Baru 5.39 petang, hari ni 29 November 2011, lokasi menulis samalah. Tapi 5 atau 10 tahun akan datang lokasi menulis mungkin berubah, tiga kaki lebar, x 7 kaki panjang x dalamnya pun 7 kaki, pastikannn... Oppps lupa hari ni hari selasa, samalah macam kat atas tu.
Ok ni satu aktiviti yang paling aku suka buat, cuma cabaran melaksanakannya saja buat kita fikir 100 kali untuk nak buat ke tidak nanti aku ceritakan...
Sejak 17 November lagi aku perhatikan sungai kat belakang rumah aku tu banyak sangat ikan dok "Menangkap" maksudnya ikan-ikan muncul dipermukaan air bagi mendapatkan bekalan oksigen, istilah orang utara menangkap lah, kocakkan air tu yang buat kita tau banyak ikan. Masa tu aku dah tak senang duduk dah, sekejap 2 aku ke sungai selang 10 minit tinjau lagi sungai tu, tapi hari tu aku perlu pergi berkursus di Kuala Kangsar..
Dengan sabar aku tunggu detik2 waktu yang berlalu memilih saat dan ketika yang paling sesuai..Sabtu lepas 26 November tibalah saat2 yang aku tunggu2.. Pagi tu aku pergi beli kasut getah yang berharga RM 5.50 untuk turun ke sungai. Syarat utama nak memukat mesti pakai kasut, kedua mesti ada stamina sebab?...haaa baca lagi...
Dulu aku memukat guna rakit yang aku cipta sendiri, sayangnya dah rosak gambarnya ada, tapi nak kena scan dulula..Jam 9.30 dalam renyai2 hujan aku dan anak saudara turun dengan lafaz Bismillahirruahmanirruahhim...cabaran pertama... selut membenam kaki kami separas paha, terlalu sukar untuk bergerak...cabaran kedua muncul bila mata tertumpu pada serpihan kaca pecah, lampu, besi karat, paku, tin kosong hasil sikap orang Melayu yang pemalas dan ambik mudah buat sungai sebagai tong sampah...
Mula labuhkan pukat |
Kami lepaskan sedikit demi sedikit pukat 80 mata yang panjangnya mencecah 60 meter, pukat 3 lapis berharga RM 120.00 itu mampu menjerut segala mak nenek warga sungai yang sedang berpesta seks...selepas pukat dilepaskan..secara melencong, penghujung perlu di tarik ke tebing untuk memudahkan pukat dihimpit ke tepi tebing sedikit demi sedikit, pergerakan dalam selut amat sukar kerana selut melepasi pinggang bila kedudukan kami di tengah2 sungai..
Pukat pun kadang2 berselirat |
Hasil labuhan pukat yang pertama cukup membanggakan, banyak ikan Keli, Sepat, Lampam Jawa dan Puyu menjadi mangsa..membuang ikan2 ini dari pukat perlu ada kemahirannya, kalau tidak ikan meninggal dan tangan boleh luka..Labuhan kali kedua juga memberi hasil lumayan, dek kerana diseberangnya adalah batas ban, membuatkan kaki2 ikan memberhentikan motosikal untuk melihat kami beraksi dulu ramai orang luar datang cari rezeki di sungai ni. Tapi mungkin depa dah "kembali" mana ada budak2 muda sanggup turun sungai macam ni naik motor ke hulu ke hiliaq ramai la.Bersenang2 goyang kaki....
Perlu menyeberangi sungai |
Antara hasil tangkapan |
Ikan Keli dari bendang rasanya.. |
Haruan yang diperolehi saat akhir... |
Pukat perlu dibersihkan... |
kali ketiga melabuh pukat barulah dapat sang Haruan adalah dalam 7-8 ekor dan seekor haruan yang sederhana besar yang lain2 tu macam dudak sekolah rendah saja, yang besaq sikit tu macam nak ambik SPM la... Saat akhir pukat perlu di buang segala sampah sarap yang tidak diundang...dan cabaran last yang perlu keberanian ialah kehadiran lintah 2 manja yang mengelilingi pinggang menyajikan aksi kuak lentang kepada kami. Kat paha aku lekat seekor sebesar jari kelingking, kalau masuk dalam saluran peranakanku Habissss...mengandung lintah la aku...OK JUMPA LAGI...