Salam Ramadhan, hari ni dah hari ke 23 cepat sungguh masa berlalu maknanya hari ni 23 Ogos 2011 lokasi biasa dan sekarang dah dekat Isyak..program terbaru berbuka posa..kami nak ke rumah adik aku di Sungai Padang Perlis, jumaat ni dan Sabtu esoknya tu cadangan nak ke rumah kak di Alor Janggus moga berjaya...kat library KMTK aku buat persiapan besar untuk sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan, semua pakai bajet sendiri..malas la nak claim apa yang penting kemeriahan terserlah seadanya..aku galakkan penyiaran lagu-lagu raya bersiaran slowly dalam perpustakaan...
Dan bila dengar lagu-lagu raya tu aku mula terkenang sambutan menjelang raya zaman kanak-kanak dulu..dulu saat-saat nak raya memang best..malam raya tak sabar2 nak tidog nak tunggu pagi menjelma, bila tiba pagi jam 7.00 aku dah mandi, pi buka almari terus pakai baju raya, masa tu tiada istilah sembahyang raya pada aku, nampak duit saja, seingat aku rumah paling awal aku ziarah adalah rumah Mak Ngah depan rumah, dapat dua kupang, masa tu jugak aku tak paham lansung kenapa nak kena bagi duit pada budak2, aku bawa adik aku dulu pas tu join dengan kawan2 sekampung, jalan kaki ja.dapat duit ronda kampung tak la banyak dalam RM 30.00 ja masa tu kira banyak la..
Bila menjengah remaja dan malu mula bersarang, aku tak lagi ronda kampung umur 13-17 macam tu lah..aku banyak lepak kat rumah sungguh membosankan..menjengah 18-24 tahun sambutan raya aku cukup menyeronok dan memenatkan, lepas ja sembahyang kawan2 akan jemput dengan motor dan kami bergabung menjadi satu rombongan berkunjung dari satu rumah kawan ke rumah kawan yang lain rumah aku biasanya tiba giliran dekat2 senja, campur tolak rumah cikgu2, aweks dan sebagainya pernah beraya sampai 10.00 malam bayangkan...umur selepas 25 tiada lagi kemeriahan lalu, kawan2 dah beranak pinak tak leh lagi naik motor lalu menyedari keadaan tu kami mengubah konsep dengan mengadakan reunion, cara tu saja paling sesuai,
dan kini raya aku tak lagi semeriah dulu, masa banyak habis dengan wife dan keluarga kami, belanja pun meningkat, apa taknya anak saudara dah masuk 24 orang cucu saudara dah 5 orang parah aku nak sedia duit raya...aku dah tak lagi memikirkan baju raya,kuih raya tapi fikiran lebih tertumpu pada hantu raya dan balairaya serta pilihanraya
Indahnya nostalgia raya masa dulu..kini aku tak ghairah lagi nak beraya cuma selagi mak masih ada jadi kewajipan aku berkunjung kerumah adik-beradik mak dan aruah ayah tu ja buat aku rasa seronok sikit, cuma aku masih tak ada anak tak lah beban tu bertambah2 semua orang ada nostalgia tentang rayakan...okkk..