Dah nak masuk bulan Mac..Hari ni 29 Mac 2012, aku menulis di lokasi yang sama dan sekarang dah 6.23 petang, pejam celik,pejam celik esok bulan mac. Ada orang pejam celik pas tu pejam terusss...
Baik ini cerita semalam atau kemarin kata orang Kedah. Minggu lepas aku dimaklumkan akan ada lawatan dari Sekolah Menengah Ibrahim, SP katanya dalam 30 orang termasuk guru pengiring. Perkara ini agak mengujakan aku kerana sebelum lawatan hanyalah dari kalangan pelajar sekolah Rendah dan tadika saja, tapi kali ni Perpustakaan menjadi antara destinasi kunjungan.
Bengong jugak memikirkan apa yang nak di"gorengkan" nanti, kalau mee atau bihun sedap gak lah. Sebenarnya kerisau aku hanyalah pada keadaan dan prasarana library yang masih belum mantap segala segi, masih banyak rekahan yang perlu ditampal. Segan memang wujud,elok merendah diri elak mendabik dada, apalah yang kami ada, umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang, Akan tetapi jika orang berhajat kita siaplah gelangang , kalah dan menang bukan perlu jadi persoalan,sambut dan pelawa sedanya itu adat kita.
Aku dengan hanya 5 jari saja mampu ditadahkan, Slide dah lama ada cuma aku kemaskinikan apa yang patut. Memang seronok menerima pelawat sebenarnya. Cuma agak kekok bila dah lama tak "berpublic speaking", dulu masa kat Perpustakaan Awam Negeri Kedah, selalu aku yang bagi taklimat mewakili bos menerangkan fungsi dan peranan Bahagian Koleksi Kedah, kini itu semua hanya kenangan.
Tekunnya aku merapu.. |
Aku rasa cukup "eksklusif" bercakap dalam Bilik Tayangan di Perpustakaan, entahlah rasa dapat konsentrasi yang tinggi, kalau nak bagi ceramah dan nasihat motivasi atau untuk mento mente sangat sesuai walaupun saiznya agak kecil. Dan ketika menulis ni dapatlah pula idea nak touch up sikit bilik ni.
Tekunnya mereka.. |
Namun bila berhadapan dengan public macam ni dan ada pula Kaunselor yang merasakan "sesuatu" yang unik dan menarik pada pembentangnya...yelah aku sangat paham, kalau orang buta boleh repair motor tak ke menakjubkan...itulah pandangan orang pada aku, jauh untuk riak, bongkak serta bangga, semua ni anugerah Allah tak da yang mustahil. haa tengok pelajar2 dia satu tangan boleh jadi Pustakawan kamu yang cukup lengkap ni pasti boleh jadi lebih hebat dari dia. aku simpulkan macam tu lah. Apa pun aku pasti akan ada lagi lawatan seterusnya..aku perlu sentiasa bersedia. Tapi kan kita selalu fikir bila tengok ja OKU pasti kita kagum dengan kebolehan atau kemampuannya tapi jarang kita mengambarkan bagaimana jika aku jadi macam dia.
Ruang taklimat dalam bilik tayangan... |
Cukup jika perpatah menyebut" Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. Aku hanya insan biasa, dipinjam sementara untuk hidup di dunia tapi selalu ingatan tersemat difikiran, jika lahir kita sempurna belum tentu mati kita cukup anggota..
Sebelum berlabuh kata, terima kasih kepada semua follower senyap yang "prihatin" menjadi penyampai buletin utama bagi memanaskan dunia...Wassalam.