SELAMAT DATANG

Monday, June 15, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 7..

23 Ogos 2014..Sabtu 4.34 ptg..
lokasi sama..

Alhamdullilah hari ni aku dapat sudahkan belajar kereta untuk jam ke5 dan ke6, ada lagi 2 jam..Biar aku ceritakan sedikit perjalanan berlajar kereta hari ni. Minggu lepas aku terpaksa hantar adik ipar untuk sertai PLKN jadi aku terpaksa tunda belajar kereta.

Hari tak seperti 3 minggu yang lepas, pagi kami bertolak dari Pokok Sena jadi memang tak kelam kabut sebab dekat dekan Telok Jamat. Jam 7.45 pagi kami dah sampai KV dan lekatkan stiker "L" pada kereta. kemudian bergerak ke pentadbiran KV. Masa tu Cikgu Fairus dah tunggu sambil menghirap rokok daun, dia minta aku tunggu sekejap sementara nak menghabiskan rokoknya..

Aku ke kereta dan mula bawak ke trek untuk buat "Bukit", aku pelajar pertama belajar kereta masuk buat latihan..Buat bukit hanya sekali, kemudian aku diarahkan untuk buat "side parking" masa mula buat dah silap cikgu kata jarak garisan merah jangan banyak kekiri, entah aku rasa ok, aku diminta betulkan kembali kedudukan,pelik. side parking tak sesusah mana tapi bila masuk 3 penjuru aku mula stress dengan cikgu Fairus ni, mulanya, suruh tengok pokok,pas tu tak payah tengok pokok pulak, kena belok cepat2..kemudian jagan cepat sangat pulak adusss..

kebetulan masa aku buat 3 penjuru tu, cikgu Badariah sedang mengajar perkara yang sama..dia tanya aku "macamana boleh"? 3 penjuru payah lah cikgu asyik sangkut saja..dia kata" buat macam kita parking kereta kat rumah saja..dia suruh aku buat dia tengok...aku pun buat..mudah saja..haaa macam tu lah,dia kata..kebetulan masa tu cikgu Fairus ke pentadbiran KV untuk betulkan borang aku yang silap...kemudian aku tengok Cikgu Badariah berbincang sesuatu dengan Cikgu Fairus..

Pas tu barulah semua 3 penjuru yang aku buat ok pada mata kaca cikgu Fairus tu,mungkin para pembaca tertanya-tanya kenapa tak aku ambik ja cikgu lain..entahlah..Cikgu Azman tu ok ja..tapi mungkin ada hikmah untuk aku, mungkin dapat yang cerewet lebaik lebih baik. biar susah walau ujiannya nanti mungkin tak sesusah itu..latihan 3 penjuru aku yang terakhir semurna dan ok..aku diarah untuk ke laluan 2 untuk latihan jalanraya..semuanya ok sedikit ja silapnya...kemudian aku diarahkan untuk ke laluan 1 pulak.

Alhamdullilah selesai dan selamat semuanya..minggu ada lagi 2 jam sebelum aku  boleh buat ujian QTI..BERSAMBUNG..

No comments:

Post a Comment