Kenangan dulu tetap indah dalam hidup aku,kenangan yang tetap bersemadi dalam diri ini. rasanya tak salah berkongsi kenangan kan. tahun 1983 hingga tahun 1988 adalah tahun awal aku mendapat pendidikan formal,aku tak kenal tadika atau pra-sekolah, ayah dan mak cuma nampak tahun satu di sekolah rendah Kebangsaan Alor Janggus, tapi mujur lah depa nampak, jika tak tah apa yang jadi pada aku hari ni. kalaulah masa tu depa ingat aku ni tak perlu dihantar pergi sekolah sebab ada satu tangan ja dan mungkin tak dapat menulis,tak jadi PUSTAKAWAN lah aku hari ni.syukur pada Allah mummy dan daddy i sedar perkara ni.tahun-tahun awal persekolahan ku ayah masih kuat. kerja sebagai pesawah dengan mengambil upah membuat kerja bendang hak orang lain dengan pendapatan kais pagi, makan tengahari dan kais petang makan malam, sangat kecil pendapatanya. tu pun kalau dia mampu kais. kalau tak dapat kais, kami makan nasi dengan garam dan sayur kangkung tepi sungai, sedap yelah orang susah. jadi ayah hanya ada sebuah basikal tua. pelantar yang besar kat bahagian penumpang buat aku rasa macam first class,
jarak sekolah cuma satu kilometer ja. jadi tak la lama sangat.tapi ada bekas jugakla kat punggung dan paha kalau tak berlapik dengan seluar sekolah. kalau hujan biasanya mak akan suruh aku tumpang jiran kat depan rumah.dah la tumpang pinjam plak duit 50 sen buat bekal..malu dan segan pun ada. anak jiran tu kira macam bau-bau tahi ayam jugak la. dua pupu orang kedah panggil. dia perempuan, mujur tak berkupu-kupu.apapun pak saudara pupu aku tu ada vespa, hijau muda warna dia,ala vespa takkan tak boleh bayang kot. aku berdiri kat depan..fuhh memang best sesekali kepala aku akan terhantuk pada dagu pak ngah aku tu..tapi kadang2 ayah pulak terpaksa bawak aku dan anak pak ngah ni naik basikal. aku duduk depan bahagian pelantar dan anak jiran ni duduk belakang,yelah pelantar tu kan luas. kalau aku yang duduk belakang silap2 ayah akan kehilangan seorang penumpang,tapi tak pernah berlaku begitu.kawan2 di sekolah rata2 anak petani yang sesetengahnya mak,pak depa mempunyai bendang berelong2 keluarga aku hanya ada kudrat untuk menongkah arus demi kelangsungan hidup.
waktu balik sekolah adalah waktu yang aku tunggu..kalau ayah sibuk mesyuarat di mana atas urusan padi dan bendang dan kalau pak ngah pun buzy aku paham dah..aku akan pinjam motor mid, jalan kaki daa.berbekalkan 20 sen baki duit pinjaman aku singgah kat gerai berhampiran sekolah untuk membeli ABC. masa tu baru 2 kupang. murah, kandungan macam abc hari jugak lah.jagung,sirap,kacang yang tu ja lah..aku akan makan sambil berjalan. bila dah tinggal isi saja dah habis sedut guna straw, aku akan gigit buju bawah plastik dan makan semua kandungan ABC tadi. sedappp dan puas. tapi bila masuk bulan ramadhan nah..seksaaa panas terik bulu2 betis pun jadi warna oren..yelah pakai seluar pendek masa tu hodoh bebenor.tapi nak buat macamana kawan aku tu aku tak ingat pulak dia balik dengan sapa..aku tahu semua orang ada kenangan dan pengalaman.cuma saja la aku kongsi kisah yang masih dalam ingatan. cuba tengok anak2 zaman sekarang, kalau ujan naik kereta,jarang dah yang jalan kaki..tak pa lah zaman dah berubah..
No comments:
Post a Comment