SELAMAT DATANG

Monday, October 14, 2019

Derita Seorang Insan..

Hari ni,Isnin 14 Oktober 2019..Sudah dua semester aku bertugas disebelah malam dari jam 8.00 sehingga 11.00 malam sempena minggu peperiksaan. Sememangnya bukan tugas aku sebagai penjawat awam atas kapasiti 41/44. Sem lepas ada staf yang sentap bila di tegur. terus buat alasan melepaskan diri. kali ni semua staf mencipta alasan untuk sekali lagi melepas diri..maka terpaksalah aku, atas dasar tanggungjawab dan profesionalisma memikul derita ini.. Mana aku nak letak muka jika perkara ini di ketahui oleh rakan pustakawan  atau Perpustakaan Negara sendiri.Memang aku gagal memimpin manusia-manusia yang Allah utus untuk mengujiku. sebab tu aku berhajat jika umur ku panjang aku ingin membela lembu semasa pencen nanti.

bukan niat nak mengungkit, cuma bila tak dikongsikan deritanya tiada siapa yang tahu..Aku tidak boleh menuntut apa-apa dari apa yang aku lakukan. Cuma sedaya upaya untuk ikhlas menyumbang jasa..hukum dunia, manusia sanggup apa saja jika ada habuanya.bukan senang. ketika diari ini aku tulis..aku telah berkerja sejak jam 7.30 pg lagi dan ketika ini jam menunjukkan 8.19 malam..Sehingga jam 11.00 malam nanti, barulah aku boleh melangkah pulang sehingga sampai di rumah pada jam 12.00 malam berbuka tadi pun hanya berbekal roti dan minuman kotak, badan terasa tengit, mungkin boleh melelapkan mata sekitar 1 pagi..Esoknya 4.30 pagi jam loceng yang setia itu akan berdering lagi, untuk hari baru yang berulang..ahhhh penatnya dan letihnya aku.Sanggupkah kalian.

Sebenarnya, lemahnya aku adalah kerana aku terlalu bertolak ansur,beralah pada keadaan dan membiarkan orang yang pandai bercakap,pandai berlakon didepan orang,pandai bermuka-muka dan bijak mengadu domba mengambil kesempatan. memikirkan masa depan keluarga,ibu yang masih ada,keluarga yang perlukan sokongan,kerjaya yang aku bina dengan nilai-nilai yang baik..membuat kan aku hanya mampu bersabar..menelan dengan pedihnya bila ada manusia yang menghina aku,mempertikaikan kredibiliti aku tanpa sedikit pun sedar bahawa dia juga manusia biasa yang semakin hina dipandang orang.Hanya kesabaran yang tinggal..akal sering menasihatkan aku supaya sabar..sabar dan sabar..sebab aku kenangkan buruk padahnya jika emosi diikuti..
jika sabar dibuang ketepi..emosi dituruti pastinya ada yang akan mati.Dulu nya aku mudah sungguh panas hati,baran sentiasa berapi-rapi.cuma kini aku sesali tiada guna mengikut emosi,kerana Allah sentiasa memerhati
Namun sesungguhnya, aku sentiasa akan ingat bahawa setiap saat dalam tempoh bekerja keringat aku dibayar dengan gaji..justeru tidak boleh aku sesekali  mencuri tulang, tidak boleh masuk pejabat dan meninggalkannya sesuka hati,tidur dalam waktu bekerja melainkan masa rehat diberi dan banyak lagi sikap buruk penjawat awam yang tiada intergriti.Sesungguhnya kita tidak pernah mahu bersyukur,jika jawatan, kita lepas.. berguni-guni calon menanti 

Setiap hari aku menadah tangan..ya Allah keluarkanlah aku dari sini.aku dah tak sanggup lagi..aku dah tak sanggup lagi..bulan Jun 2020, genap 10 tahun..cukuplah,cukuplah, ditempat lain pula ingin ku tabur bakti. moga senang hati pembenci-pembenci, tiada lagi aku di sini. Tapi apakan daya selagi rezeki masih diberi...aku harus bekerja sepenuh hati..dan dengan pengorbanan aku atas derita ini, aku memohon agar Allah menggantikanya dengan kelalaian aku sewaktu bekerja,kelewatan aku dalam urusan masa ,kealpaan aku yang sia-sia.