Hari ini 25 Januari 2012, lokasi dalam bilik aku yakni di rumah mak kat Padang Lalang sekarang hampir 7.00 pagi,
Ini adalah kisah yang memalukan berlaku pada aku di penghujung tahun 2011, aku tak sempat nak update kisah ni.Hari tu Ahad 18 Disember 2011. Aku Mak dan Atan ke rumah kak di Alor Janggus untuk memukat, kami memang rancang lama dah yakni masa aku memancing dengan mak dulu, ikan memang banyak. Kami bawak 10 pucuk pukat. Bila dah habis area rumah Kak, pukat kami labuhkan,aku ajak mak ke sebelah utara sungai, kebetulan memang kami tengok ada dua orang pemancing yang memang penduduk area tu coz rumah depa tak jauh dari sungai.
Kami bergerak ke rumah kak Jah (memang nama sebenar ) mak kenal,aku kenal semua kami kenal, dia selalu berkunjung ke rumah Kak aku untuk bersembang jarak rumah dia dengan rumah kak aku dalam 150 meter. Jadi di sungai depan rumah dialah kami labuhkan pukat, labuhan pertama tiada masalah, selepas tu aku mula risau takut2 ada orang yang memancing di kawasan tu, maklumlah itu kawasan orang, selepas labuhan kedua, salah seorang daripada dua pemancing tadi menghampiri pukat kami, kedudukannya adalah di seberang sungai, sungai tu lebarnya cuma dalam 10 kaki, kecik ja, pemancing warga mas itu mula mengomel sendirian " Depa tahan pukat tang ni, orang nak mengail!!! awat tak tahan tang kogk tu? (konkrit simen bulat yang diletak dalam sungai untuk dibuat jalan penganti jambatan) aku yang masih belum paham situasi sebenar pun mencelah, "Tang tu ada orang mengail jugak, jawapan tu mungkin buat makcik tu lagi bengang gamaknya, jadi sambil mengomel tak puas hati dia mengutip sampah sarap dan membuang ke dalam sungai dan ke arah pukat...
Mak yang mengalami masalah pendengaran berkata " tak pa dia nak hambat ikan.., hambat ikan apa dia tengah marah tu kata aku pada mak. situasi tegang itu di burukkan lagi dengan ungkapan2 kak Jah yang " berbunyi "tak boleh mengail la noo depa tahan pukat, walhal tadi dia kata tak pa kalau tahan pukat kat situ. mungkin dia serba salah nak sokong sebelah mana , dia, berbisik perlahan kepada kami.."alaaa dia mengail bukan dapat pun.Aku melangkah pulang dengan dada berombak dan muka yang sebam.Semasa sampah di buang ke pukat, kami hanya menyaksikan sahaja kerana tak menyangka kejadian tu akan berlaku. Aku kira jarak makcik tu memancing tadi dengan pukat yang kami labuh dalam 60 meter, tambah pula tiada kocakan air kerana kami menggunakan tali sebab mudah dek lebar sungai yang sempit.
Aku merenung sejenak kejadian tu, dengan malu yang masih bersisa aku kumpulkan kenyataan bela diri. Memang la tu port dia dok mengail tapi takkanlah habis ikan dalam sungai tu kerana 2 pukat yang kami labuh, dia boleh mengail hari2 kat situ takkanlah orang nak letak pukat dalam 2 jam pun tak boleh. Sebenarnya ini soal maruah hak dan kuasa aku kira..Alangkah bagusnya kalau dia buat macam tu kepada orang2 asing yang dah masuk merata ceruk dalam negara kita ni,
beberapa hari selepas tu mak bagitau yang ikan kat sungai tu mati bergelimpangan dek kerana ada individu yang membuang racun untuk aktiviti penanaman padi. tak tau sapa, dengan niat atau tanpa niat tak pasti plak aku.Apa pun itulah pengalaman sekian hingga jumpa lagi....