sejak pagi sedikit sangat makanan yang masuk ke perut.. di kantin tak banyak pilihan makanan, dah tu kalau nak order kena minta makanan yang sama dengan pesanan orang lain untuk cepat kata salah seorang Indon dari 3 Indon yang jadi tukang masak kat dalam tu..sedih aku kat mana2 pun orang asing dah kuasai, kalau 200 orang pelanggan dalam kantin tu mungkin alasan lambat aku boleh terima, ni cuma 15 orang pun tak sampai. itulah jadinya perniagaan tanpa persaingan...

Pas makan aku ke Surau. Ada 2 anggota polis sedang berjemaah, Aku terpaksa mencari jalan macamana nak join sebab tempat agak kecil..peliknya ruang menunggu lebih selesa dari ruang mengadap Tuhan..Inilah konsep bangunan akhir zaman. bukan aku nak canang aku ni alim tapi itulah hakikatnya...

Jam 2.30 petang wife dipanggil, aku masuk juga sebagai pemegang beg, Sepatutnya kena tunduk kepada hakim sebelum duduk tapi aku terlupa. Aku cuma tunduk masa nak masuk ke    dalam keta..Tertuduh dalam kandang dalam jarak 5 meter dengan aku  hanya 9 orang manusia dalam kamar tu.. hakim serius ja muka nya, tertuduh dah tua bangat tapi nafsunya masih muda...aku fikir kalau aku jerkah dia dari belakang tentu dia rebah terguling dan koma he.he..he...

banyak juga soalan dari ayat2 mahkamah yang di soal kepada wife..kalau aku yang jadi saksi mungkin hakim akan turun sepak aku sebab aku lambat pickup mana takut silap jawab, mana nak ingat fakta kes, mujurlah aku tak dapat pegawai pembangunan masyarakat dulu, jika tak tentu susah 

Apa pun suasana dalam "kamar" samalah macam mahkamah dalam cerita hindustan yang aku selalu tengok, bezanya orang yang ikut mendengar kes tu ramai, yang ni hanya aku sorang sebab aku nak rasa feel dan cari pengalaman, selain tu jika dalam filem hindi keluarga si tertuduh mesti nangis2 dan tertuduh pun lompat2 dalam kandang tapi yang aku saksikan adalah sebaliknya, sunyi ja, perut aku bunyi pun hakim boleh dengar

bila selesai dan nak keluar wife tunduk sikit kat hakim tapi aku tunduk lagi sikit...macam anguk bila cikgu tanya "faham tak?  faham cikgu...Kami balik jam 3.30 petang dan sampai kat kuarters jam hampir 5.00. Sayangnya, aku belum punya blog masa aku masuk bertugas di Parlimen dulu dan masa masuk penjara Kajang masa study dulu jika tak boleh kongsi2 pengalaman...ok semua maklumat katas hanyalah pendapat dan pandangan peribadi aku tanpa niat mengaibkan mana2 pihak...ok jumpa lagi..

Kompleks Mahkamah Sungai Petani

Thursday, January 12, 2012

Diari petang Rabu...

Hari ni 12 Januari dah, hari Khamis cepat waktu dirintis...kita menghitung detik untuk meninggalkan segalanya yang ada di dunia yang fana ini.. sekarang 7.20 malam, sepatutnya aku balik ke kampung tapi petang ni kami mencari kelainan, esok pagi ada urusan yang aku perlu  diselesaikan, beban 2012 terpikul dibahu yang sebelah ini...

Rabu lepas, Kelmarin la ikut fahaman orang Kedah,semalam ikut fahaman orang kolumpo...Aku akan balik untuk rehat tengahari di Kuarters, biasanya kunci aku tak pernah lupa letak dalam poket, handset biar ja dalam laci pejabat coz aku tak mampu nak ambik dari dalam poket kalau kedua-dua dok beromen dalam poket aku, jari yang kebas dan hilang deria rasa ni buat aku malas nak bawak balik handset tu, Jadi setiap waktu rehat tengahari aku akan tinggalkan kunci atas kerusi rotan kat kuarters, hari tu pas solat aku call guna telefon talian tetap kat rumah ni,aku call  cina kedai baju untuk urusan baju korporat yang aku tempah...streamyx free untuk talian tetap...

Aku terus ambik name tag, lock  pintu dari dalam dan raba paha...Alamakkkk Kunci!!! aku lupa ambik. Aku tiada kunci spare selain kunci kat kereta...jadi aku kena tunggu wife balik...Petang rabu tu aku hilang arah sekejap,balik jam 5.00 petang aku singgah solat dulu di Surau sebab aku tau wife hanya sampai jam 6.30 petang, Lepak sekejap kat surau, aku balik perlahan-lahan ke kuarters, terus ke bahagian belakang menikmati tasik seperti lombong usang bersempadanan dengan kawasan kuarters, Aku rasa canggung, termenung lama kat kerusi simen yang tak pernah sudi punggung orang melabuh, aku terfikir jika orang tengok keadaan aku mungkin depa ingat aku tengah runsing atau mengalami kemurungan tahap 20 atau mungkin depa ingat aku nak bunuh diri...

Awan kelat pekat cuba menghalau aku, di kirim angin kuat pula minta aku beredar dari kawasan itu, aku beredar ke tangga kuarters bila aku perasan ada sarang tabuan sebesar perut lekaki normal yang buncit tapi tak beranak-beranak pun..di tangga kuarters hujan cukup menggila, simas dah badan, lemah, lapar dan letih...6.30 petang barulah wife sampai..

Itulah yang berlaku petang rabu tu..kesilapan dan kecuaian menyusahkan aku..dan aku tak suka menyusahkan orang aku silap aku kena tanggung, tapi sekali tu ja kot...takkan nak kena selalu...Aku pernah jugak dengar kes orang tertinggal kunci, terlupa kunci, tertelan kunci aku tak pernah dengar lagi...ok.

Gambar kunci ni sekadar hiasan

Tuesday, January 3, 2012

Diari petang selasa...

Sekarang 9.48 malam, baru lepas solat isyak semua maklumat lain tetap sama, Terima kasih kepada follower baru yang memang  aku tak kenal..terima kasih kerana menjadi mengikut blog yang tak seberapa ini...apapun mungkin niat kita sama, untuk sekadar berkongsi rencah2 kehidupan, suka duka , dan ria tawa kehidupan..

Kepala aku berserabut, tahun baru bukan meninggalkan masalah lama, masalah itu mengesot menjejak langkah aku menyelak tabir 2012, masalah2 kerjaya,rumahtangga,keluarga,kemanusiaan,kejiwaan dan segala macam masalah bak bayang2 yang setia, petang ni, dengan kepala yang berat, sukar sekali aku untuk mengukir senyum, kedegaran ketukan2 manja dari tangan seorang warga Indon yang diamanahkan menampal kesan2 binaan bagi kerja2 menaik taraf yang mereka jalankan, perlaksanaan kerja yang melewati tempoh waktu yang mereka sendiri janjikan..itulah hakikatnya...

Aku sedikit gusar kerana jam telah pun melewati 5.15 petang, keluhan hati bersuara terlalu senyap"kenapalah 4.45 baru nak mula kerja, hujan menggila, ketika perasaan gundah gulana, aku mengintai keluar bangunan, awan gelap pekat namun dibiar matahari meremang petang, Aku kehulu kehilir sambil melepas pertanyaan kepada sang pekerja,"lambat lagikah nak siap, saya perlu balik, namun lebih leka dia menampal plaster pada dinding, bengang betul aku...

Jarum bergerak ke 5.45 , aku masih sabar menanti, mahu saja aku kunci mamat Indon ni dalam library, hujan makin mengila, sambil detik berlalu, aku kutip botol2 minuman tinggalan pelajar2 yang tiada tanggungjawab, lalu kubuang bersama plastik2 bungkusan gula2 buangan tangan2 yang tak reti bahasa, di luar pintu muncul kepala mamat tu yang menyatakan kerjanya sudah siap, aku bergegas untukmengambil payung dan ketika itu barulah aku perasaan penghawa dingin di bilik siber tidak dimatikan,mujur atas kecuaian manusia dan masalah yang aku tempuh, pembaziran dapat dielakkan

Ketika mengunci pintu utama sekali lagi kedengaran sebuah lagi penghawa dingin dari bilik Pensyarah ditingkat bawah juga tidak dimatikan,kali ni aku tidak dapat membantu, dengan hujan yang masih menggila, aku redah bersama payung untuk pulang ke Kuarters...bila sampai aku segera menunaikan solat Asar,ketika itu jam dah pun melewati 6.00 petang itulah perkara yang merisaukan aku...dan bila aku call mak tadi, mak maklumkan yang sepupu aku di Kubang Jawi meninggal pagi tadi,Teringat ungkapan Ustaz Ramli ketika kami berkunjung kerumahnya pada Aidilfitri beberapa tahun lalu, aku bertanya, "Ustaz sihat?, Sihat jawabnya,  " la  dok buat pa lepas pencen? " Dok tunggu nak mati ja la, aku terkedu... sekian....