SELAMAT DATANG

Monday, June 8, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 6...

11 Ogos 2014 Isnin
9.30 malam...
Kuarters


Sabtu lepas,yakni 9 Ogos 2014..aku bangun sedikit lewat,6.30 pagi sedangkan pagi tu aku perlu ke KV lagi untuk belajar memandu bagi jam ke 3 dan 4. Dari rumah mak wife pecut laju dari biasa..dan aku lebih banyak diam coz "hajat" pagi tu gagal ditunaikan.Aku tawakal saja..wife sedikit membebel sebab kami tak bergerak dari Pokok Sena saja lebih dekat..aku akur cuma jam dah disetkan jam 6.00 pg namun Allah yang takdirkan semuanya..

Jam8.05 pagi kami sampai di perarangan pusat memandu KV..Ahh lega dan Cikgu Fairuz dah sedia menanti sebaik kami tiba dipintu utama pentadbiran.Dia kemudian membantu kami melekatkan "L" pada bahagian depan dan belakang kereta. Kemudian aku diarahkan memandu ke litar.Mulanya aku sangka aku akan ke jalan raya..sebaliknya dia arahkan aku mendaki bukit..aku akur.

Mendaki bukit dengan kereta auto macam makan kacang kuda..mudah sangat..naik bukit tengok penanda sama bahu dan tayar depan dalam line kuning, angkat tangan selesai.. 

Lepas 3 kali buat bukit aku diarah untuk side parking pulak..jam 8.30 tu memang ramai dengan calon yang ambik lesen motor, merewang merata tangan depa dok bagi isyarat nak membelok..calon yang belajar memandu kereta termasuk kereta aku adalah dalam 7-8 buah..Sememangnya aku dan vivaku menjadi perhatian tapi lantaklah aku peduli apa,hangpa naik motor, aku bawa kereta..langgar kang..itu yang aku cukup risau, takut terlanggar calon2 belajar motor tu..

Side parking pun macam makan kacang tumbuk..mudah ja..tapi pas 3,4 kali aku diarahkan cikgu Fairuz untuk tumpukan pada 3 penjuru..kat sini aku banyak silap..kereta kena bawak perlahan..jangan berhenti,tengok pokok yang jadi penanda..dah tu tetap ke kanan jugak aku parking, aku diminta pula supaya belok kekanan lebih sedikit dari pokok dan kena buat cepat2..cepat belok kanan dia rapat kekanan, lambat belok kanan dia rapat ke kiri..aduss stress aku masa tu..

lepas 7-8 buat baru ok sikit..walhal masa cikgu Azman ajar ok ja..betullah kata cikgu Badariah.."belajar kereta ni dia ikut cikgu yang mengajar..cerewet...cerewetlah..relax..relaxlah kita, depa relax sama, siap berkumpul dengan kawan2 depa sembang2..siap cicah ketupat lagi..tapi depa pantau la calon2 tu dok bawak kereta..senang banyak kerja depa..

9.30 pagi aku diarah kan untuk ke laluan 1 jalan raya..masa jalan raya,cikgu Fairus kata dia tak risau sangat ujian jalan raya...takk risauuu..aku masa tu berpeluh cikit..maunya xcident tak naya..aku buat silap cikit  kat jalan raya..selebihnya ok.rasanya menyesal pun ada dok asyik booking cikgu Fairus ni..dia nak perfect,tu aku tak tahan..masa dia tunjuk 3 penjuru kat aku pun dia buat silap..yelah KV guna KANCIL dan Aku guna VIVA..even sekolah lain pun guna VIVA mungkin perbezaannya pada tenaga pengajar pasti ada..aku ke laluan 1 saja pagi tu..lepas tanggalkan balik pelekat L kami pun balik ke Pendang..ada 4 jam lagi ya Allah bantulah aku... 
BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment