SELAMAT DATANG

Tuesday, March 25, 2014

Saat itu tiba jua..

25 Mac 2014
7.54 malam..
kuarters..

Dia renung aku, dalam pandangannya..aku cemas,gelabah dan takut..
"Kerja apa?" saya kerja kat Perpustakaan Awam pakcik" "lama da?..ishh lama dah..

"Pakcik, sebenarnya saya mai ni bawa hajat..kalau pakcik izinkan saya nak ambik anak pakcik jadi orang rumah saya.." aku telan air liur pelan-pelan..isteri dia tak jauh dari kami..

"Kita ni orang Melayu,..ada adat, pi balik dulu bincang dengan orang tua dan suruh depa mai sini...baik pakcik.."

itulah permulaan aku berbual dengannya. Orangnya kecik ja..bekas askar yang pastinya tegas dan garang..masa tu orang islam sedang meraikan Hari Raya Aidiladha tahun 2007, Aku pi dengan seorang anak saudara, kami memang risau..mau dia ligan kami...tentu tak cukup tanah aku lari.. tapi kalau dah jodoh takkan kemana..ABAH!!. memang kekok pada mulanya aku nak set istilah itu di mulut..biasa pada aku adalah AYAH..Apapun dia seorang yang suka membaca akhbar dan aku kalah maklumat dengan dia..

biasanya aku akan study dan bersedia dengan isu semasa agar dapat berbual dengannya.Ada kala dia diam dan enggan berbual jadi suasana pun sunyi..

Tak seperti aruah ayah, tak banyak kenangan aku bersamanya..Abah yang aku kenali sebagai Adan bin Awang, kini tiada lagi. Tanggal 19 Mac 2014 bersamaan awal pagi Rabu, Abah kembali kepada penciptanya.

Pagi tu memang agak mencabar..aku sesungguhnya telah bersedia dengan saat itu. cuma tak menduga saat itu cukup cepat..walaupun dari Pendang ke Pokok Sena hanya sejam perjalanan..tapi tiga jam aku ambik masa untuk tatap wajah aruah abah, semuanya atas alasan tak nak menyusahkan orang..

Abah mengidap kencing manis,mungkin atas amalan pemakanan beliau yang tidak dapat dikawal. Abah keluar, masuk wad di Hospital Sultanah Bahiyah sejak November 2013..kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman membuatkan pada saat akhir hayatnya, dia asyik muntah dengan bendalir hitam pekat.Kegagalan organ dalamannya berfungsi membuatkan minda ku sedar yang hayat abah makin singkat.

Beza dengan aruah AYAH,  aku hanya balik untuk melihat kuburnya sahaja..Aruah Abah adalah sebaliknya..aku sempat memberi penghormatan terakhir buatnya..Bila Ayah tak ada, aku harap lama Abah jadi pengganti, apakan daya hanya 7 tahun gelaran bapak mertua aku gunakan..

Ketika membacakan yasin buatnya, air mata aku tumpah.mana tidaknya kenangan kepada aruah AYAH begitu kuat..aku hanya sempat tengok kubur sahaja..

Sesungguhnya, saat kematian tidak akan lewat barang seminit dan takkan cepat pada waktu yang ditetapkan..Semoga aruah ABAH dan AYAH aman di sana.Aku pasti menyusul pada masa dan saat yang tetap buat ku..AL-FATIHAH UNTUK aruah abah Adan bin Awang dan aruah ayah Ismail bin Rani..