SELAMAT DATANG

Wednesday, May 25, 2011

Menerima mereka yang lain kembali..

Selepas hampir sebulan kami warga KMTK melepas pelajar sesi 2010/2011 beberapa hari lepas kami menerima pula pelajar yang baru mendaftar. proses pendaftaran dirancang rapi. aku hanya mendapat maklumat mengenai proses tersebut beberapa hari sebelum pendaftaran  di semua kolej matrikulasi seluruh Malaysia pada 23 Mei lalu. Aku akui bahawa memang tak jelas maklumat yang di salur kepada semua kakitangan. Walaupun ada taklimat pada pagi sebelum hari pendaftaran, maklumat yang diberi lebih sekadar makluman asas. justeru bila aku mendapat tahu bahawa laluan pendaftaran  pelajar akan dijalankan secara sehala dan melalui pula ruang perpustakaan, aku pun berbincang dan membuat keputusan untuk mengedarkan borang keahlian dan kad pinjaman bahan kepada semua pelajar2 tersebut. antara sedar dan buat2 tak sedar aku memang perlu wujudkan kaunter untuk edarkan maklumat tersebut.

aku kira terdapat sedikit kesilapan teknikal bilamana PUSTAKAWAN tak terjemput semasa urusan penetapan semasa mesyuarat beberapa hari sebelum tu. dan mungkin silap aku juga kerana kurang peka lantas tidak memaklumkan kepada jawatankuasa yang terlibat. setelah dimaklumkan bahawa perpustakaan boleh mengambil peluang untuk mengedarkan dokumen berkenaan asalkan tidak melengahkan proses pendaftaran , buat aku rasa lega.

jauh di sudut hati, aku ingin menyumbang bagi proses tersebut, Pengarah kata pelajar2 tu adalah pelanggan kami, betul, pengarah kata hari pendaftaran adalah hari besar, aku setuju sangat,kami perlu tolong walaupun terpaksa mengangkat beg pelajar dan ahli kelurga mereka kalau perlu, aku rasa tak dak kot staff yang buat benda tu, apa yang aku nampak ramai yang melilau tanpa peranan, rugi, pada aku mereka perlu ada sesuatu tugas yang menyumbang rasa kagum pelawat yang hadir, aku turut menyumbang, menyumbang senyum untuk kurangkan rasa takut,risau,cemas,keliru,terpingga2 para pelajar.Lantas aku menjadi penunjuk arah tanpa tauliah, jawatan yang aku cipta sendiri demi membantu.


aku nampak sekitar tempat aku bertugas, segala2nya lancar cuma nampak kurang seorang dua Fasilitator yang memang dah dikhaskan tugas mereka. lama juga berdiri pagi tu, lenguh juga, tapi aku puas dokumen perpustakaan dapat diedar sambil beramah mesra dengan "pelanggan2 baru" aku tu sebagai pengalaman pertama dalam urusan pendaftaran yang masih aku tak jelas. aku cuba juga memantau proses yang sama di kolej2 lain..lebih kurang sama ja. aku kira kita patut kurangkan penggunaan borang, lebihkan teknologi tapi usaha macam tu tersekat2, sukar sikit entahlah, sekarang ni aku cuba mengonlinekan borang2 berkaitan, tapi ada sesetengah urusan masih praktikal pakai salinan keras. untuk post ni aku ada gambar yang asli, jadi tengoklah, sehingga tamat proses pendaftaran kami menerima hampir 300 pelajar, bila aku tanya rakan PUSTAKAWAN di Pahang, jumlah pelanggan mereka lebih kurang tu lah jugak.
oklah..


No comments:

Post a Comment