SELAMAT DATANG

Sunday, May 22, 2011

lenguhnya berjalan

memang sejak akhir2 ni bila menulis untuk post baru, aku tidak suka lagi masukkan gambar, ini kerana menurut Yazid Yahaya kita perlu beri kredit pada sumber gambar yang kita ambil tu, memang betul, sebagai PUSTAKAWAN, aku tahu sangat, sebab tu malas dah aku nak input gambar. tapi tengoklah bila ada gambar yang memang asli tak copy aku akan masukkan.. baik. 

kali ni aku nak cerita tentang senaman yang dari kecil aku lakukan, berjalan kaki. dari sekolah rendah lebih kurang 1 kilometer. kalau tak silap dalam akhbar Metro dulu pernah ada satu iklan yang menyatakan kita perlu berjalan 10,000 langkah untuk menjana kesihatan. iklan itu membakar semangat aku untuk melangkah. cuma masa sekolah dulu, manalah aku tahu. jadi aku tak kira lah jumlah langkahnya tapi satu kilo boleh tahan juga. maka teringatlah aku sewaktu berkerja sebagai jurujual dulu, untuk siapa yang tahu, aku turun dari bas dekat stesyen bas Baru sekarang tempat tu dah dibangunkan, orang asal Alor Star pasti tahu tempat tu, tak jauh dari Pasifik, pusat beli belah kat bandar Alor Star, dari stesyen tu aku aku terpaksa melintas jejantas, turun sebelah Peruda, bergerak ke bangunan PKNK. berjalan lagi bersebelah Pasifik, melalui laluan keretapi, sampai area taman, dan masuk ke satu lorong yang di gelar Lorong Merpati, sampai pertengahan lorong tu dalam 500 meter, barulah sampai ke kedai tempat aku bekerja dengan jawatan hebat, " Pegawai Pemasaran" dan van jadi pengankutan utama, tunggulah post khas tentang kerja ni nanti. aku kira lebih kurang 25 minit jugalah berjalan kaki. tapi masa tu umur aku dalam 21 tahun masih muda,kuat dan tak semput macam sekarang ni.

tapi kalau bas singgah stesen bas lama atau aku bosan pada laluan tu, aku akan turun kat Pekan Rabu dan terus berjalan ke City Plaza merentasi jalan kolam Air dan masuk ke bawah jejantas merentasi laluan keretapi yang pagarnya telah di potong atau laluan terowong bawah yang kini tinggal sejarah, aku menembusi atau berjalan dengan laluan berdekatan Kolej Sultan Abdul Hamid, tempat ni tak jauhlah dengan Lorong Petani, Syurga Mak Nyah tu. dan dekat dengan Sekolah St Michael, macam tu lah jarak dan langkah yang aku kira lebih kurang sama.

bila aku bertugas di Perpustakaan Awam Negeri Kedah , jaraknya lebih dekat tapi aku guna laluan belakang Kedah Shopping Complek lintas jalan masuk depan Maidin Mart, terus ke City Plaza dan sampai ke library..kaedahnya tetap sama...berjalan.tapi ..

bila aku berhijrah ke Perpustakaan Negara azabnya lebih teruk. mula2 ke KL , menumpang rumah kawan di, Jalan Raja Alang dalam area Kampung Baru, tempat tu tak jauh dengan Chow Kit. dengan rasa sedih ,rindu , takut risau dan segala macam perasaan, aku terpaksa berjalan hingga ke Bangunan TH Selborn kat Jalan Sultan Abdul Aziz kalau tak silap, masa yang aku ambik adalah selama 45 minit, pagi tak pa tapi bila balik kerja, ya Allah, pedih tapak kaki, panas, mujur selepas tu aku dapat pindah, aku menyewa rumah flat 2 tingkat kat Jalan Hamzah, lebih dekat, di sini aku sempat kira langkah aku, 3000 langkah pergi dan 3000 langkah balik, jadi masih tak capai 10,000, masa hujan keadaan cukup sukar, basah tetap, kalau ada payung pun tetap basah sebab aku dah sakit masa tu, jari tangan dah tak kuat, hujan dengan angin kuat buat bertambahnya ingatan pada keluarga pada masa tu.

kini aku di KMTK, langkah dari kuartes ni nak ke pejabat dalam 300 langkah, balik tengahari dan petang dapatlah 1200 langkah tapi kena  tambah pakej naik tangga dalam 60 anak tangga kalau tak silap kira ok lah. jadi itulah sejarah aku berjalan kaki nanti aku cerita sejarah naik bas pulak. lama2 aku boleh terbit buku sejarah.

apapun berjalan adalah senaman paling mudah, cuma sikap masyarakat yang langsung tak nak susah, manja berlebih2, parking kalau dapat nak dekat semua nak mudah, segala aspek pula tu, macam makan, nak segera apa lagi mati pun segera la jugak. teringat aku pada seorang kawan , Anuar namanya, cacat macam aku juga kami kenal masa kat Pusat Latihan Perda dulu.kaki dia bengkok , bila berjalan terhuyung hayang dia, kaki terpaksa ditekan kuat untuk menolak badan, peluh tak pernah kering di badan, kasut akan diseret ke atas jalan. pernah dia bagitau aku, Lan, " hang tengok kasut aku, tiap2 dua bulan aku kena tukaq, memang pecah kasut tu. tapi dia seorang ceria, kelakar dan penuh lawak jenaka, aku terhibur dengan Anuar ni. la ni tak tau lah dia kat mana dah 12 tahun tak jumpa.

Roslan, " awak tahu tak, masa saya kat universiti dulu saya pernah jumpa pelajar yang tak da pergelangan kaki, kudung kedua2nya, bila berjalan kain dia akan menyeret segala daun dan sampah tapi...dia masih belajar, tapi awak cuma takda satu tangan. takkan awak nak berhenti!" itulah lafaz yang cikgu Rohana guna untuk brainwash aku bila dia dapat tahu aku nak berhenti sekolah dulu sebab nak sangat kerja kilang perabot, masa tu aku lower six ingat lagi kata2 keramat tu...itulah kenangan aku bab berjalan dengan kaki ni..aku putuskan di sini bahawa aku suka berjalan, tak payahlah nak ajak aku tumpang, walau sehebat mana pun kenderaan kita di dunia, kita tau ke apa kenderaan kita di akhirat..hanyalah Allah lebih tahu sekian..

No comments:

Post a Comment