SELAMAT DATANG

Friday, December 9, 2011

Melawat "orang baru" & melepas gian..

Makin dekat untuk tahun baru...Hari ni 9 Disember dan sekarang baru jam8.12 malam..Pagi tadi aku melawat kakak yang baru bersalin,Anak kelima...siapa sangka umur dia yang melepasi 40an dikurniakan lagi anak. Kita hamba Allah yang lemah tidak mampu menandingi perancangcaNYA...dah nak expired pun masih mampu lagi.Jadi banyaklah bersabar dan tingkatkan usaha bagi mereka yang belum punya anak...
Aku dengan mak tengah geram tengok ikan banyak..

Dia dah bersalin seminggu. Hanya pagi tadi aku sempat melawat, Aku bawa mak sekali sebab maklah yang membantu serba sedikit mengikut keperluan dan niatnya untuk bermalam di Rumah kak telah aku tunaikan. Ini cucu mak yang ke 30...cicit mak baru lima. Aku sedar aku, mak dari keluarga yang punya adik beradik yang ramai..Malangnya aku tak sepenuhnya mengenali semua sepupu-sepupu aku yakni anak-anak saudara mak. Ini yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni, kita mungkin bertumbuk dulu sebelum sedar orang yang kita tumbuk tu adalah saudara mara kita sendiri.
Sabar,tabah,kuat dan tekun itulah pemancing

Jadi apa yang aku buat untuk menghindarkan perkara ini berlaku, Aku tingkatkan lawatan atau kunjungan ke rumah adik-beradik mak dan ayah bila ada kesempatan. Dan aku wujudkan salasilah keluarga bergambar supaya anak2 saudaraku kenal mengenal sepupu mereka. Atas kesempatan yang ada ketika di rumah kak, ikan memang banyak disungai bersebelahan rumahnya. Mak yang kaki pancing telah sedia dengan umpan.Aku sempat lepas gian "memancing" mak bagitaudua hari lepas,36 ekor ikan puyu berjaya dipancing pada satu lokasi sahaja. Bayangkan...kaki pancing yang tahu memang paham..
Lubuk ikan tu aku akan letak pukat baru best..

Anak menakan ke 30: Siti Nur Aisyah Awni binti Asri 
kalau tak dak ikan dan memang dia tengah kenyang, kau tunggulah dari pagi sampai petang nak dapat sekog pun payah.Tapi pagi tadi banyak gangguan. dek orang yang datang melawat kak tumpuan aku dan mak terganggu, mak hanya dapat sekog dan aku pun dapat sekog tapi hanya untuk 2 saat sebab kail tercabut dari mulut ikan..plup..jatuh balik, mungkin gak gigi palsu ikan tu tanggal..minggu depan aku kalut dengan kenduri entah bila pula aku dapat memancing lagi...

No comments:

Post a Comment