SELAMAT DATANG

Monday, December 12, 2011

Team building suatu pengalaman...

Sabtu hari ini.Jam baru 8.04 malam lokasi menulis masih dikuaters, Sebab aku balik awal kelmarin adalah untuk hadir kursus ni.Khabar angin untuk kami hadir kursus ni aku dapat tau masa lawatan diPoliteknik Seberang Perai lagi, perasaan sedikit lega bila dimaklumkan oleh satu sumber ketika itu bahawa kursus ni hanya sehari dan tempatnya di Dusun Resort Minda, KM 4.5 Jalan Padang Sanai Kuala Nerang..Kami bertolak dari KMTK sedikit lewat, kehadiran kakitangan enggan aku ulas.

Macam bapak dugong...

Sampai saja di kem, aku dapati suasananya cukup indah, menenang jiwa dan perasaanku.Kami dijemput untuk minum pagi terlebih dulu dan kemudian ke Dewan Utama untuk majlis pembukaan dengan ucapan pengarah jadi agenda utama. Kemudian aktiviti pertama cukup menyeronokkan, "flying Fox" bukanlah asing bagi aku. cuma jadi asing sebab seumur hidup aku tak pernah cuba. Dari sekolah sampai masuk pusat Latihan Perda dan kemudian UiTM, bukan tak pernah ada, ada tapi pelik..aku tak pernah ada keyakinan atau keinginan untuk mencuba macam jodoh pulak. 

Selepas mendarat semas

Kali ni keinginan aku untuk mencuba cukup tinggi. Setelah kelengkapan dan keperluan terpasang di badan debaran kencang berkocak namun hanya sedikit, jalan untuk ke menara agak jauh dengan sedikit mendaki, kemudian perlu pula memanjat menara, hanya ini menyebabkan aku sedikit penat tambahan kedudukan mendaki tangga yang agak curam buat aku sedikit takut. Namun menjejak kaki di platform pelepasan ketakutan hilang entah kemana, masa tu aku mengimbas semula ketika suatu masa dulu aku mengerah kudrat memanjat pokok asam Jawa hingga sampai kepucuk, sayangnya kenangan itu hanya ada pada ingatan, sukar aku untuk buktikan kerana tiada rekod sebagai bukti untuk suatu gambaran.
Hanya untuk kenangan

Proses pelepasan lancar sedikit berpusing kerana aku ingin santai melepas tekanan. Memang selepas mendarat otak terasa ringgan. Kemudian kami ke hutan untuk dua lagi aktiviti pertama " All On Board dan keduanya All In One kedua-dua aku jadi pemerhati walaupun teringin juga nak mencuba tapi bila kenangkan risikonya aku rasa elok saja cuba lain kali.

hadiah yang tidak terduga

Selepas makan tengahari sekitar 2.30 petang,aku tunaikan kewajipanku sebagai muslim. Kami di arahkan ke Dewan untuk majlis penutup, dek kerana lambat memakai kasut sukan,aku silap menjejak laluan ke Dewan hingga sampai kaki aku langkah ke pejabat Pentadbiran, itulah kesan dari otak yang fungsi sarafnya merosot sana-sini. Aku dapatkan brosur, bila sampai ke dewan sesi bergambar hampir habis, nasib baik aku sempat. Aku tengok banyak hamper2 yang dipegang beberapa kakitangan, tapi akutak ambil pusing pun, hinggalah detik selepas bergambar Pengarah bersuara "Lan ambik hamper hang" "Aikk aku dapat hamper? Apa yang aku buat dan sampai saat ni aku tak tau untuk apa hamper tu pelik memang pelik, mungkin dah Allah takdirkan, macam kata2 pengarah ucapannya...SEKIAN...       

No comments:

Post a Comment