SELAMAT DATANG

Saturday, January 24, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 5 ...

Tanggal 2 Ogos 2014 Sabtu setelah beberapa minggu selepas ETP dulu barulah aku dapat mula belajar..mulanya 8 jam belajar RM 200.00 tapi dek kadar baru kos belajar memandu telah meningkat..kerajaan tak lulus lagipun tapi sekolah dah buat keputusan Aku kena bayar RM 320.00 adusss setuju jugak la..nak buat macamana nak ambik lesen...aku ingatkan daftar sebelum 1 Julai 2014 yakni tarikh kenaikan tu aku masih bayar kadar lama..

Apa pun petang ni aku booking jam 4.00-6.00 petang..panas gila jugak..kali ni cikgu fairus cuti aku dapat cikgu Azman...cuak lagi aku sebab terus buat "jalanraya" sebelum tu aku dan wife tampal PELEKAT L pada kereta..cikgu tanya aku..aku pernah bawa kereta di jalanraya ke tidak..aku jawab tak..muka dia aku nampak cuak he..he.he.. dia mungkin risau..aku lagi risau..dia tanya insuran? aku kata siap!!

laluan pertama dia ajar aku bawa slow2 jangan lebih 60 km sejam dan tengok side mirror kanan beberapa second untuk pasti tak makan laluan orang..dia minta aku bagi signal..SIGNAL..boleh ja aku buat..tapi kalau tombol signal sebelah kiri pun, tangan aku kena lepas jugak sebelum dapat tekan signal..cuma mungkin lagi mudah kot..

lepas selesai laluan satu dan dua..aku diminta buat bukit,parking dan 3 penjuru..aku boleh buat semua dengan cukup baik..rahsianya aku guna gear 2..dia lagi slow dari gear D untuk drive..cikgu kata..saya pun tak tau nak ajar lagu mana..tapi macam ni  lah semua nya...
Jam 6.00 petang selesai 2 jam pertama..kami balik terus pendang dan sampai jam 7.00 malam..Alhamdullillah sempat buat Asar dan selamat syukur pada tuhan..ingat senang ka..tangan satu,kena strok pulak tu..LU PIKIR LA SENDIRI..
BERSAMBUNG.. 

No comments:

Post a Comment