SELAMAT DATANG

Saturday, January 24, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 5 ...

Tanggal 2 Ogos 2014 Sabtu setelah beberapa minggu selepas ETP dulu barulah aku dapat mula belajar..mulanya 8 jam belajar RM 200.00 tapi dek kadar baru kos belajar memandu telah meningkat..kerajaan tak lulus lagipun tapi sekolah dah buat keputusan Aku kena bayar RM 320.00 adusss setuju jugak la..nak buat macamana nak ambik lesen...aku ingatkan daftar sebelum 1 Julai 2014 yakni tarikh kenaikan tu aku masih bayar kadar lama..

Apa pun petang ni aku booking jam 4.00-6.00 petang..panas gila jugak..kali ni cikgu fairus cuti aku dapat cikgu Azman...cuak lagi aku sebab terus buat "jalanraya" sebelum tu aku dan wife tampal PELEKAT L pada kereta..cikgu tanya aku..aku pernah bawa kereta di jalanraya ke tidak..aku jawab tak..muka dia aku nampak cuak he..he.he.. dia mungkin risau..aku lagi risau..dia tanya insuran? aku kata siap!!

laluan pertama dia ajar aku bawa slow2 jangan lebih 60 km sejam dan tengok side mirror kanan beberapa second untuk pasti tak makan laluan orang..dia minta aku bagi signal..SIGNAL..boleh ja aku buat..tapi kalau tombol signal sebelah kiri pun, tangan aku kena lepas jugak sebelum dapat tekan signal..cuma mungkin lagi mudah kot..

lepas selesai laluan satu dan dua..aku diminta buat bukit,parking dan 3 penjuru..aku boleh buat semua dengan cukup baik..rahsianya aku guna gear 2..dia lagi slow dari gear D untuk drive..cikgu kata..saya pun tak tau nak ajar lagu mana..tapi macam ni  lah semua nya...
Jam 6.00 petang selesai 2 jam pertama..kami balik terus pendang dan sampai jam 7.00 malam..Alhamdullillah sempat buat Asar dan selamat syukur pada tuhan..ingat senang ka..tangan satu,kena strok pulak tu..LU PIKIR LA SENDIRI..
BERSAMBUNG.. 

Sunday, January 18, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 4...

Tanggal 14 Jun 2014 Sabtu, aku ambik ETP kursus ni 6 jam ...3 jam teori dan 3 jam praktikal..waktu ni aku rasa cuak dan gementar..aku disuruh bawa kereta sendiri untuk praktikal 3 jam tu..sebelum tu aku dah uruskan insuran khas untuk calon OKU,..kami buat kat Tambang badak..kami disuruh matikan skim insuran sedia ada dan wujudkan perlindungan insuran baru iaitu skim PNO dan dek kerana kereta kami dah 2 kali kemalangan maka kos perlindungan baru tu mencecah RM950.00, Aku bayar semua dan kami dimaklumkan perlindungan tu hanya untuk tempoh 3-4 bulan bergantung kepada keperluan aku belajar dan dapatkan lesen..tapi tempohnya boleh di tambah..

Jadi hari tu cikgu Badariah ajar kami..dan aku seperti biasa suka tanya itu dan ini...ada model sereng dan beberapa peralatan kereta untuk jadi contoh..dia ni lawak jugak dan tak la bosan sangat.. sesi kedua iaitu praktikal..aku cuak lagi.. Aku kena slot  1.00 petang..mujur sebab ada yang kena jam 4 petang dek kerana kurang guru pengajar masa tu...

cikgu Fairuz ajar aku..panas terik sangat masa tu cikgu ni ok dia panggil aku Lan...lan buat macam ni..lan buat macam tu..oka lah mesra..dia kata aku calon oku pertama dia dan dia pun nak cari pengalaman ajar OKU.. Macam aku.lepas sembang itu ini..dia suruh aku bawak kereta dan buat "bukit" dia pun belajar sama macamana nak ajar aku,..kereta Outo ni, buat bukit mudah ja..ewahh..pas tu aku di ajar buat side parking..Auto..mudah gak untuk aku dalam 10 kali buat aku dah boleh belajar..pas tu buat tiga penjuru...

tiga penjuru bagi aku masalah ..aku tak faham cara nak pusing stereng 2 kali pas tu dengan cepat tanpa berhenti kena betulkan balik tayar dan kemudian pusing kanan habis dan tak boleh lepasi penanda dan terlalu ke kanan menghampiri garisan kuning..

3.30 petang menghampiri waktu akhir praktikal, Cikgu menghampiri aku dan bagi aku satu persoalan.."Lan pikiaq dak macamana lan nak bagi signal"?  saya dok risau ni lan nak bagi signal macamana nanti..siqnal belah kanan,lan guna tangan kiri..kalau JPJ tanya susah ni...macam tu persoalan berat yang dia simpan dalam otak aku..dan aku mula risau sungguh risau.kalau nak ubahsuai lagi lambat la..dan dalam report hospital aku diminta guna kereta auto ja..mungkin doktor tu pun bangang..

Aku bagitau cikgu fairus sebelum aku balik.."cikgu bagi saya peluang saya nak cuba dulu...
Peringkat awal...


Bersambung...

Saturday, January 10, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 3...

Tanggal 31 Mei 2014..Sabtu..Aku daftar untuk ambik ujian komputer..dah puas belajar dan buat latihan pagi tu wife teman aku ke Relek Test di Shahap Perdana..dan aku macam biasa kalau ada aktiviti mendebarkan..perut aku pasti buat hal..melilau pula cari tandas..kami sampai jam 8.00 pagi..jam 9.00 baru aku dapat buat ujian..sebelum tu kena bayar duit gambar RM 10.00 untuk L katanya..

dan sebelum tu jugak aku hadapi masalah untuk pengesahan pendaftaran pada mesin pengimbas..jari aku bermasalah..kena buat kad khas pulak untuk aku.. Depa bagi PC no 2 kat aku..masuk no IC dan pilih calon awam..mulanya jari aku kebas..masalah timbul bila mouse tu tak nak bergerak cursornya..mause pun kecik ja seminit dua jugak aku tersekat kat situ..puncanya jari aku kebas dan tekan mouse tak bergerak..puas tekan jawapan tapi tak mau nak lekat..panik aku masa tu..

lepas selesai aku pi ambik result..dah tau dah..sebab kat PC pun dah di nyatakan lulus ke gagal..Aku dapat 45 markah LULUS...macam tak percaya pulak..dan Alhamdullillah..aku tak perlu buang duit RM 27.00 untuk sekali test..lega...dan sememangnya untuk ujian komputer ni ada yang berbelas kali ambik tak lulus..lulus..susah tu tak lah sangat, bagi aku rajin buat latihan lepas lah..kalau susah sangat mengaku ja buta huruf habis cerita... 

Bersambung...