Thursday, May 31, 2012
Jihad membina akhlak...
Hari ni Khamis 31 Mei 2012, cepatnya masa berlalu..Hari ni adalah hari terakhir minggu Pendaftaran Pelajar-pelajar Baru (MPPB) aku hadir dan menyaksikan majlis perasmian penutupannya petang tadi.Walaupun hari ni boleh balik jam 3.30 petang tapi jam 4.45 jugak aku sampai di Kuartes...
kebetulan pula wife tak sihat jadi malam ni aku tersadai di sini...apa boleh buat...aku redha kerana allah dah takdirkan begitu...Sebenarnya ada satu kelainan yang aku rasa dalam diri..sejak kebelakangan ni semuanya tentang perasaan...Aku ingin berjihad sebenarnya berjihad untuk menjadi manusia yang baik...lebih baik..berjihad untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur sentiasa berterima kasih atas segala macam nikmat Allah...
Aku ingin menjadi manusia yang sangat sabar dalam menempuh ujian Allah yang pelbagai...aku ingin sekali untuk tidak mencela dan mencari kelemahan manusia lain, Aku ingin sekali bersangka baik dengan semua orang ..cuba aku buang sekelumit pun rasa dendam pada orang, aku cuba untuk memohon dan memaafkan orang...terlalu sukarrrr...Aku cuba untuk berlapang dada, menerima apa saja takdir tuhan pun cukup sukar...aku hanya tau membuat pertikaian kenapa aku..kenapa begini kenapa begitu...
Sukar sungguh nak menjadi manusia yang berakhlak sempurna...bila orang perlekeh aku, cukup sukar nak jadi orang yang sabar, bila orang buat silap, hati akan sentiasa dihasut Syaitan minta aku supaya marahlah jangan tunggu... marah...sukar..sukar sukar sungguh untuk menjadi manusia yang baik, sukar untuk didik lidah untuk tidak mengumpat,mencela dan mengata orang
macamana nak jadi orang berakhlak mulia ya...Mungkin kalau orang mengumpat aku,aku diam, mungkin kalau hilang barang aku sabarrrr entahlah marilah kita berusaha membina nilai2 yang baik dalam diri...banyakan sabar, jaga lidah...jaga mata...jaga minda...
Aku baru perasan...perasaan ini muncul selepas aku membaca sebuah buku bertajuk "Secubit Halwa Penawar Jiwa 100 Kisah Kehidupan" Kumpulan cerita2 benar yang menyentuh,membelai dan menyernihkan jiwa susunan oleh Zakaria Sungib. Aku kena ulang banyak2 baca buku ni cukup dulu la kot nak solat Isyak sekejap...
![]() |
| Kerana Akhlak boleh juga kita ke neraka |
Tuesday, May 29, 2012
PESTA BUKU 2012...
Hari ni 29 Mei 2012, hari Selasa
Lokasi sama ja, sekarang dah 6.30 petang.
Assalammualaikum w.t.h untuk semua pengikut blog ni, yang setia, tak setia atau sesiapa saja yang secara tak sengaja terlawat...bukan terliwat blog ni...
Lama sangat aku tak update post...bukan sebab sibuk..bukan sebab malas tetapi tah macamana tiba2 Modem Streamyx aku rosak...dah tu Hardisk PC terlampau slow...Jadi aku hantar workshop, bagi kawan aku yang juga bekas staff aku tolong repairkan...dia buat baik punya...dan modem aku beli baru coz telekom dah tak layan sebab warranty dah tamat tapi bil aku dok bayar gak. Mujur wife pandai setupkan, nak harap aku buat pondok2 pandai la...
Apa pun aku nak berblog kembali...dan kisah kali ni adalah tentang minat kami suami isteri membeli buku..Rancangan nak ke pesta buku di PWTC dah lama dah rancang. Tak silap aku awal tahun 2012 lagi rasanya.
Jadi kami mengambil kesempatan cuti hari pekerja pada 1 Mei 2012 lalu untuk ke KL. Bertolak dari Shahap Perdana jam 8.00 pagi dan sampai hentian Duta jam 2.30 petang...jam 3.30 kami dah check in di bilik 2008 di Kuala Lumpur International Hotel, area Kampung Baru tempat lama yang sering aku kunjung dulu...
| Penuh gan buku saja.. |
| memang best.. |
2 Mei 2012 ...hari rabu tu kami bergerak ke PWTC..sebelum jam 10.00 pagi dah sampai..masa tu ramai pelajar2 sekolah dengan diiringi guru masing2 mula nak bergerak masuk ke ruang atau gerai jualan...seronok..teruja dan sangat meriahh..matlamat aku pada kali ni selain nak membeli buku, aku juga nak mengumpul katalog2 buku dari syarikat2 yang membuat jualan...memang banyak aku dapat. saja ja buat koleksi buku2 baru mungkin mudah bila ada budget nak beli buku nanti...masalah beli adalah nak membawanya, terfikir aku alangkah senang bila beli dan terus simpan dalam kenderaan..tapi ini urusan personal..budget kami pun tak banyak cuma RM 300.00 ja..mungkin tahun2 yang akan datang aku nak tambah budget tu dan sewa helikopter dan, tunggu kami kat atas bumbung PWTC...aku dah mula merapu...
| Buku yang tengah tu ada di lib aku tapi hilang... |
Kami balik jam 1.00 petang dan cadang nak ke Jalan TAR untuk membeli tar nak buat jalan aku merapu lagi...wife nak beli kain untuk seluruh pendudukPokok Sena ...tapi hujan saja memanjang waktu tu setiap petang jadi tidur saja la..
| Ada pertandingan pidato bahasa Mandarin masa tu.. |
Esoknya jam 10.30 pagi dengan bas tranasional kami balik Alor Star..sampai jam 4.30 petang...memang best beli buku cuma berat nak mengusung saja..sekian dulu kot lapaq dah ni..
Wednesday, April 4, 2012
ISO...Suatu pengalaman..
Jam pada detik 9.32 malam, Hari Rabu lokasi sama..
Aku selalu sebut bahawa detik waktu terus berlalu, memang cepat kan. Dan aku menjadi takut kerana kita adalah hamba yang sangat lemah, sering lupa dan alpa jika tidak diingat. Jadi se elok mungkin kita menjadi insan yang suka ingat mengingati sesama kita untuk kebaikan asal jangan terlalu menyibuk hingga menerjah tepi kain mahupun ketiak orang sudah...
Ok..aku mengaku keletihan dan kesibukan sedikit menghiasi diari hidup aku sejak kebelakangan ini. Jadi aku tiada kesempatan berkongsi rentetan kehidupan. Apa pun untuk slot pertama bagi bulan April ini aku ingin kongsi sedikit pegalaman aku yang tidak seberapa untuk post terbaru...
Aku baru selesai mengikuti kursus penyediaan dokumentasi ISO bagi unit Perpustakaan KMTK..Kursus yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas bermula 2-4 April 2012. Segalanya memang dipermudahkan Allah untuk aku...yelah nak makan pun payah dah tu otak macam longgokan sampah yang tak dipungut..berat,mengantuk, mata pun macam bengkak memanjang. Tapi semua tu aku letak tepi...Kita Pegawai Kerajaan, kita kena bersungguh2, kena akur bila ada terma "Saya yang menurut Perintah" Alhamdullilah dokumen siap dengan sedikit lagi penambahan...Pengalaman dengan istilah ISO dah pernah aku tempuh bersama PPAK dulu ada la sikit pengalaman...Tapi bagi yang kenal apa itu ISO akan merasakan sedikit kegerunan bila istilah audit meniti dibibir..agak sukar menetapkan difikiran bahawa audit dilakukan bukan untuk mencari salah kita sebaliknya membetulkannya.
![]() |
| Sekadar hiasan... |
Tapi entah apa yang dilakukan oleh Juruaudit sehingga orang yang diaudit gelabah tak tentu hala...entahlah kadang2 terfikir gak aku macamana la bila kena audit masa dalam kubur nanti tentu lagi menakutan...Entahlah yang pasti sekarang aku perlu menyokong pengurusan kolej dengan sepenuh komitmen untuk pensijilan ISO...banyak kerja dan perkara untuk diteliti...Jumpa lagi.
Sunday, March 11, 2012
Dia yang aku kenali...
Sekarang dah 8.05 malam...dan hari ini dah 11 Mac 2012, Ahad, lokasi menulis tetap sama. Hari ni, saat ni lebih tepat, aku berseorangan, wife balik ke Pokok Sena. dan saat ini kesunyian menyelubungi diri, hanya tv meluah bicara. Aku ingin kongsikan sesuatu yang menarik perhatian, menuntut penghormatan dan mungkin mengundang kekaguman. Aku percaya ramai yang celik mata menatap akhbar dua tiga minggu yang lepas, kisah tentang kejayaan seorang OKU yang berjaya memperolehi Doktor Falsafah, PHD dengan seribu kepayahan. Dr Muzammil Mohd Nor.
Pertama bila membaca kisah kejayaanya, buat aku respect habis, tapi aku tak pulak rasa hairan kerana dia pernah aku kenali. Aku pertama kali melihatnya adalah ketika aku di tingkatan 4 tahun 1992 Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Alor Star, beliau ketika itu dalam tingkatan 6. Waktu itu aku melihat ayahnya gigih menolak kerusi roda untuk ke blok tingkatan 6. Cuma aku tak pasti bagaimana beliau di bawa ke tingkat satu.
![]() |
| ketika beliau menerima anugerah... |
Hampir 10 tahun selepas itu dia aku temui lagi sedang gigih untuk menyiapkan tesis bagi keperluan Sarjananya, dengan kereta yang diubahsuai dia memarkirkan keretanya diruang parkir OKU di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Aku ketika itu hanyalah seorang Pembantu Perpustakaan kontrak sedangkan dia , jika tak silap aku adalah pengarah disebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang. Aku selidik kaedah dia memiliki lesen memandu, dia "sound" aku ehh kau boleh bawak keta ke.. masa tu bengang gak la telinga aku. Yang hang duduk atas "wilcha" boleh , takkan aku tak buleh. Tapi itulah, aku hanya ada keupayaan tanpa semangat dan kesungguhan. sebab tulah sampai sekarang dah 3 kali nak ambik lesen tapi asyik sangkut bila cari tombol pada stereng tak jumpa2.
![]() |
| Bakti antara badan yang membantu beliau |
![]() |
| Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. |
Dah kena strok pulak, tah bila aku boleh dapat lesen. Setakat corner dan alihkan kedudukan kereta boleh la. Nak bawak atas jalan tak boleh lagi. entahlah semuanya atas izin Allah juga..Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul beban, marilah kita bersyukur bagi segala nikmat Tuhan yang kita ada usah memandang kesempurnaan kerana kita hamba lemah..Sekian...
Wednesday, February 29, 2012
Taklimat sulong...
Dah nak masuk bulan Mac..Hari ni 29 Mac 2012, aku menulis di lokasi yang sama dan sekarang dah 6.23 petang, pejam celik,pejam celik esok bulan mac. Ada orang pejam celik pas tu pejam terusss...
Baik ini cerita semalam atau kemarin kata orang Kedah. Minggu lepas aku dimaklumkan akan ada lawatan dari Sekolah Menengah Ibrahim, SP katanya dalam 30 orang termasuk guru pengiring. Perkara ini agak mengujakan aku kerana sebelum lawatan hanyalah dari kalangan pelajar sekolah Rendah dan tadika saja, tapi kali ni Perpustakaan menjadi antara destinasi kunjungan.
Bengong jugak memikirkan apa yang nak di"gorengkan" nanti, kalau mee atau bihun sedap gak lah. Sebenarnya kerisau aku hanyalah pada keadaan dan prasarana library yang masih belum mantap segala segi, masih banyak rekahan yang perlu ditampal. Segan memang wujud,elok merendah diri elak mendabik dada, apalah yang kami ada, umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang, Akan tetapi jika orang berhajat kita siaplah gelangang , kalah dan menang bukan perlu jadi persoalan,sambut dan pelawa sedanya itu adat kita.
Aku dengan hanya 5 jari saja mampu ditadahkan, Slide dah lama ada cuma aku kemaskinikan apa yang patut. Memang seronok menerima pelawat sebenarnya. Cuma agak kekok bila dah lama tak "berpublic speaking", dulu masa kat Perpustakaan Awam Negeri Kedah, selalu aku yang bagi taklimat mewakili bos menerangkan fungsi dan peranan Bahagian Koleksi Kedah, kini itu semua hanya kenangan.
| Tekunnya aku merapu.. |
Aku rasa cukup "eksklusif" bercakap dalam Bilik Tayangan di Perpustakaan, entahlah rasa dapat konsentrasi yang tinggi, kalau nak bagi ceramah dan nasihat motivasi atau untuk mento mente sangat sesuai walaupun saiznya agak kecil. Dan ketika menulis ni dapatlah pula idea nak touch up sikit bilik ni.
| Tekunnya mereka.. |
Namun bila berhadapan dengan public macam ni dan ada pula Kaunselor yang merasakan "sesuatu" yang unik dan menarik pada pembentangnya...yelah aku sangat paham, kalau orang buta boleh repair motor tak ke menakjubkan...itulah pandangan orang pada aku, jauh untuk riak, bongkak serta bangga, semua ni anugerah Allah tak da yang mustahil. haa tengok pelajar2 dia satu tangan boleh jadi Pustakawan kamu yang cukup lengkap ni pasti boleh jadi lebih hebat dari dia. aku simpulkan macam tu lah. Apa pun aku pasti akan ada lagi lawatan seterusnya..aku perlu sentiasa bersedia. Tapi kan kita selalu fikir bila tengok ja OKU pasti kita kagum dengan kebolehan atau kemampuannya tapi jarang kita mengambarkan bagaimana jika aku jadi macam dia.
| Ruang taklimat dalam bilik tayangan... |
Cukup jika perpatah menyebut" Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. Aku hanya insan biasa, dipinjam sementara untuk hidup di dunia tapi selalu ingatan tersemat difikiran, jika lahir kita sempurna belum tentu mati kita cukup anggota..
Sebelum berlabuh kata, terima kasih kepada semua follower senyap yang "prihatin" menjadi penyampai buletin utama bagi memanaskan dunia...Wassalam.
Sunday, February 19, 2012
Memukat di Lubuk Harapan..part 1
18 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu dan sekarang dah 9.17 malam..lokasi tetap sama..nak hujan lebat ni...
Kelmarin hari Jumaat aku berpeluang sekali lagi untuk turun memukat di Lubuk Harapan yang mungkin 10-20 tahun lagi akan jadi "parit besar", sampah semakin banyak dibuang ke dalam sungai. Cuma bezanya kali ni aku tak lagi turun manual sebaliknya menggunakan bot fiber yang aku beli di penghujung tahun lepas. Memang dah lama nak memilikinya. Dari zaman rakit batang pisang aku memiliki rakit tong minyak tanah dan kemudianya rakit kayu diapit dua tong besar, semuanya dah berkecai kerana terlanggar "bongkah ais", merapu la tu..
| Pannas terik jam 3.00 ptg |
| Imbangan badan perlu agar tidak terlentang ke sungai |
Ok pagi Jumaat lepas kami lapuhkan 12 pukat tanpa kaki menjejak dasar sungai, anak-anak lampam sebesar tapak tangan budak 5 tahun berkericau membelah benang pukat, jam 8.30 kami mula jam 10.00 kami mula mengumpul ikan yang lekat dijaring kemudian kami berehat hanya 12 ekor ikan lampam terjerut..mungkin sebab air sungai masih banyak.
| Antara hasil tangkapan |
Selepas balik dari masjid kami turun untuk mengangkatnya, jadi banyak ikan yang kembong sebab koma lama sangat..tak lah banyak sangat ikan yang kami dapat hari tu..mungkin aku nak tunggu ikan lampam tu besar sikit dan paras air yang lebih cetek..ok jumpa lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)




