SELAMAT DATANG

Monday, April 18, 2011

Melepaskan mereka pergi..

Ini adalah pengalaman pertama aku sebagai PUSTAKAWAN. pelajar- pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah seramai 348 orang akan dilepaskan setelah menuntut hampir setahun di Pendang ni. seperti kebanyakan organisasi pendidikan lain pelajar tidak dilepaskan begitu sahaja. masuk dengan pelbagai borang , keluar pun begitu lah juga. satu borang dibekalkan kepada setiap pelajar yang menuntut mereka mendapatkan pengesahan pegawai dari unit-unit berkaitan. mereka perlu disahkan oleh penyelia asrama, aku pun tak jelas bidang tugas penyelia asrama , tetapi aku sedar cukup berat menanggani masalah dari pelbagai ragam perangai pelajar yang sangat bijak mengeksploitasi ruang dan peluang, banyak berlaku kecurian, aku ada juga bertanya pelajar bagaimana berlakunya kes kecurian..yang dasyatnya di asrama pelajar perempuan. hebattt.perempuan tudung saja berlain warna tapi rambut tetap hitam. unit kokurikulum juga memerlukan pelajar berpusu-pusu mendapatkan ketua unitnya. dan aku juga suka bertanya, kenapa pulak kesitu. katanya, ada pelajar dalam urusan bersukan, meminjam peralatan, ooo pahamlah aku, dan akhirnya pelajar-pelajar ni berpusu-pusu pulak ke bilik PUSTAKAWAN untuk tujuan yang sama, ada pelajar yang mengusik aku, "wah famouslah tuan hari ni.

tapi aku akui pertama kali aku diserbu begitu, yang pasti aku perlu bertanggunjawab atas pengesahan yang diberi.masalah pada aku adalah untuk mengenali semua wajah-wajah pelajar yang aku anggap macam anak saudara aku, mana mungkin aku dapat mengecam semuanya. aku tahu dan cukup sedar tanggunjawab aku berat kerana pelajar-pelajar ini sebilangan kecilnya adalah mereka yang selalu menyusahkan aku, yang selalu membuat bising dalam library, yang tidur dalam library, yang makan dan minum dalam library tetapi aku turunkan tandatangan tanda memafkan mereka kerana mereka memang tidak mendapat penjelasan dari taklimat mengenai perpustakaan seperti sepatutnya..

dan dikalangan mereka yang aku tak nak tuduh tapi terpaksa dituduh mencuri bahan pusat sumber, kalau laptop yang sebesar tu pun boleh di kebasnya, apalah sangat buku.aku tahu ada buku dan majalah hilang tapi apa daya aku, dengan kawalan keselamatan yang lemah tanpa sekurity gate pelajar yang memang tak paham larangan dan undang-undang memang boleh mencuri buku dengan mudah. justeru aku pastikan pembantu aku mengenalpasti pelajar yang belum menjelaskan denda atau berhutang buku disenaraikan sebelum aku menurunkan tandatangan. aku pastikan untuk berjumpa dengan setiap pelajar..aku renung wajah mereka dan setiap seorang akan aku soal dengan tiga soalan , walau aku tahu mana mungkin mereka nak mengaku tapi itu saja ikhtiar yang boleh aku buat. 

pertama, aku tanyakan kepada mereka," kamu pernah meminjam bahan library? ramai yang geleng kepala, yelah 106 orang ja yang buat kad..tak kurang yang mengaku pernah pinjam tapi dah pulangkan.
aku juga bertanya, "ada kamu terkebas dengan sengaja bahan library, 12 buah buku saya hilang, buku pinjam dari kolej lain pulak tu, ramai yang kata "mana ada tuan, kad pun tak dak, tak lah tuan , takkan saya nak ambik. aku tahu tu soalan bodoh tapi aku tetap berdoa kalau-kalau tergerak di hati mereka nak pulangkan buku-buku tu..

dan yang terakhir aku tanya pada mereka," ada buku yang kamu rasa nak sumbang bahan kepada library, ada sesetengah cakap, nak simpan untuk adik, ada yang kata dah sumbang tapi ramai juga yang cakap tak da..aku katakan kepada bahawa besar pahala jika sedekahkan bahan untuk rujukan pelajar semester depan.aku tak paksa  tapi terpulanglah kepada mereka, aku kira bicara berhemah tu dapat memahamkan mereka bahawa sumbangan mereka besar maknanya kepada pembangunan koleksi bahan library..yang pasti banyak juga buku-buku yang disumbang kepada library, Alhamdulillah..akhir sekali aku mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap mereka dan memohon maaf jika aku pernah menjerkah, menghalau mereka yang melanggar peraturan. buruk baik mereka tetap anak bangsa aku dan saudara seagama dengan aku. aku cuma pemegang amanah atas tanggungjawab yang diserah,moga ada berkat atas ganjaran yang aku dapat setiap bulan..aku doakan mereka berjaya menggapai impian masing-masing lantas menjadi insan terbilang memakmur tanah air, bangsa dan agamaku InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment