SELAMAT DATANG

Saturday, December 31, 2011

Azam seorang Pustakawan...

Sabtu 31 Disember 2011...lokasi menulis tetap dan sekarang dah 9.12 malam. Hanya beberapa jam lagi akan muncul tahun 2012. Aku mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ni. Selalunya bila tahun baru semua sibuk pasang azam, Aku pun tertanya-tanya azam aku tahun lepas apa tah? Aku pun lupa dah, tak berazam aku rasa tahun lepas..Tahun depan yang ada beberapa
 jam lagi ni, aku tetapkan azam2 yang umum ja..
Masa pasti pantas berlalu...

Pertama teruskan berusaha untuk martabatkan Perpustakaan KMTK sebaik mungkin
Kedua menjana simpanan untuk tempoh2 kecemasan
Ketiga teruskan tabiat membaca
Keempat beli apa sahaja keperluan / kehendak aku mengikut keperluan dan kemampuan
Kelima tidur sebaik mungkin waktu siang bila ada kesempatan

Itu ja kot, umum senang sikit...ok sekali lagi  SELAMAT TAHUN BARU....

Tuesday, December 27, 2011

Diari seni lima jari...part 4...

Hari ni 27 Disember 2011, hari Selasa, sekarang dah 9.40 malam..letih sikit tadi, tidur kejap sekarang segar sikit, lokasi meluah perasaan tetap sama. Hanya beberapa hari lagi untuk sambut tahun baru, aku masih ingat aku jenguk dari tingkat kat rumah sewa di Kampung Baru detik 12 malam 31 disember 2010 dulu, masa tu aku keseorangan, sayuuu ja saat tu, bila bunga api di tembak ke udara cukup menyeronokkan.Esoknya tu cuti best gak..

Kali ni aku nak kongsi sebuah lagi karya seni lima jari aku, dengan tajuk " Air Mata di Kuala" aku hasilkan karya ni pada bulan Mei 2005 dulu... dah 6 tahun berlalu..kalau taksilap aku karya ni aku hasilkan dari sekeping foto yang terdapat di dalam sebuah akhbar tempatan. tak asli lah tapi aku pindahkan ke kanvas dengan jari lima aku..

Dan sebenarnya jugak aku ingin rakamkan karya ni di sebabkan suatu peristiwa yang menggemparkan dunia, berlaku di Acheh tahun 2004 dulu ingatkan...ingatkan apalagi "Tsunami laaaa
Kuala tu merujuk kepada Kuala Kedah yang sedikit terkena tempias tapi taklah seteruk Kuala Muda, Jadi gambar tu adalah bot2 nelayan Kuala Kedah yang tinggal selepas malapetaka tsunami, Untuk kenangan 3 buah bot tu aku bagi nombor pendaftaran sendiri, iaitu nombor motor anak saudara aku dua buah dan sebuah lagi nombor motor kawan aku yang kini merupakan Penghulu Mukim Tualang, cuma taklah jelas sangat nombor2 tu sajalah nak bagi panjang cerita...ok jumpa lagi...
Silau flash kamera meng...okukan gambar

Wednesday, December 21, 2011

Hari jadi seorang Pustakawan...

Jam 7.57 malam, Hari ni Rabu 21 Disember 2011.. lokasi biasa..kuarters..

Hari ni rasa sedih tu ada sikit, Hari ni hari jadi aku yang ke 35...Apalah maknanya aku tak pernah sambut pun.Cuma wife wish kat aku pagi tadi. Hari ni hari kedua kursus pemahaman ISO 9001: 2008 yang dibuat di Institut Aminuddin Baki, cawangan Utara di Jitra, berat kursus ni, dalam keadaan otak aku yang semakin lembab aku terpaksa menumpu perhatian untuk sesuatu yang agak rumit, mulanya tefikir gak kenapalah aku...Tapi aku ketua unit nak tak nak kena jugak..Maxis memberi panggilan percuma sebab ulangtahun kelahiran. Apalah maknanya, panggilan dari handphone yang modenya aku silent pun aku tak mampu nak jawab , inikan pula nak buat panggilan, beberapa kali handphone aku jatuh dek sukarnya aku nak memegangnya untuk menjawab panggilan, lantaklah jari kebas dan cukup sukar nak mengambil dan memegang handphone..jadi berderinglah ia dalam poket aku...
Hari ni..untuk aku

Esok ada test untuk uji pemahaman peserta jadi aku kena study kejap lagi, ni pun dek kemaruk nak menulis, aku cuba curi masa...jadi pengisian untuk hari jadi aku ni mungkin aku tangguhkan tak pun tak buat pa langsung. Ada orang seronok sangat sambut hari jadi,pada aku umur kita makin singkat, makin dekat untuk mati seronok pa, pendapat aku la...Mujur pengangkutan untuk ke tempat kursus, aku dapat tumpang kawan, Kolej tak sedia pengangkutan coz semua peserta guna kenderaan sendiri, penginapan disediakan, mulanya aku nak stay saja kat Jitra tapi dah kawan ni nak balik berulang legalah..mulanya berat sangat bila fikir pasal ISO sebab kat Public Library Kedah dulu aku pernah lalui dah, untuk kebaikan aku kena positif, Allah mudahkan urusan...Aku tinggalkan Perpustakaan dengan penerimaan peralatan baru, dan esok lusa ada pulak pengubahsuaian bilik, dalam pada tu, ada pulak syarikat buku nak buat pameran, buku Hasani tu pun tak sempat lagi nak pohon, buku dari Bahagian pun tak proses lagi...Ahhh sibuknya aku..
Institut Aminuddin Baki..tapi bukan kat Jitra


situasi ini menghiasi saat sambutan hari jadi ku kali ini, sekali lagi aku pohon moga Allah mudahkan semua tugas2 yang aku perlu selesaikan, Moga Allah dorongkan semangat, kesungguhan ,ketabahan , kerajinan , kejujuran memikul amanah,kebijaksanaan membuat keputusan kepadaku...
Logo IAB

Moga Allah kurniakan kepadaku kakitangan2 bawahan yang kompeten, amanah, rajin, bertanggungjawab, peka, bijaksana,jujur demi menyokong bos mereka yang OKU ini, "pemimpin menekankan kualiti bukan kuantiti"..itulah tajuk yang aku bentangkan mewakili kumpulan biru dalam kursus ISO kelmarin,

Monday, December 12, 2011

Team building suatu pengalaman...

Sabtu hari ini.Jam baru 8.04 malam lokasi menulis masih dikuaters, Sebab aku balik awal kelmarin adalah untuk hadir kursus ni.Khabar angin untuk kami hadir kursus ni aku dapat tau masa lawatan diPoliteknik Seberang Perai lagi, perasaan sedikit lega bila dimaklumkan oleh satu sumber ketika itu bahawa kursus ni hanya sehari dan tempatnya di Dusun Resort Minda, KM 4.5 Jalan Padang Sanai Kuala Nerang..Kami bertolak dari KMTK sedikit lewat, kehadiran kakitangan enggan aku ulas.

Macam bapak dugong...

Sampai saja di kem, aku dapati suasananya cukup indah, menenang jiwa dan perasaanku.Kami dijemput untuk minum pagi terlebih dulu dan kemudian ke Dewan Utama untuk majlis pembukaan dengan ucapan pengarah jadi agenda utama. Kemudian aktiviti pertama cukup menyeronokkan, "flying Fox" bukanlah asing bagi aku. cuma jadi asing sebab seumur hidup aku tak pernah cuba. Dari sekolah sampai masuk pusat Latihan Perda dan kemudian UiTM, bukan tak pernah ada, ada tapi pelik..aku tak pernah ada keyakinan atau keinginan untuk mencuba macam jodoh pulak. 

Selepas mendarat semas

Kali ni keinginan aku untuk mencuba cukup tinggi. Setelah kelengkapan dan keperluan terpasang di badan debaran kencang berkocak namun hanya sedikit, jalan untuk ke menara agak jauh dengan sedikit mendaki, kemudian perlu pula memanjat menara, hanya ini menyebabkan aku sedikit penat tambahan kedudukan mendaki tangga yang agak curam buat aku sedikit takut. Namun menjejak kaki di platform pelepasan ketakutan hilang entah kemana, masa tu aku mengimbas semula ketika suatu masa dulu aku mengerah kudrat memanjat pokok asam Jawa hingga sampai kepucuk, sayangnya kenangan itu hanya ada pada ingatan, sukar aku untuk buktikan kerana tiada rekod sebagai bukti untuk suatu gambaran.
Hanya untuk kenangan

Proses pelepasan lancar sedikit berpusing kerana aku ingin santai melepas tekanan. Memang selepas mendarat otak terasa ringgan. Kemudian kami ke hutan untuk dua lagi aktiviti pertama " All On Board dan keduanya All In One kedua-dua aku jadi pemerhati walaupun teringin juga nak mencuba tapi bila kenangkan risikonya aku rasa elok saja cuba lain kali.

hadiah yang tidak terduga

Selepas makan tengahari sekitar 2.30 petang,aku tunaikan kewajipanku sebagai muslim. Kami di arahkan ke Dewan untuk majlis penutup, dek kerana lambat memakai kasut sukan,aku silap menjejak laluan ke Dewan hingga sampai kaki aku langkah ke pejabat Pentadbiran, itulah kesan dari otak yang fungsi sarafnya merosot sana-sini. Aku dapatkan brosur, bila sampai ke dewan sesi bergambar hampir habis, nasib baik aku sempat. Aku tengok banyak hamper2 yang dipegang beberapa kakitangan, tapi akutak ambil pusing pun, hinggalah detik selepas bergambar Pengarah bersuara "Lan ambik hamper hang" "Aikk aku dapat hamper? Apa yang aku buat dan sampai saat ni aku tak tau untuk apa hamper tu pelik memang pelik, mungkin dah Allah takdirkan, macam kata2 pengarah ucapannya...SEKIAN...       

Friday, December 9, 2011

Melawat "orang baru" & melepas gian..

Makin dekat untuk tahun baru...Hari ni 9 Disember dan sekarang baru jam8.12 malam..Pagi tadi aku melawat kakak yang baru bersalin,Anak kelima...siapa sangka umur dia yang melepasi 40an dikurniakan lagi anak. Kita hamba Allah yang lemah tidak mampu menandingi perancangcaNYA...dah nak expired pun masih mampu lagi.Jadi banyaklah bersabar dan tingkatkan usaha bagi mereka yang belum punya anak...
Aku dengan mak tengah geram tengok ikan banyak..

Dia dah bersalin seminggu. Hanya pagi tadi aku sempat melawat, Aku bawa mak sekali sebab maklah yang membantu serba sedikit mengikut keperluan dan niatnya untuk bermalam di Rumah kak telah aku tunaikan. Ini cucu mak yang ke 30...cicit mak baru lima. Aku sedar aku, mak dari keluarga yang punya adik beradik yang ramai..Malangnya aku tak sepenuhnya mengenali semua sepupu-sepupu aku yakni anak-anak saudara mak. Ini yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni, kita mungkin bertumbuk dulu sebelum sedar orang yang kita tumbuk tu adalah saudara mara kita sendiri.
Sabar,tabah,kuat dan tekun itulah pemancing

Jadi apa yang aku buat untuk menghindarkan perkara ini berlaku, Aku tingkatkan lawatan atau kunjungan ke rumah adik-beradik mak dan ayah bila ada kesempatan. Dan aku wujudkan salasilah keluarga bergambar supaya anak2 saudaraku kenal mengenal sepupu mereka. Atas kesempatan yang ada ketika di rumah kak, ikan memang banyak disungai bersebelahan rumahnya. Mak yang kaki pancing telah sedia dengan umpan.Aku sempat lepas gian "memancing" mak bagitaudua hari lepas,36 ekor ikan puyu berjaya dipancing pada satu lokasi sahaja. Bayangkan...kaki pancing yang tahu memang paham..
Lubuk ikan tu aku akan letak pukat baru best..

Anak menakan ke 30: Siti Nur Aisyah Awni binti Asri 
kalau tak dak ikan dan memang dia tengah kenyang, kau tunggulah dari pagi sampai petang nak dapat sekog pun payah.Tapi pagi tadi banyak gangguan. dek orang yang datang melawat kak tumpuan aku dan mak terganggu, mak hanya dapat sekog dan aku pun dapat sekog tapi hanya untuk 2 saat sebab kail tercabut dari mulut ikan..plup..jatuh balik, mungkin gak gigi palsu ikan tu tanggal..minggu depan aku kalut dengan kenduri entah bila pula aku dapat memancing lagi...

Sunday, December 4, 2011

Mengejar kura-kura hingga ke Seberang Perai...

Sekarang 7.45 malam..Ahad hari ni tempat menulis sama la..Aku keseorangan sebab wife balik kampung. Hari ni, aku dapat printer dan PC baru, Syukur Alhamdullillah tetapi cabaran mendatang tetap hebat..sedikit demi sedikit perubahan ke arah kesempurnaan kerjaya melengkapi namun kesabaran masih perlu aku tagih.
Taklimat KOHA kepada kami


Aku nak kisahkan sedikit mengenai satu usaha aku atas ilham dan bantuan Allah kepada ku...Semasa aku melangkah kaki sebagai pengendali Perpustakaan KMTK tiada sistem Perpustakaan untuk aku gunakan. Sejak Jun 2010, aku sering dihubungi pembekal untuk menawarkan produk mereka kerana mereka tahu kami masih belum punya sistem untuk menkatalog bahan. Puas juga mencari alasan bagi dikemukakan agar mereka faham. Tentulah masalah kewangan menjadi penghalang utama.
Aspek Teknikal yang memeningkan..

kos sistem yang ditawar ada yang mencecah ratusan ribu.Perkara ini cukup merimaskan aku, lalu aku panjatkan petunjuk dariNYA...Syukur walau usaha ini belum lagi berhasil tetapi potensi berjayanya cerah. Aku terbaca satu artikel dari Buletin Sekitar Perpustakaan terbitan Perpustakaan Negara Malaysia. Artikel berkaitan Perisian Sumber Terbuka buat aku mendapat ilham. Antara sistem percuma yang telah digunakan oleh beberapa perpustakaan tempatan cukup melegakan.
Aku membuat pencarian manakah lagi organisasi yang menggunakan KOHA, Selain Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Aku temui Politeknik Kota Bharu dan paling dekat Politeknik Seberang Perai. Aku membuat rancangan untuk ke sana. Sebelum tu Pegawai Teknologi Maklumat KMTK dan kakitangannya cukup banyak membantu dari segi penerokaan awal mengenali sistem KOHA ni, Aku explore dan menjelajah sendirian, belajar dan belajar kaedah betul menggunakannya, dari buta kayu aku dapat sedikit ilmu mengenainya .
Lawatan sekitar PSP

Kemudahan yang hebat..
Bilik santai yang memukau
Kat depan PSP
Perhiasan di depan Perpustakaan
Sebagai ujian aku masukkan data 30 pelajar dan katalogkan 30 naskhah bahan, Berjaya tetapi dengan sedikit kesilapan teknikal. Maka pada 21 November 2011 lalu, aku bawa rombongan yang terdiri daripada kakitangan Unit Perpustakaan beserta kakitangan Unit Data dan Maklumat KMTK mengejar Kura-kura sehingga ke Politeknik Seberang Perai. Kami sampai lebih kurang jam 9.15 pagi, diberi taklimat oleh Pn Aidatul Hasnida Abdul Rani yang merupakan  tuan punya meja yang aku duduk masa di PBN dulu. Walaupun aku tak kenal tapi kerana niat nak belajar aku redah saja, malu bertanya sesat jalan, kenal tak kenal belakang kira yang penting misi mesti berjaya..

Aku tahu projek ni baru 20% berjaya banyak lagi nak kena buat tapi bila dah ada bantuan insyAllah boleh buat. Aku yakin kalau niat kita baik Allah akan tolong..Fizikalnya PSP jauh beza dari Perpustakaan KMTK namun bersyukur ja dengan apa yang kita ada KOHA oh KOHA moga hidup di Perpustakaanku...