Tanggal 14 Jun 2014 Sabtu, aku ambik ETP kursus ni 6 jam ...3 jam teori dan 3 jam praktikal..waktu ni aku rasa cuak dan gementar..aku disuruh bawa kereta sendiri untuk praktikal 3 jam tu..sebelum tu aku dah uruskan insuran khas untuk calon OKU,..kami buat kat Tambang badak..kami disuruh matikan skim insuran sedia ada dan wujudkan perlindungan insuran baru iaitu skim PNO dan dek kerana kereta kami dah 2 kali kemalangan maka kos perlindungan baru tu mencecah RM950.00, Aku bayar semua dan kami dimaklumkan perlindungan tu hanya untuk tempoh 3-4 bulan bergantung kepada keperluan aku belajar dan dapatkan lesen..tapi tempohnya boleh di tambah..
Jadi hari tu cikgu Badariah ajar kami..dan aku seperti biasa suka tanya itu dan ini...ada model sereng dan beberapa peralatan kereta untuk jadi contoh..dia ni lawak jugak dan tak la bosan sangat.. sesi kedua iaitu praktikal..aku cuak lagi.. Aku kena slot 1.00 petang..mujur sebab ada yang kena jam 4 petang dek kerana kurang guru pengajar masa tu...
cikgu Fairuz ajar aku..panas terik sangat masa tu cikgu ni ok dia panggil aku Lan...lan buat macam ni..lan buat macam tu..oka lah mesra..dia kata aku calon oku pertama dia dan dia pun nak cari pengalaman ajar OKU.. Macam aku.lepas sembang itu ini..dia suruh aku bawak kereta dan buat "bukit" dia pun belajar sama macamana nak ajar aku,..kereta Outo ni, buat bukit mudah ja..ewahh..pas tu aku di ajar buat side parking..Auto..mudah gak untuk aku dalam 10 kali buat aku dah boleh belajar..pas tu buat tiga penjuru...
tiga penjuru bagi aku masalah ..aku tak faham cara nak pusing stereng 2 kali pas tu dengan cepat tanpa berhenti kena betulkan balik tayar dan kemudian pusing kanan habis dan tak boleh lepasi penanda dan terlalu ke kanan menghampiri garisan kuning..
3.30 petang menghampiri waktu akhir praktikal, Cikgu menghampiri aku dan bagi aku satu persoalan.."Lan pikiaq dak macamana lan nak bagi signal"? saya dok risau ni lan nak bagi signal macamana nanti..siqnal belah kanan,lan guna tangan kiri..kalau JPJ tanya susah ni...macam tu persoalan berat yang dia simpan dalam otak aku..dan aku mula risau sungguh risau.kalau nak ubahsuai lagi lambat la..dan dalam report hospital aku diminta guna kereta auto ja..mungkin doktor tu pun bangang..
Aku bagitau cikgu fairus sebelum aku balik.."cikgu bagi saya peluang saya nak cuba dulu...
Peringkat awal... |
Bersambung...
No comments:
Post a Comment