17 Januari 2012, hari Selasa jam 7.55 kuarters juruteknik kmtk...
Hari ini aku dan wife ke Mahkamah...Sebenarnya aku langsung tak pernah jejak kaki ke mahkamah apatah lagi nak mendengar kes perbicaraan. Dengan niat nak temankan wife, aku sampai ke Mahkamah Sungai Petani. Dari surat "Sepina" tu wife kena jadi saksi untuk satu kes rogol dan kena hadir jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen 4, Sungai Petani. Jadi untuk elak sebarang masalah aku ambik cuti rehat, kami sampai di perkarangan kompleks Mahkamah jam 8.05 pagi...
Aku macam selalu kalau hal-hal mencemaskan mudah sangat perut memulas, terus cari 'mahkamah kecik' pas keluar agak pelik membaca maklumat pada pintu tandas, "tandas ini diuruskan oleh...jawatan..penghantar saman gred N3...selalunya kita ada cleaner tapi bagus jugak kalau kakitangan kerajaan di organisasi lain yang tak dak apa nak buat dan asyik melilau tak tentu hala buat kerja tu, tapi staf tadi tu tolong uruskan saja cleaner memang dah ada..
kami melangut kat situ bersama kelibat ramai anggota polis yang hadir dengan pelbagai tugas, kelibat pesalah yang bergari untuk pertuduhan juga kelibat peguam2 yang sibuk kendalikan kes2..
Jam merangkak ke 12.00 tengahari, bayangkan berapa lama menunggu untuk memberi keterangan..Jam 1.00 kami pergi makan kat kantin, sejak pagi sedikit sangat makanan yang masuk ke perut.. di kantin tak banyak pilihan makanan, dah tu kalau nak order kena minta makanan yang sama dengan pesanan orang lain untuk cepat kata salah seorang Indon dari 3 Indon yang jadi tukang masak kat dalam tu..sedih aku kat mana2 pun orang asing dah kuasai, kalau 200 orang pelanggan dalam kantin tu mungkin alasan lambat aku boleh terima, ni cuma 15 orang pun tak sampai. itulah jadinya perniagaan tanpa persaingan...
Pas makan aku ke Surau. Ada 2 anggota polis sedang berjemaah, Aku terpaksa mencari jalan macamana nak join sebab tempat agak kecil..peliknya ruang menunggu lebih selesa dari ruang mengadap Tuhan..Inilah konsep bangunan akhir zaman. bukan aku nak canang aku ni alim tapi itulah hakikatnya...
Jam 2.30 petang wife dipanggil, aku masuk juga sebagai pemegang beg, Sepatutnya kena tunduk kepada hakim sebelum duduk tapi aku terlupa. Aku cuma tunduk masa nak masuk ke dalam keta..Tertuduh dalam kandang dalam jarak 5 meter dengan aku hanya 9 orang manusia dalam kamar tu.. hakim serius ja muka nya, tertuduh dah tua bangat tapi nafsunya masih muda...aku fikir kalau aku jerkah dia dari belakang tentu dia rebah terguling dan koma he.he..he...
banyak juga soalan dari ayat2 mahkamah yang di soal kepada wife..kalau aku yang jadi saksi mungkin hakim akan turun sepak aku sebab aku lambat pickup mana takut silap jawab, mana nak ingat fakta kes, mujurlah aku tak dapat pegawai pembangunan masyarakat dulu, jika tak tentu susah
Apa pun suasana dalam "kamar" samalah macam mahkamah dalam cerita hindustan yang aku selalu tengok, bezanya orang yang ikut mendengar kes tu ramai, yang ni hanya aku sorang sebab aku nak rasa feel dan cari pengalaman, selain tu jika dalam filem hindi keluarga si tertuduh mesti nangis2 dan tertuduh pun lompat2 dalam kandang tapi yang aku saksikan adalah sebaliknya, sunyi ja, perut aku bunyi pun hakim boleh dengar
bila selesai dan nak keluar wife tunduk sikit kat hakim tapi aku tunduk lagi sikit...macam anguk bila cikgu tanya "faham tak? faham cikgu...Kami balik jam 3.30 petang dan sampai kat kuarters jam hampir 5.00. Sayangnya, aku belum punya blog masa aku masuk bertugas di Parlimen dulu dan masa masuk penjara Kajang masa study dulu jika tak boleh kongsi2 pengalaman...ok semua maklumat katas hanyalah pendapat dan pandangan peribadi aku tanpa niat mengaibkan mana2 pihak...ok jumpa lagi..
Kompleks Mahkamah Sungai Petani |
No comments:
Post a Comment