Hari ni 12 Januari dah, hari Khamis cepat waktu dirintis...kita menghitung detik untuk meninggalkan segalanya yang ada di dunia yang fana ini.. sekarang 7.20 malam, sepatutnya aku balik ke kampung tapi petang ni kami mencari kelainan, esok pagi ada urusan yang aku perlu diselesaikan, beban 2012 terpikul dibahu yang sebelah ini...
Rabu lepas, Kelmarin la ikut fahaman orang Kedah,semalam ikut fahaman orang kolumpo...Aku akan balik untuk rehat tengahari di Kuarters, biasanya kunci aku tak pernah lupa letak dalam poket, handset biar ja dalam laci pejabat coz aku tak mampu nak ambik dari dalam poket kalau kedua-dua dok beromen dalam poket aku, jari yang kebas dan hilang deria rasa ni buat aku malas nak bawak balik handset tu, Jadi setiap waktu rehat tengahari aku akan tinggalkan kunci atas kerusi rotan kat kuarters, hari tu pas solat aku call guna telefon talian tetap kat rumah ni,aku call cina kedai baju untuk urusan baju korporat yang aku tempah...streamyx free untuk talian tetap...
Aku terus ambik name tag, lock pintu dari dalam dan raba paha...Alamakkkk Kunci!!! aku lupa ambik. Aku tiada kunci spare selain kunci kat kereta...jadi aku kena tunggu wife balik...Petang rabu tu aku hilang arah sekejap,balik jam 5.00 petang aku singgah solat dulu di Surau sebab aku tau wife hanya sampai jam 6.30 petang, Lepak sekejap kat surau, aku balik perlahan-lahan ke kuarters, terus ke bahagian belakang menikmati tasik seperti lombong usang bersempadanan dengan kawasan kuarters, Aku rasa canggung, termenung lama kat kerusi simen yang tak pernah sudi punggung orang melabuh, aku terfikir jika orang tengok keadaan aku mungkin depa ingat aku tengah runsing atau mengalami kemurungan tahap 20 atau mungkin depa ingat aku nak bunuh diri...
Awan kelat pekat cuba menghalau aku, di kirim angin kuat pula minta aku beredar dari kawasan itu, aku beredar ke tangga kuarters bila aku perasan ada sarang tabuan sebesar perut lekaki normal yang buncit tapi tak beranak-beranak pun..di tangga kuarters hujan cukup menggila, simas dah badan, lemah, lapar dan letih...6.30 petang barulah wife sampai..
Itulah yang berlaku petang rabu tu..kesilapan dan kecuaian menyusahkan aku..dan aku tak suka menyusahkan orang aku silap aku kena tanggung, tapi sekali tu ja kot...takkan nak kena selalu...Aku pernah jugak dengar kes orang tertinggal kunci, terlupa kunci, tertelan kunci aku tak pernah dengar lagi...ok.
Gambar kunci ni sekadar hiasan |
No comments:
Post a Comment