SELAMAT DATANG

Saturday, May 21, 2011

mereka yang telah pergi..

post kali ni adalah pandangan peribadi aku semata-mata, mungkin ada betul dan ada salahnya. cuma aku ingin mengenang insan2 yang pernah aku kenal suatu waktu dahulu, yang pernah menghiasi masa kecilku dulu..mereka terlalu ramai mungkin hanya beberapa orang saja yang akan aku perihalkan, aku mulakan dengan Tok Hawa Chop, seorang wanita tua yang tapak kakinya bengkok kedalam, mak bagitau aku dia jadi macam tu akibat perbuatan tentera Jepun, aku tak pernah tanya dia pun jadi tak tahulah aku betul atau tidak. yang pasti dengan batik lusuh dan baju t shirt yang juga lusuh, dia akan setia menanti lori ikan Cina Apu, biasanya rutin menunggunya antara jam 10 hingga 11 pagi. dan di bawah pokok pukul lima yang besar bersebelahan laluan utama ke Kangar dia akan menanti di situ, dan aku yang sering ke sekolah samada berbasikal atau berjalan kaki akan menegurnya, selalu aku tanya"Tok Wa dok buat apa tu ?, walau aku tau dia dok tunggu lori ikan.Tapi tu dulu, kini dia meninggal lama dah,

seorang lelaki yang aku panggil Pak Ngah Awang, merupakan rakan baik ayah, biasa berseluar slack hitam berkemeja belang dan menunggang Yamaha 70 sering berkunjung ke rumah menziarah ayah sahabat baiknya, mereka akan berbual2 bercerita kisah2 lama bab bendang dan segala macam yang menghiburkan. dan setiap kali dia berselisih dengan aku, dia selalu kata sambil berbisik, "dengaq kata hang banyak duit, ayah hang bagitau, mai nak berghutang sikit boleh kot ? dia sambil ketawa dan tersenyum , macam tu lah selalu, yang pasti dia cuma bergurau aku tau, tak pernah serius pun tapi gelagat dan aksinya yang bersahaja buat aku terhibur.. lama dah Allah jemput dia tapi aku tetap merindui insan kelakar seperti itu,

Pak Lang Morad juga adalah sahabat baik ayah, dulu sering bertandang bersembang dan bergebang setiap petang, susah senang dalam urusan kerja bendang banyak ayah kongsi dengan dia, namun yang aku pasti Pak Lang adalah insan yang terlalu mengkagumi aku, dia terlalu kagum tentang  kebolehan aku bertukang, selalu dia kata kat ayah "ishh dia pandai sungguh, boleh kat dia tu, yakni merujuk kebolehan aku membuat kerusi, meja dengan satu tangan. wajahnya masih aku terbayang kerana selalu aku tegur dia di jalan sebab dia tak tahu bawa motor mahupun basikal dia hanya tahu berjalan. dah lama dia kembali di jemput Tuhan, masa arwah meninggal ayah tak menziarah kerana dia sendiri uzur tapi dari riak wajah ayah aku tahu ayah sangat sedih, dan aku hilang  orang yang memuji kebolehanku. ketika menziarah ayah di kubur aku tak dapat mengenal pasti kubur arwah Pak Lang, dah tak tau sebab tak terjaga, dan tak menjadi budaya masyarakat di kampung untuk menziarah kubur pada hari Jumaat atau waktu2 lain, yang pasti kubur di kampung kami cuma meriah dengan acara salam menyalam cuma pada pagi raya saja. lantas ketika lawatan aku ke kubur pada hari Jumaat, aku terpaksa secara pakej mensedekahkan fatihah kepada semua penghuni di situ, mudah.

Rashid, adalah anak Tok Wa Chop, sering juga berkunjung bersembang dengan ayah. dia dari pandangan masyarakat agak menyedihkan. orang menanggap dia  sewel dan tak berapa betul, juga tak tahu guna motor naik basikal saja, dan sering tak berbaju, berkerja sebagai pembantu di Kedai menjual kayu-kayan simen dan pasir di Kuala Sungai. tapi aku kagum dengan dia sebab dia boleh berbahasa Cina dengan mahir, bila jumpa dia di kedai runcit, dia cakap Cina sorang2 dan tanpa respon dari tauke kedai tu pun. mungkin sebab tu orang anggap dia tak betul. lepas ayah meninggal , dia masih lagi datang sekali sekala tapi kami buat tak layan sebab  kami takut, gilanya masa tu makin teruk. mungkin sebab dah kurang orang untuk bersembang , dia jadi macam ayam berak kapur, satu pagi selepas beberapa lama mak dia meninggal, aku dapat tahu yang Rashid menemui ajal di dalam kolah mandi di rumahnya akibat sawan.. 

Tok Ladaq adalah ayah Rashid, dia meiliki sindrom yang sama macam anaknya, masa kecik2 dulu aku cukup takut dengan orang tua ni, apa tidaknya, dia sering berbasikal dan pam basikal akan sentiasa tergantung di basikalnya, sambil bila jumpa budak2 dia akan menjeling sambil berbunyi miaw miaww miawww macam anak kucing he.he betul ke tak aku tulis bunyi anak kucing tu ntahlah. tapi memang aku takut, misainya melengkoi2 panjang, dah tu pakai seluar pendek, warna hijau yang budak sekolah menengah pakai tu,he.he. arwah dah

tu lah sebahagian insan yang mewarnai waktu kecil ku dulu. ramai lagi sebenarnya cukup sekadar beberapa orang. ketika meronda di kampung kenangan dan ingatan pada mereka muncul, muncul bersama tawa dan senyum malah jika berkempatan di akhir solat aku sedekahkan apa yang patut buat roh2 mereka,,semoga Allah mencucuri rahmat, di ringgankan seksaan kubur,di ampunkan segala dosa mereka dan ditempatkan bersama orang2 beriman Amin. aku tahu aku akan mengikut jejak mereka, bila dan bagaimana aku tak tahu, aku pasti mati..ketika di kubur bersama isteri , aku sering menyatakan, "awak tengok , rumah abang kat situlah", kearah tanah lapang di hujung kubur aku halakan arah jari telunjuk. isteri membidas kata2 itu, "mana abang tau? kot dalam laut ke, dalam hutan ke, aku tersengih betullah mana aku tahu tapi biasanya orang kampung Padang Lalang kat sinilah rumah akhir mereka..entahlah hanya Allah yang tahu..sekian.

No comments:

Post a Comment