Sekarang 9.48 malam, baru lepas solat isyak semua maklumat lain tetap sama, Terima kasih kepada follower baru yang memang aku tak kenal..terima kasih kerana menjadi mengikut blog yang tak seberapa ini...apapun mungkin niat kita sama, untuk sekadar berkongsi rencah2 kehidupan, suka duka , dan ria tawa kehidupan..
Kepala aku berserabut, tahun baru bukan meninggalkan masalah lama, masalah itu mengesot menjejak langkah aku menyelak tabir 2012, masalah2 kerjaya,rumahtangga,keluarga,kemanusiaan,kejiwaan dan segala macam masalah bak bayang2 yang setia, petang ni, dengan kepala yang berat, sukar sekali aku untuk mengukir senyum, kedegaran ketukan2 manja dari tangan seorang warga Indon yang diamanahkan menampal kesan2 binaan bagi kerja2 menaik taraf yang mereka jalankan, perlaksanaan kerja yang melewati tempoh waktu yang mereka sendiri janjikan..itulah hakikatnya...
Aku sedikit gusar kerana jam telah pun melewati 5.15 petang, keluhan hati bersuara terlalu senyap"kenapalah 4.45 baru nak mula kerja, hujan menggila, ketika perasaan gundah gulana, aku mengintai keluar bangunan, awan gelap pekat namun dibiar matahari meremang petang, Aku kehulu kehilir sambil melepas pertanyaan kepada sang pekerja,"lambat lagikah nak siap, saya perlu balik, namun lebih leka dia menampal plaster pada dinding, bengang betul aku...
Jarum bergerak ke 5.45 , aku masih sabar menanti, mahu saja aku kunci mamat Indon ni dalam library, hujan makin mengila, sambil detik berlalu, aku kutip botol2 minuman tinggalan pelajar2 yang tiada tanggungjawab, lalu kubuang bersama plastik2 bungkusan gula2 buangan tangan2 yang tak reti bahasa, di luar pintu muncul kepala mamat tu yang menyatakan kerjanya sudah siap, aku bergegas untukmengambil payung dan ketika itu barulah aku perasaan penghawa dingin di bilik siber tidak dimatikan,mujur atas kecuaian manusia dan masalah yang aku tempuh, pembaziran dapat dielakkan
Ketika mengunci pintu utama sekali lagi kedengaran sebuah lagi penghawa dingin dari bilik Pensyarah ditingkat bawah juga tidak dimatikan,kali ni aku tidak dapat membantu, dengan hujan yang masih menggila, aku redah bersama payung untuk pulang ke Kuarters...bila sampai aku segera menunaikan solat Asar,ketika itu jam dah pun melewati 6.00 petang itulah perkara yang merisaukan aku...dan bila aku call mak tadi, mak maklumkan yang sepupu aku di Kubang Jawi meninggal pagi tadi,Teringat ungkapan Ustaz Ramli ketika kami berkunjung kerumahnya pada Aidilfitri beberapa tahun lalu, aku bertanya, "Ustaz sihat?, Sihat jawabnya, " la dok buat pa lepas pencen? " Dok tunggu nak mati ja la, aku terkedu... sekian....
No comments:
Post a Comment