Malam ni dibawah tarikh 16 Oktober 2019..Aku bersiaran lagi.Kali ini suka aku kongsikan sedikit perjalanan aktiviti yang aku jalankan di Perpustakaan ini. Nama aktiviti mudah ja"COFFEE BREAKS"...Ramai yang suka sebenarnya..banyak pujian dalam diam,cuma sukar mengungkapkan. Apa pun tak kisahlah..Tapi aktiviti ni menuntut sedikit pengorbanan. Ini bukan idea aku, tapi dilaksanakan oleh sebuah universiti dan beberapa buah perpustakaan yang mewakili institusi2 tertentu, aku ikut dan mengubah sedikit mengikut kesesuaian.
Di sini aktiviti ni aku laksanakan hanya sempena minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan sahaja.Mulanya dulu, aku akan sediakan biskut,gula,kopi dan bekas minuman sahaja..Bajet jangan tanya..ia keluar dari poket sendiri. Jumlahnya tak lah banyak dalam RM 50.00 -RM 100.00 macam tu.Dalam setahun aku akan buat pada bulan April dan Oktober..bergantung kepada tempoh peperiksaan kolej
Dan mulanya dulu, bukan aku yang kendalikan..Staf!!tetapi kini keadaan telah terbalik..aku pula yang bertugas dan staf pula yang bergoyang di rumah.Ahhhh biarlah kita berbicara di Akhirat..Jadi oleh kerana adanya roh dari sebuah keikhlasan,niat yang baik itu..pastinya Allah akan mudahkan perjalanan.Aku istikhomah untuk satu aktiviti santai yang membahagia iaitu memberi orang makan.Ya Allah mudahkan.Jika dulu duit dari poket,kini sudah ada bajet walaupun sedikit dan pastinya bila dana itu habis dan duit poket kembali mengalir, aku tak pernah kisah.ini mungkin sumbanganku untuk tabung akhirat.
Jadi..inilah yang ingin aku kongsi..jika dulu staf akan bancuh kopi di pantri library.aku tak...aku bergegas balik jam 4.30 petang..jangan salah faham..aku masuk 7.30 pagi...sampai ja dirumah biasanya jam 5.30 petang..terus mandi,tukar baju,solat asar..makan malam..dan bantu isteri yang turut membantu..mujur isteri ku tak banyak karenah, walaupun dia sendiri letih..dia siapkan kopi satu bekas besar,teh tarik satu bekas besar,kuah sardin,kuah kacang panggang,roti dan kaya berperisa pandan dan kelapa yang memang dia tak buat tapi kami beli..dah ada bajet takkanlah biskut dan kopi lagi yang nak disaji..
Tepat jam 6.15 petang aku memandu terus ke kolej..dan sampai sekitar 7.15 malam..Library harus ku buka tepat jam 8.00 malam..dan waktu ini..Library di tingkat dua..sunyi sepi..gelap gelita..tengok tiang putih pun kita rasa semacam ja..library bukan dilobi..Aku akan buka semua lampu..aircond..aku seorang diri selepas memakir kereta..perlu mengusung ke tingkat dua...dua bekas minuman..satu beg kuah sardin..kacang dan sebagainya Jam 8.45 semua menu ini aku perlu hidangkan..sehingga jam 10.30 malam...aku seorang diri dengan hanya bertangan kiri..
Namun, Lafaz "TERIMA KASIH TUAN...cukup...cukup..cukup untuk merasa puas yang aku lakukan.