Salam Ramadhan...Hari ni dah 28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan petang Sabtu saat ni..6.30 petang...Aku cuba jugak untuk mencuri kesempatan untuk merakam sedikit bait-bait kata untuuk semua pengalaman yang aku kumpul.
Pagi kelmarin dari Pokok Sena setelah sampaidi rumah mak..aku ajak anak saudara untuk menziarah seorang rakan yang memang tidak disangka sangka menempuh ujian Tuhan.. Sebelum ke Taman Aman untuk kunjungan ziarah tersebut aku terlebih dahulu mendapatkan bekalan koleksi majalah di salah sebuah kedai di Alor Star. Kemudian aku ke Taman Utama untuk mendapatkan sebuah buku sejarah yang cukup bermakna dan boleh digunakan untuk mewujudkan arkib mini di rumah. Selepas detik 11.45 pagi barulah kami ke Taman Aman lokasi kunjungan ziarah yang asyik tertunggak dek sibuk aku sebagai manusia yang nampak saja sihat...
Sebenarnya dah lebih sebulan aku menerima berita mengenai masalah yang ditempuh rakan tersebut..tiba dilokasi, Hampir 10 minit kami berlegar -legar mencari alamat rumah yang aku perolehi. Maklumlah hanya sekali aku ke situ, itupun rasanya dah 8-9 tahun lalu tambah pulak kami masuk dari arah belakang lagipun otak aku memang ada masalah bab2 nak ingat jalan ni.
Apa pun setelah menjengah kaki di dalam rumah rakan ini..hati mula sebak melihat dia terbaring sambil mata terbuka luas memandang syiling..Rakan ini memang rapat sejak aku mula bergelar penjawat awam. Ali Amran atau yang mesra aku panggil Abang Li.. sedang terlantar sedangkan 4 bulan lalu aku lihat dia masih sihat ketika terserempak di kedai mamak untuk bersarapan pagi..Aku lihat keadaan rakan aku ini dari sudut yang hampir sama seperti yang pernah aku deritai bezanya deritanya lebih teruk..terlantar dek ketumbuhan dalam kepala yang menzahirkan beliau lumpuh sebelah badan..strok..ketumbuhan itu menghimpit fungsi saraf mata yang menjadi punca beliau hilang deria penglihatan..Ada kesan pembedahan yang menyaksikan tempurung kepalanya di buang di bahagian depan..maka munculah keadaan kulit kepala yang masuk ke dalam..buat aku ngeri..
Mulanya dia seakan tidak mengenaliku..selepas beberapa penerangan termasuk gelaran yang melekat pada aku ketika di Perpustakaan Awam dulu barulah aku dikenali. Ingatannya masih baik tapi dia cuba menggunakan deria pendengaran untuk berinteraksi..Melalui penerangan dari isteri beliau aku dapatlah maklumat yang aku nyatakan di atas..
Sebenarnya aku telah mula mengenali beliau ketika aku menuntut di tingkatan 6 lagi waktu tu selepas sekolah bersama rakan2 kami sering berkunjung ke Perpustakaan untuk membuat rujukan. Abang Ali bertugas di Bahagian Rujukan, mungkin dia tak perasan tapi ingatan aku kuat mengenai hal itu. 3 bulan latihan praktikal dan di bahagian Rujukan dia banyak membantu untuk penyediaan bahan pameran berkaitan Ikan Lohan yang popular ketika itu.. dia banyak memberi tunjuk ajar..hampir 7 tahun di situ kami agak rapat kerana sering makan pagi dan tengahari bersama. Kekadang dia hantar aku ke Shahap Perdana ketika aku pulang dari kerja.Pernah dia bertandang ke rumah untuk mendapatkan ikan yang aku tangkap. Inilah antara insan-insan yang Allah hadirkan yang banyak membantu ku dulu.
Melihat keadaanya aku tak pasti adakah dia akan kembali sihat seperti dulu tapi tiada apa yang mustahil..dan berat mata memandang siapalah yang tahu berapa berat bahu memikul..padaku orang takkan rasa bila tak kena bila kena, semua maklumat tentang penyakit tu kita sangat sudi untuk berkongsi..sebelum beredar aku ucapkan kepadanya supaya banykakkan bersabar dan cepat sembuh..aku katakan aku cuba menjengah lagi bila berkesempatan.. Bersyukur saat diuji..buku yang sedang aku hayati...
Abang Li.. |