SELAMAT DATANG

Sunday, April 24, 2011

IVF dan Pengalamanku..

In Vitro Fertilization (IVF) atau bayi tabung uji..Aku pernah dengar dulu bila timbul percanggahan pendapat dikalangan ulama mengenai kaedah ini..tapi masa tu  aku mana tau apa. tak kahwin lagi dan memang tak nak ambik tau pun. tetapi selepas 2 tahun berkahwin..dan masih berdua, orang sekeliling mula bertanya " bila nak ada anak? perkara ni beri sedikit tekanan. kawan-kawan asyik hantar sms setiap kali wife masing2 bersalin..terasa gak aku. tapi belum ada rezeki, nak buat macamana.yang pelik, anak luar nikah makin ramai tapi kita ni yang nak sangat2 anak tak dapat2.

aku sekadar berkongsi maklumat, mungkin untuk pengantin baru elok juga ambik tau. maka untuk mendapat kepastian aku ikut wife ke klinik pakar, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.dari tak tau apa2 pasal sakit puan, aku mula paham sikit2. aku dapat tahu wife ada masalah sikit, kerana masalah tu, ruang dan peluang untuk kami dapat anak agak rendah.

mula dari situlah doktor mencadangkan kaedah ni. aku diminta membuat kajian kepada kuantiti sperm dan ovum masing2, ok ja. kos keseluruhan RM 5000.00 dan peluang tu cuma 20% ja..kami tekad nak cuba jugak.yelah tak cuba mana tau..bulan Februari 2011 kami buat kaedah tu. untuk suami tak lah teruk sangat. tapi wife yang teruk, siap kena cucuk sendiri ubat, dah tu banyak pulak pantang larang lepas buat, kaedahnya adalah dengan mengambil benih dan dicantumkan, dan dimasukkan dalam rahim, macamtulah.4 pasang cantuman sperm dan ovum tu.tapi cuma satu ja yang berhasil. pas dua minggu kot, wife mula muntah2 , masa tu gembira sangat, mula terbayang macam manalah aku nak dukung baby nanti,yelah terfikir gak.. wife , hampir setiap hari mengadu sakit pada bahagian perut..kesian aku tengok, kerja pun asyik MC ja, minggu ketiga baby kami dah nampak denyut jantung, bahagianya aku masa tu, berdebar2 dalam minggu keempat wife turun darah sedikit, mungkin sebab sehari sebelum tu dia sibuk kat pejabat dengan pergerakan yang agak membebankan, bila jadi macam tu , kelam kabut la aku balik Alor Star dari Pendang dekat ja,  bagi yang celik dan mampu, tapi kalau macam aku yang dah 3 kali pohon lesen memandu asyik tertangguh2 ni tentulah sukar. tapi syukur sampai gak ke hospital. esoknya keadaan lebih teruk, pendarahan lebih serius, melangut la aku kat wad kecemasan tu dari jam 7.30 pagi sampai jam 11.00. bila nama wife belum dipanggil dalam ruang waris yang menunggu untuk satu detik kelahiran, aku jadi cuak, kenapa lama sangat wife aku cuma turun darah, kata doktor bulan November 2011 kalau Allah izin baru bersalin. bengang gak,

bila nama wife dipanggil aku pun mendapatkan nurse tu, wife dah nangis2 atas wilcha tapi bukan usop yang duduk, dia cakap janin tu dah tak da, masa tu, aku redha, apa boleh buat, petang sebelum tu aku tunaikan solat hajat dan baca yasin dah, minta Allah tentukan apa yang baik untuk kami, bagi peluang untuk aku jadi ayah, aku siap kenang2 lagi anak aku nanti nak panggil aku ayah ke, abah ke, bapak ke, tak pun daddy ke siap berangan lagi, sedih memang sedih, tapi pendirian aku adalah, kita cuma pelakon saja di dunia ni, skrip Allah dah atur dah semuanya untuk kita hamba yang lemah,terimalah saja, mungkin ada hikmahnya.  pada pasangan yang anak dah boleh buat team bola, mungkin cerita ni macam kulit cili di celah gigi, sebaliknya pada mereka yang dah buat IUI 4 kali, IVF 3 kali, berkahwin dah 10 tahun, tapi asyik tumpang dukung anak orang saja, atau lebih malang mendukung anak kucing, anak kambing atau anak lembu, mungkin faham cerita ni. itulah saja cerita aku untuk post kali ni,



1 comment:

  1. Assalammualaikum..
    Saya mengalami nasib yang sama dan nampaknya pada masa yang sama. Kerana rezki tak panjang, 23/4 tarikh kami *saya dan janin* dipisahkan. Semoga saudara + istri bersabar dan teruskan usaha. Agar kehilangan ini digantikan dengan suatu yang lebih baik, insyaAllah.

    -Syahanim-

    ReplyDelete