lama gak aku tak bersiaran dengan post baru. post ni lama dah aku nak kongsi tapi ada kekangan masa yang buat aku lambat sikit menulis. kali ni aku nak kongsi dengan sesiapa saja yang sudi membaca dan mengambil tahu sejarah panjang yang terpaksa aku ringkaskan, bagaimana aku menjadi PUSTAKAWAN. Ringkasnya dalam tahun-tahun 90an adalah waktu penghujung aku sebagai seorang pelajar sekolah. hujung tahun1997, selepas mengambil STPM kali kedua, aku tercari-cari hala tuju. oleh kerana tak tau nak buat apa aku kembali bekerja di sebuah kilang perabot sebagai buruh kasar. masa tunggu result SRP aku dah keja dah kat situ, masa tu gaji aku RM 5.00 sehari, bayangkan!! jarak dengan rumah dekat ja. dalam 300 meter ja, jadi jalan kaki ja lah. masa tunggu result SPM kat situ lagi aku mintak kerja. gaji RM 7.00. kerja aku untuk tempoh tu cuma perlu mencuci perabot-perabot yang berhabuk,kotor, ada gam dan sebagainya. sebulan dapatlah RM 80 hingga 120.00 macam tulah. apa tidak nya, rumah dekat, tengahari balik mandi, makan, dan mata pun stim semacam je, mula niat nak rehat sat, tapi pas tu aku pun..zzzzzz jadi dapat lah RM2.50 atau RM 3.50 sehari..bila aku kenangkan balik, susah masa tu. pas beberapa bulan aku behenti sebab tak tahan dengan kerja. mau tidaknya, gaji ciput,KWSP tak ada bila masuk keja rambut elok ja hitam, balik jam 6 petang , tumbuh uban, rambut dan muka macam hantu cina citer kungfu tu. cuma tak lompat ja, pas berhenti aku melilau cari kerja. dek kerana tak dak duit nak raya , aku sanggup jadi jurujual jualan langsung , rumah ke rumah tapi nantilah aku citer dalam post lain bab kerja jurujual ni. tak banyak kenangan indah semasa bekerja sebagai buruh kasar di kilang tu, mengerikan tu banyak, putus jari,luka, pijak paku dan macam2 tapi aku hilang tangan bukan sebab kerja kat sini, tolong sikit.
tahun 1998 aku sambung pelajaran di Pusat Latihan Perda Pulau Pinang. setahun kat situ sebelum tu awal tahun aku kerja sebagai pembantu pam kat Shell lencong barat. citer ni pun nanti lah aku masukkan dalam post khas, post ni cuma nak citer macamana aku boleh jadi PUSTAKAWAN.
Hujung tahun 1999, aku sambung belajar kat Universiti Teknologi Mara Shah Alam, dalam kursus pengurusan perpustakaan dan maklumat, aku tamat tahun 2001. banyak la kenangan kat sini, dan aku mohon untuk buat latihan praktikal di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, nak di jadikan rezeki pada hari akhir praktikal, aku di tawarkan kerja di situ sebagai pembantu perpustakaan gred s 17 dengar kata pengarah kesian tengok aku, dia offer le keja. tapi aku berterima kasih sangat2 kat Pn. Hajjah Mazizah Binti Darus sebab tak kerana dia tak makan gaji la aku sampai sekarang. Hujung tahun 2002 aku mula kerja sebagai Pembantu Perpustakaan bertaraf kontrak, gaji masa tu RM 656.00 lebih kurangla, bukan main gembira aku masa tu, maklumlah buat pertama kali dapat gaji beratus ringgit. masa kerja jurujual , gaji tak menentu, kadang2 dapat rm90 sehari tapi kalau lansung tak jual barang satu sen pun tak dapat, banyak pengalaman dan cerita2 menarik masa aku kerja sebagai jurujual ni. kenangan yang tak pernah aku lupa tunggulah nanti aku buat post khas untuk kerja tu. masa kerja kat Shell tu pulak gaji aku dalam 270.00 sebulan. gaji RM10 sehari, tolak duit yang terlebih bagi pada orang banyak tu la gaji aku. Jadi kerja sebagai Pembantu kat Library Kedah adalah satu memori yang sangat indah. aku bertugas di Bahagian Koleksi Kedah, menguruskan part Sejarah Lisan iaitu membantu membuat rakaman dengan pita kaset dan menemubual tokoh dari anak2 Kedah dalam berbagai topik dan perlu bergerak ke lokasi2 yang pelbagai merakam maklumat, seterusnya pita tersebut aku akan transkripkan. dan bersama team yang begitu meriah dengan gelak tawa yang menghiburkan. seronoknya bertugas di situ kenangan bertugas petang, Jumaat dan Sabtu juga menyeronokkan. yelah masa tu aku masih sihat. Dalam tahun 2006 hujung tahun kalau tak silap . ada peluang yang di tawar untuk aku bertugas sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan di Perpustakaan Desa di bawah pengurusan Perpustakaan Negara. pas interview dan dapat bertugas di PD Charok Kudong , kalau tak silap lah.aku terpaksa tolak kerana kerja bertaraf sambilan dan bergaji hari selain susah aku nak ke tempat tu. aku tak menyesal sebab memang patut aku tolak.
dalam tahun 2007 ada lagi peluang untuk aku, kali ni aku dapat naik menjadi Penolong Pegawai kontrak di bawah pengurusan library kedah, jadi aku terima dengan rasa syukur dan takut2..maka awal tahun 2008 bermulalah perkerjaan aku yang penuh tekanan, aku mula merasakan kerja di library kedah tidak lagi indah, malah menyiksakan. aku di arahkan untuk mengurus Bahagian Multimedia. ditambah dengan persiapan untuk mendirikan rumah tangga pertengahan tahun tu, buat aku agak tertekan aku pun mula berfikir, sampai mati ke aku nak bertaraf kontrak, tiada kenaikan gaji dan kemudahan lain seperti penjawat tetap. aku pun mengisi permohonan online SPA. dan rezeki orang nak bertunang, aku dapat interview jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat. tapi aku gagal. tak berapa lama lepas berkahwin aku dapat tawaran untuk interview jawatan PUSTAKAWAN. dan kehidupan aku selepas tu penuh dengan tekanan. aku mula sakit di sebelah kanan kepala, mata kiri semakin kabur. awal tahun 2009 aku jatuh sakit. dan dengan alasan tu dari Kuala Lumpur aku pohon ditukarkan dan kini di sinilah aku, Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.gaji dah empat kali ganda dengan jawatan pembantu dulu, tapi apa maknanya jika hidup tak lagi semeriah dulu. nanti aku buat post khas untuk sakit yang aku tanggung ni.
panjang sungguh post ni, memang aku suka tulis, Dalam buku, "buat duit dengan blog", karya Yazid Yahaya,beliau ada menyatakan blog kisah peribadi sukar sikit nak berjaya mendapat pengikut,atau sukar nak buat bagi jadi popular dan cuma bagi kelegaan emosi pada penulisnya, yang ni aku setuju..aku menulis untuk melegakan tekanan, luahan pengalaman yang taklah sehebat mana, tapi aku cuma nak berkongsi sesuatu yang pernah aku lalui tu ja.oklah nanti aku buat post yang lain pulak.

saya begitu teruja baca kisah anda...untuk pengetahuan anda..saya mmg minat nak keja pustakawan...saya lpasan stpm 2010....boleh tolong saya tak bg info skit pasal tugas2 pustakwan... kelebihan dan kekurangan keje pustakawan ni...tolong yer... =)
ReplyDeleteni email saya... auditexmaster@yahoo.com