Masih belum terlambat kot...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN..lama tak berblog apa pun hari ni 27 Ogos 2012 dan sekarang dah 8.44 malam ...ini cerita untuk post ekspress kali ni...moga bermanfaat untuk semua...
Sebaik-baik teman sejati adalah buku.
Diantara sebab
kebahagiaan ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, memberi perhatian kepada pembacaan
dan mengembangkan kekuatan otak dengan beberapa hikmah. Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca
dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda. katanya:”buku adalah teman
sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipu
mu dan teman yang tidak membuat mu bosan. Ia adalah teman yang sangat toleran dan
tidak akan mengusirmu, ia adalah tetangga yang tidak akan menyakiti mu dan dia adalah
teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan
apa yang kamu miliki. Dia tidak akan meperlakukan mu dengan tipu daya, tidak akan
menipu mu dengan kemunafiqan dan akan membuat kebohongan.”
Buku adalah suatu
yang jika anda lihat akan memberikan kenikmatan yang panjang, dia akan menajamkan
kemampuan intelektual, melancarkan lisan dan membaguskan gerakan tangan. Dia akan
memperindahkan lafaz anda, akan menenangkan jiwa dan akan melapangkan dada, memberikan
penghormatan kepada orang-orang awam dan membuka jalan persahabatan dengan
raja-raja kepada anda. Denganya anda akan mengetahui bahawa sebulan anda bergaul
dengan buku akan lebih baik daipada anda bergaul dengan orang seumur hidup. Dengannya
anda dapat menghindarkan diri daripada hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan
buku anda tidak harus bersusah payah mengadap seorang pengajar yang mencari makan
dari usaha mengajar, tidak harus belajar dari orang yang secara akhlaq lebih rendah
daripada anda, dan tidak harus duduk bersama orang-orang yang hatinya penuh kedengkian
dan dengan orang-orang kaya.
Buku adalah sesuatu
yang akan taat kepada anda baik di siang mahupun di malam hari. Dia akan setia baik
dalam perjalanan mahupun ketika berada di rumah. Dia tidak menyakiti anda ketika
anda sedang tidur.Ia adalah guru ketika anda memerlukannya, maka ia tidak akan malu
untuk membantu dan jika meninggalkannya kerana kebendaan, maka ia tidak akan memutuskan
faedahnya walaupun anda meninggalkannya dia akan selalu taat. Walaupun orang
sekitar memusuhi anda, ia tidak akan berpaling. Bila anda bersama buku atau menjadikannya
pegangan, anda pasti lebih unggul daripada orang lain
Buku tidak akan
menenggelamkan anda dalam kemurungan dan berteman dengan keburukan, meskipun buku
tidak dapat berbuat apa-apa terhadap anda. Akan tetapi membacanya anda akan terhingdar
dari perbuatan sia-sia seperti duduk termenung.
Faedah
membaca dan mentela’ah
1. Mengusir perasaan
was-was kecemasan dan kesedihan
2. Menghingdarkan
seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal batil.
3. Menjauhkan diri
daripada orang-orang yang mengganggur dan tiada aktivii.
4. Melatih lidah
untuk berbicara dengan baik dan menjauhkan kesalahan dalam ucapan
5. Mengembangkan
akal,mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
6. Meningkatkan
pengetahuan, daya ingatan dan pemahaman.
7. Mengambil faedah
daripada pengalaman manusia dan hikmah daripada orang-orang bijak
8. Mematangkan kemampuan
seseorang mencari dan memproses pengetahuan
9. Meningkatkan
keimanan khususnya apabila membaca buku-buku keagamaan
1. Menenangkan fikiran.
Di petik dan
diubahsuai daripada buku jangan bersedih karya Dr.Aidh bin Abdullah Al- Qarni page
154-155a
Teman memang mesra... |