Sabtu 2 Februari 2013...8.34 malam..Dah masuk bulan dua dah..amboi cepat sungguh masa berlalu..
22 Januari 2013..Selasa.
Kat depan Malaysia Hall |
Jam 7.00 pagi kami dah keluar untuk ke balai Sudirman bagi upacara penyerahan ijazah kedoktoran untuk adik ipar yang keluar lebih awal. Jadi kami ke Balai Sudirman dengan bantuan rakan adik.Cuma tak pasti Sudirman ni Sudirman Malaysia atau Indonesia..Taksi dah menunggu kami..Pemandunya aku5 tengok sering membantu penumpang untuk masukkan beg atau apa2 barang ke dalam teksi..di Malaysia.."abang tolong ambik beg,baru dia tolong"
Bila sampai kat Balai Sudirman.tetamu dah ramai. Ada beberapa orang Jurukamera yang asyik shoot gambar kami..dah tau dah...kena ni..Masuk selepas di iring aku tengok biasa ja.tempat duduk adalah berdasarkan no kad jemputan..69..memang nama untuk adik ipar aku..hanya untuk dua orang..mak duduk kat tempat rakan adik yang keluarganya tak dapat hadir..
Majlis bermula dengan nyayian lagu "Indonesia Raya" pas tu adalah ucapan -ucapan dari pentadbir tertinggi Universitas seramai 99 orang graduan dengan kebanyakannya orang indon hanya 12 orang pelajar Malaysia..upacara mengangkat sumpah dan doa dibuat dalam versi mengikut agama..mula dengan Islam, Kristian ,Hindhu dan Budha...selepas tu 99 pelajar dipangil seorang demi seorang..setiap kali pelajar naik pentas ibu dan bapak pelajar diminta berdiri..sampai part aku dan wife..kami buat dek ja..yalah mak mertua aku yang kena bangun, semua tetamu tengok kami..ah lantak lah..dan satu perkara nampak sagat kami orang Malaysia adalah wife pakai baju kurung aku pakai kemeja..bapak2 dan ibu2 putera -puteri pelajar indon siap blazer dengan tali leher atau batik jawa, yang ibu2 pakai baju stail jawa dengan sanggul tebuan ramping pada pinggang dan tertonggek-tonggek ketatnya..muda tak pa juga 50 lebih aku rasa.
Aku perasan doa majlis dia tak baca masa mula majlis. kat nak tamat baru di jemput seorang Dr. yang mungkin seorang ustaz kot..dia steady ja jalan perlahan-lahan dan baca doa. slow dan steady ja..tiba2.. kedebum dia terlentang dan rebah..kelam kabut..aku ingat dia berlakon drama indon..pas 15 minit dia bangun slow dan steady jugak..
Majlis tamat jam 1 petang sebelum makan secara layan diri..keluar dewan kameraman tadi dok pulun bagi gambar..30 rupiah untuk beberapa keping..kami tak ambik pun..bengang mamat tu..bapak kasi ja berapa ja pak..pas kami tak nak..mula2 dia cakap 30 ribu..Jam 1.30 kami pulang ke Malaysian Hall..kami nak pindah dah booking hotel. tak tahan tilam keras...
Kami sampai ke rumah penginapan "Tomang Puri dalam daerah Tomang..kami disajikan permadangan seperti sebelumnya. bilik di sini ok lah. dapat tengok tv siaran indon selesa gak la.Jam 6.00 kami turun makan kat restoran bersebelahan hotel..malam singgah sat beli barang keperluan di kedai apa tah macam 7eleven di sini..dan gas memasak depa aku tengok kontot ja..yang 14 kilo ada la yang kontot tu tak tau la pulak berapa kilo..
jam 10.00 aku tido..letih..
BERSAMBUNG.