Sekarang 7.45 malam..Ahad hari ni tempat menulis sama la..Aku keseorangan sebab wife balik kampung. Hari ni, aku dapat printer dan PC baru, Syukur Alhamdullillah tetapi cabaran mendatang tetap hebat..sedikit demi sedikit perubahan ke arah kesempurnaan kerjaya melengkapi namun kesabaran masih perlu aku tagih.
|
Taklimat KOHA kepada kami |
Aku nak kisahkan sedikit mengenai satu usaha aku atas ilham dan bantuan Allah kepada ku...Semasa aku melangkah kaki sebagai pengendali Perpustakaan KMTK tiada sistem Perpustakaan untuk aku gunakan. Sejak Jun 2010, aku sering dihubungi pembekal untuk menawarkan produk mereka kerana mereka tahu kami masih belum punya sistem untuk menkatalog bahan. Puas juga mencari alasan bagi dikemukakan agar mereka faham. Tentulah masalah kewangan menjadi penghalang utama.
|
Aspek Teknikal yang memeningkan.. |
kos sistem yang ditawar ada yang mencecah ratusan ribu.Perkara ini cukup merimaskan aku, lalu aku panjatkan petunjuk dariNYA...Syukur walau usaha ini belum lagi berhasil tetapi potensi berjayanya cerah. Aku terbaca satu artikel dari Buletin Sekitar Perpustakaan terbitan Perpustakaan Negara Malaysia. Artikel berkaitan Perisian Sumber Terbuka buat aku mendapat ilham. Antara sistem percuma yang telah digunakan oleh beberapa perpustakaan tempatan cukup melegakan.
Aku membuat pencarian manakah lagi organisasi yang menggunakan KOHA, Selain Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Aku temui Politeknik Kota Bharu dan paling dekat Politeknik Seberang Perai. Aku membuat rancangan untuk ke sana. Sebelum tu Pegawai Teknologi Maklumat KMTK dan kakitangannya cukup banyak membantu dari segi penerokaan awal mengenali sistem KOHA ni, Aku explore dan menjelajah sendirian, belajar dan belajar kaedah betul menggunakannya, dari buta kayu aku dapat sedikit ilmu mengenainya .
|
Lawatan sekitar PSP |
|
Kemudahan yang hebat.. |
|
Bilik santai yang memukau |
|
Kat depan PSP |
|
Perhiasan di depan Perpustakaan |
Sebagai ujian aku masukkan data 30 pelajar dan katalogkan 30 naskhah bahan, Berjaya tetapi dengan sedikit kesilapan teknikal. Maka pada 21 November 2011 lalu, aku bawa rombongan yang terdiri daripada kakitangan Unit Perpustakaan beserta kakitangan Unit Data dan Maklumat KMTK mengejar Kura-kura sehingga ke Politeknik Seberang Perai. Kami sampai lebih kurang jam 9.15 pagi, diberi taklimat oleh Pn Aidatul Hasnida Abdul Rani yang merupakan tuan punya meja yang aku duduk masa di PBN dulu. Walaupun aku tak kenal tapi kerana niat nak belajar aku redah saja, malu bertanya sesat jalan, kenal tak kenal belakang kira yang penting misi mesti berjaya..
Aku tahu projek ni baru 20% berjaya banyak lagi nak kena buat tapi bila dah ada bantuan insyAllah boleh buat. Aku yakin kalau niat kita baik Allah akan tolong..Fizikalnya PSP jauh beza dari Perpustakaan KMTK namun bersyukur ja dengan apa yang kita ada KOHA oh KOHA moga hidup di Perpustakaanku...
dah lama planning nak pi
ReplyDeletelega dapat pi jugak
ReplyDelete