SELAMAT DATANG

Tuesday, December 27, 2011

Diari seni lima jari...part 4...

Hari ni 27 Disember 2011, hari Selasa, sekarang dah 9.40 malam..letih sikit tadi, tidur kejap sekarang segar sikit, lokasi meluah perasaan tetap sama. Hanya beberapa hari lagi untuk sambut tahun baru, aku masih ingat aku jenguk dari tingkat kat rumah sewa di Kampung Baru detik 12 malam 31 disember 2010 dulu, masa tu aku keseorangan, sayuuu ja saat tu, bila bunga api di tembak ke udara cukup menyeronokkan.Esoknya tu cuti best gak..

Kali ni aku nak kongsi sebuah lagi karya seni lima jari aku, dengan tajuk " Air Mata di Kuala" aku hasilkan karya ni pada bulan Mei 2005 dulu... dah 6 tahun berlalu..kalau taksilap aku karya ni aku hasilkan dari sekeping foto yang terdapat di dalam sebuah akhbar tempatan. tak asli lah tapi aku pindahkan ke kanvas dengan jari lima aku..

Dan sebenarnya jugak aku ingin rakamkan karya ni di sebabkan suatu peristiwa yang menggemparkan dunia, berlaku di Acheh tahun 2004 dulu ingatkan...ingatkan apalagi "Tsunami laaaa
Kuala tu merujuk kepada Kuala Kedah yang sedikit terkena tempias tapi taklah seteruk Kuala Muda, Jadi gambar tu adalah bot2 nelayan Kuala Kedah yang tinggal selepas malapetaka tsunami, Untuk kenangan 3 buah bot tu aku bagi nombor pendaftaran sendiri, iaitu nombor motor anak saudara aku dua buah dan sebuah lagi nombor motor kawan aku yang kini merupakan Penghulu Mukim Tualang, cuma taklah jelas sangat nombor2 tu sajalah nak bagi panjang cerita...ok jumpa lagi...
Silau flash kamera meng...okukan gambar

No comments:

Post a Comment