SELAMAT DATANG

Sunday, February 5, 2012

Jom Masuk U..

Sebahagian maklumat yang diperolehi
Ahad 5 Februari 2012, jam 8.49 malam lokasi biasa kuartes..Dah bulan Februari dah, minggu lepas aku menempuh beberapa peristiwa antaranya adalah Majlis persaraan Ketua Jabatan Sains KMTK En Fuzi Hassan. Memang gemilang majlis ni dan ini pengalaman aku menyaksikan penganjuran majlis untuk seorang tokoh Pendidik ketika aku bergelar Pegawai Kerajaan tapi masa bergelar pelajar dulu memanglah kerap, cuma waktu tu aku bukan faham sangat erti dan istilah persaraan. Tetapi kini terlalu subjektif pada aku untuk mengupas istilah ni. 

Juga pada minggu lepas aku uruskan aktiviti Pameran dan Jualan buku program berjalan lancar dan pada Sabtu 4 Februari yakni kelmarin aku bersama wife dan dua anak saudara berkunjung ke " Karnival Jom Masuk U" berlangsung di Stadium Darulaman. Karnival ni umpama ekspo pendidikan yang sangat menyeronokkan pada aku kerana inilah peluang aku sebagai PUSTAKAWAN  untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai Universiti2 di Malaysia.
Banner di luar perkarangan Stadium Darulaman Alor Star


Kami bertolak dari rumah jam 10.00 pagi, Sampai di Stadium Darulaman kelihatan deretan bas dari pelbagai Institut Pendidikan yang samada menjadi peserta atau rombongan pengunjung, memang menyeronokkan kerana kebanyakkan Universiti2 di Malaysia menyediakan pameran dengan maklumat2 yang aku perlukan. Tanpa rasa segan aku kesetiap sudut di ruang 2 setiap institusi berkenaan memohon dibekalkan satu set lengkap maklumat mengenai institusi mereka. "saya nak satu set lengkap maklumat mengenai institusi encik untuk saya tempatkan di Perpustakaan " cukup mudah aku dapat maklumat2 tu dan hasilnya lebih 20 beg serbaguna aku perolehi, Sebelum masuk dewan pameran, dalam hati "wah banyaknya beg dia dapat".  Lepas keluar dewan, orang lain pulak hairan tengok aku, "tuu diaa banyaknya beg dia dapat..Aku pula jadi malu, cepat2 ja aku nak masuk kereta,
Ramai Pengunjung yang tiba lebih awal

Dulu masa ke Ekspo Pertanian sikit ja maklumat aku dapat, tapi kali ni Alhamdullillah bolehlah aku proses dan tempatkan dalam Bilik Rujukan. Ini semua adalah satu usaha membina koleksi, tiada sapa yang suruh tapi pengalaman bertugas di Public Library Kedah buat aku sedar kepentingan mengumpul maklumat2 ni, Memang menyeronokkan.. Kami balik jam 12.00 tengahari dan singgah makan kenduri di Taman Alor Janggus. Ok jumpa lagi...

1 comment:

  1. Encik ni seorang pustakawan lah kan.. saya nak tanyalah kenapa staff yg kerja di perpustakaan kadang2 baik kadang2 garang sangat...

    ReplyDelete