SELAMAT DATANG

Wednesday, December 21, 2011

Hari jadi seorang Pustakawan...

Jam 7.57 malam, Hari ni Rabu 21 Disember 2011.. lokasi biasa..kuarters..

Hari ni rasa sedih tu ada sikit, Hari ni hari jadi aku yang ke 35...Apalah maknanya aku tak pernah sambut pun.Cuma wife wish kat aku pagi tadi. Hari ni hari kedua kursus pemahaman ISO 9001: 2008 yang dibuat di Institut Aminuddin Baki, cawangan Utara di Jitra, berat kursus ni, dalam keadaan otak aku yang semakin lembab aku terpaksa menumpu perhatian untuk sesuatu yang agak rumit, mulanya tefikir gak kenapalah aku...Tapi aku ketua unit nak tak nak kena jugak..Maxis memberi panggilan percuma sebab ulangtahun kelahiran. Apalah maknanya, panggilan dari handphone yang modenya aku silent pun aku tak mampu nak jawab , inikan pula nak buat panggilan, beberapa kali handphone aku jatuh dek sukarnya aku nak memegangnya untuk menjawab panggilan, lantaklah jari kebas dan cukup sukar nak mengambil dan memegang handphone..jadi berderinglah ia dalam poket aku...
Hari ni..untuk aku

Esok ada test untuk uji pemahaman peserta jadi aku kena study kejap lagi, ni pun dek kemaruk nak menulis, aku cuba curi masa...jadi pengisian untuk hari jadi aku ni mungkin aku tangguhkan tak pun tak buat pa langsung. Ada orang seronok sangat sambut hari jadi,pada aku umur kita makin singkat, makin dekat untuk mati seronok pa, pendapat aku la...Mujur pengangkutan untuk ke tempat kursus, aku dapat tumpang kawan, Kolej tak sedia pengangkutan coz semua peserta guna kenderaan sendiri, penginapan disediakan, mulanya aku nak stay saja kat Jitra tapi dah kawan ni nak balik berulang legalah..mulanya berat sangat bila fikir pasal ISO sebab kat Public Library Kedah dulu aku pernah lalui dah, untuk kebaikan aku kena positif, Allah mudahkan urusan...Aku tinggalkan Perpustakaan dengan penerimaan peralatan baru, dan esok lusa ada pulak pengubahsuaian bilik, dalam pada tu, ada pulak syarikat buku nak buat pameran, buku Hasani tu pun tak sempat lagi nak pohon, buku dari Bahagian pun tak proses lagi...Ahhh sibuknya aku..
Institut Aminuddin Baki..tapi bukan kat Jitra


situasi ini menghiasi saat sambutan hari jadi ku kali ini, sekali lagi aku pohon moga Allah mudahkan semua tugas2 yang aku perlu selesaikan, Moga Allah dorongkan semangat, kesungguhan ,ketabahan , kerajinan , kejujuran memikul amanah,kebijaksanaan membuat keputusan kepadaku...
Logo IAB

Moga Allah kurniakan kepadaku kakitangan2 bawahan yang kompeten, amanah, rajin, bertanggungjawab, peka, bijaksana,jujur demi menyokong bos mereka yang OKU ini, "pemimpin menekankan kualiti bukan kuantiti"..itulah tajuk yang aku bentangkan mewakili kumpulan biru dalam kursus ISO kelmarin,

No comments:

Post a Comment