SELAMAT DATANG

Tuesday, June 28, 2011

Amarah yang tidak terbendung..

Aku baru saja balik dari dengar ceramah di surau KMTKsempena Maal Hijrah, esok 19 Jun Kedah cuti umum. dan tajuk kat atas tu adalah berkenaan kisah dua hari lepas, sebelah pagi dalam jam 10.30 ramai sekali pelajar yang masuk ke perpustakaan untuk pelbagai tujuan. entah bagaimana terdetik di hati untuk keluar dari bilik PUSTAKAWAN dengan niat untuk memantau. Yelah pelajar yang ramai buat keadaan jadi haru biru,  tiba-tiba berdesup sebelah aku tempias angin sepoi-sepoi bahasa Sepanyol menempeleng muka aku yang mulanya cool. Pelajar tu berlari macam usop wilcha yang terkejutkan kak Limah, tiba2 ja boleh berlari walaupun kakinya lumpuh terkena traktor bajak sawah.

tiba-biba saja menyirap darah aku,mendidih, mujur tak tumpah ke lantai kuang ajor betul budak ni, aku pun spontan menjerkahnya, "Hoii, dia menoleh kepadaku, Aku memanggilnya, mai sini," pasal pa kamu lari ?. selamba dia jawab, " nak bagi cepat.memang betul jawapan yang dia bagi walaupun ada kelucuan di situ, cumanya tak kena pada tempat. aku dengan nada tinggi menjerkahnya sekali lagi " kamu ingat ni padang ka.!! lagi sekali saya nampak kamu lari siap kamu, dia tunduk sekejap dan berlalu, kejadian itu di saksikan beberapa pelajar berdekatan, dengan dada dan jantung yang masih berdebar, kekesalan dan rasa sedih cepat melata dalam hati, kesal kerana aku tak mampu mengawal marah. sedih kerana menjatuhkan aib manusia di depan khalayak,
aku kongsikan kejadian tersebut dengan seorang Juruteknik, bukan meminta sokongan cukup sekadar luahan perasaan. menurutnya tindakan aku itu wajar kerana pelajar tak boleh di beri muka, rasa bersalah aku cempung sampai ke malam, Aku bukan suka memarahi orang, jauh sekali jatuhkan aibnya, aku gemar bertolak ansur menyimpul bicara dengan budi bahasa, lemah lembut membantu seadanya..kejadian tu terus menghantui aku, sedih bersarang dalam diri tapi apa boleh buat perkara dah pun berlaku..
esoknya dengan  lemah longlai kaki melangkah ke pejabat. tetiba," Hoii Mat, mangkuk hayun betoi, awat hang jalan kot tu, jalan orang dah buat hang tak ikut. tersentak aku, tapi legaaa jerkahan itu bukan untuk aku, aku tidak buat salah apa2, dituju khas oleh seorang yang aku hormati kepada dua orang pelajar yang memintas jalan berumput sedangkan laluan khas untuk berjalan telah wujud untuk digunakan.Aku tergamam seketika, lantas berfikir, kecik je kesalahan budak2 tu, tapi pada aku tetap wajar kerana fikirkanlah signifikannya, tiada jalan mudah untuk berjaya, nak berjaya jangan malas, jangan shortcut sebab tak nak jauh dan susah, sebenarnya aku dan semuaaaa staf KMTK adalah pendidik, aku mendidik mereka untuk patuh kepada peraturan dan larangan, setiap perkara perlu ada undang2 jika tak mereka takkan jadi manusia yang berdisiplin dan tanpa disiplin susah nak berjaya dalam hidup, tak mampu ikut peraturan pergilah berkawan dengan kera di hutan, itu lebih baik..jadi sebelah malamnya tidurku nyenyak kembali..

Sunday, June 26, 2011

Detik-detik yang berlalu..

Ada sesuatu yang merunsingkan aku akhir-akhir ini. semacam satu perasaan takut yang hadir begitu halus dan berseni ke dalam diri..aku menyedari bahawa detik waktu terus berlalu dengan begitu pantas, hari berganjak hari, minggu berkunjung minggu, bulan tak lupa bertandang dan tahun bersilih ganti..aku semakin tua dan umurku semakin singkat, badan nampak sihat tapi bersarang penuh penyakit.

Minggu ni dah genap sebulan pelajar-pelajar sesi 2011/2012 berkampung di KMTK, dan setiap waktu dan dari setiap sudut memantau tingkah mereka. Sebagai seorang PUSTAKAWAN. aku perlu membantu dalam menyediakan keperluan maklumat mereka. Aku melihat adanya ruang-ruang kosong yang membataskan mereka mendapatkan maklumat, serba serbi kurang, ia memberi sedikit tekanan pada aku.
Pada sesi ni aku lihat Pelajar lebih berdisiplin, tiada lagi gelak tawa ria dengan lawak bodoh yang menyakitkan hati, tetapi sikap kebudak-budakan itu tetap ada, tak tentu pasal tiba2 berlari macam jumpa Hantu Kak Limah, aku melihat mereka akan berkunjung dengan jumlah yang agak besar sekitar jam 10-11 pagi, hanya pada waktu itu kaunter pinjaman sesak dan sibuk,Peminjam pula meningkat mendadak bila semua pelajar aku sediakan kad untuk pinjaman bahan, perlu diingat kami belum lagi menggunapakai sebarang sistem perpustakaan. inilah cabarannya. situasi yang tidak berubah dari semester lepas adalah sikap pelajar yang suka meninggalkan barang2 peribadi dan botol2 mineral sesuka hati, sudah ada trend makan dalam library bilamana ada bungkusan roti yang ditinggalkan, satu yang sukar mereka ikut ialah larangan  membawa masuk fail dan buku teks persendirian, fail dilarang adalah kerana peluang untuk mengambil bahan perpustakaan tanpa izin cukup cerah, dan buku teks pula jika di bawa masuk akan menimbulkan kekeliruan kerana sukar nak membezakan bahan library atau hak pelajar itu sendiri, staf pula seakan malas nak bersuara mengulang-ulang larangan dan peraturan tersebut. aku berharap situasi baik ini akan berkekalan sehingga akhir semester, tapi pada waktu itu muncul pula couple2 yang menyakitkan mata, resam dunia. setakat ni juga tiada lagi pelajaryang aku tangkap atupun di beri amaran kerana melanggar peraturan,

Dalam pandangan dengan otak yang tak pernah berhenti berfikir bagaimana nak membangunkan perpustakaan KMTK kekadang dibenak teringin sekali aku pergi jauh, meninggalkan semuanya yang aku tempuh, lari meninggal beban bagai askar yang tewas di medan perang.ingin sekali aku memejam mata dan berkunjung ke suatu tempat yang sangat luas dan lapang..entahlah hidup adalah perjuangan yang panjang...Aku terlalu penat..

Tuesday, June 21, 2011

Mereka yang memberi aku arahan..

Ini cerita dan pandangan aku dari pengalaman yang aku kumpul selama ini..kerana bila aku menjadi bos, aku terkenang kembali sikap dan watak mereka yang pernah menjadi bos aku dulu...sebagai seorang bos aku menilai mereka dari seluruh cara dan tingkah laku, lalu aku membuat kesimpulan, mereka bos yang baik atau sebaliknya..

Sumber:
Bos aku yang pertama, berwajah garang tapi murah dengan senyuman. belum sempat aku berkesempatan melihat dia meluahkan kemarahan kerana tidak lama aku di bawahnya, dia akan meronda dan aku sentiasa bersedia untuk menjawab apa jua pertanyaan yang terbit dari mulutnya, waktu tu melihat wajahnya sahaja aku dah kecut, perkataanya penuh dengan sindiran dalam kelembutan,tapi cukup pedih menikam perasaan. seringkali aku melihat dia beramah mesra dengan kakitangan bawahanya, nampak mesra tika senyum mengungkap bicara, dan individu yang menyapa persoalannya, mungkin hanya bersandiwara serta bermuka2..

Bos aku yang kedua, sentiasa ceria memeriah suasana, longhat kelat di bawa kemana saja, aku senang bersamanya, dia mencurah pengalaman dan jasa, mendidik adab dan etika agar aku  menjadi pegawai berwibawa..aku guna semua petua dari bos aku yang aku kagumi, kami mencipta banyak kenangan dengan ria melaksana tugasan, dia seorang yang banyak pengalaman, tak lokek menyumbang jasa, aku dianggap seperti kawan dan aku menyokongnya melalui idea dan buah fikiran, maka atas keikhlasan dan kesungguhanku tidaklah pelik aku menjadi orang kanan, sering juga aku menjadi tempat luahan semua tekanan dan kekecewaan sebab kelemahan pengurusan dan pentadbiran. dia menyakini bahawa aku bakal bergelar bos sepertinya, bukan hanya harapan kerana impian telah pun menjadi kenyataan. aku kagum bos seperti ini


Bos aku yang ketiga, telah terang lagikan bersuluh, banyak rungutan bertimbun dan jenuh, aku di ingatkan wajar bersedia, kerana tingkahnya tak tentu hala, pagi memperihalkan tentang kucing petang bercakap pula tentang ayam di hutan. terlalu bijak hingga sukar arahan dianjak. aku sering menggeletar seluruh badan bila ingin mendapat sokongan, bila jenuh dengan sumpahan , kepala pun gagal membekal uban, pandangan dan cadangan tak yahlah disuarakan cepat dapat pantas dibuang dari fikiran, lekat pada kekuatan ingatan pernah bercakap mengalih pandangan, terhina aku sebagai insan , besar sangatkah aku punya kesalahan, bos begini cepat lah bersara kerana melihat wajahnya saja aku dah sengsara.

Bos aku yang keempat..ketika pertama kali bertentang mata wajahnya redup mengingatkan aku pada seseorang, dengan ikhlas aku dimaklumkan bahawa keupayaan aku satu kekaguman, bertugas aku di bawah seliaannya dia prihatin segala kekurangan, mudah berbincang bertukar pandangan. ketika aku di uji Tuhan beliau hadir memberi kekuatan, boleh bertolak ansur dan berperikemanusiaan. tidak lama aku di bawah bimbingan mendoa aku teruskan kecemerlangan walau dengan seribu kepayahan.

Bos aku yang kelima, Aku respect penuh kehairanan, seorang bos murah senyuman, cepat mesra penuh keceriaan. mengheret  yang sukar lalu dimudahkan, menggesa aku perlahan-lahan agar kejayaan muncul kemudian. aku belum pernah melihat bos seperti ini, bergaul mesra tanpa ada jurang menghalangi, dia memberi penuh kepercayaan, buat aku menjadi segan, kalau aku tidak melaksana tugas seperti yang diamanahkan. tapi kita insan seribu kelemahan, sedih aku melihat satu keadaan, bila ramai mengambil kesempatan dari kebaikan kurniaan Tuhan, kepada Tuhan aku pohonkan moga bos aku ini baik kesihatan meminpin kami ke mercu kejayaan. Aku mendengar ada keluhan dari manusia yang mencari kesempurnaan, ini tak betul sana tak kena, senangnya dia mengolah bicara, seolah-olah dialah ketua. mungkin dia lupa satu stigma bahawa manusia tak pernah sempurna.

hari ini aku telah menjadi seorang bos, kadangkala aku dihinggapi sedih, aku membentuk satu pendirian bahawa aku tak nak jadi bos yang tidak disenangi orang bawahan, boleh bertolak ansur, berperikemanusiaan, mengganggap staff umpama kawan, cuma selagi tidak lepasi sempadan, aku suka meminta pandangan serta buah fikiran, menggelak aku saja yang betul dalam membuat keputusan, idea yang disokong dengan kesungguhan menjadi modal utama aku membuat penilaian, masa yang tepat jadi perhatian,rajin dan bersemangat mesti ditunjukan, aku menilai melalui pandangan, ku simpan kukuh dalam fikiran, jika ada tidak memuas perasaan, rendahlah engkau punya SKT tahunan.

menjadi seorang bos cukup sukar, baik sangat pun salah, tegas sangat pun payah, segalanya ok pada aku selagi "Saya yang menurut perintah" jadi pegangan . Beruntunglah pada mata hati bila mendapat bos yang baik..dan janganlah menyumpah2 bos dan siap mendoakan pula dia mati  cepat jika mendapat bos yang..paham2je lah..

Baik!!!Bos.

Sunday, June 19, 2011

Gelaran yang tidak mereka inginkan..

Hari ini, aku dapat seorang lagi staf. Pembantu Am Pejabat. oklah KMTK dapat 8 orang staff, mereka diagihkan kebeberapa unit dan unit Perpustakaan ditawarkan seorang staff lelaki. Syukur pada Tuhan kerana aku mula uruskan perpustakaan KMTK seorang diri, hanya dibantu staff pinjaman walaupun PAP yang baru ni pun pinjaman tapi aku dah disokong dua pembantu tetap,sekurang-kurangnya beban dulu semakin ringgan. aku rasakan bila bercakap mengenai Pembantu Am Pejabat atau PAP bila ada sekumpulan pap tentulah ada individu yang akan menjadi ketua atau Chiefnya..maka individu ini jika bertugas di Kedah tentulah dia tak mau jawatan tu kerana orang Kedah ni, dia nak ringkas dalam apa saja situasi, kalau pergi, jadi "pi" saja. jadi kalau Chief akan jadi " Chie saja..so cuba gabungkan dengan jawatan tu..aku pun tak mau rasanya..he..he..he..

Ada seorang penduduk kampung aku yang aku panggil Tok Ngah Awang atau panggilan manjanya, Awang Tok Dun, dia ni orang biasa saja. buat kerja kampung saja..tapi tulah dia memang tak mau di beri satu gelaran. tinggi gelaran ni tapi dia memang tak mau..gelaran tu adalah tun..cuba gabungkan.. he..he..he..ok post ni tak dak gambar ..

Wednesday, June 15, 2011

Tiket..Tiket..

sewaktu kecil dahulu, mak sering bawa aku ke Alor Star naik bas.tahun 80an Syarikat Sri Kedah memonopoli laluan utama Alor Star-Kangar, Masa tu bas banyak , setengah jam sebuah. dan masa tu juga masih rendah taraf ekonomi, mampu ada motor ja, kereta tak seramai mana he..he..keluarga aku masa tu dah ada kereta, tapi kami guna buat angkut tanah dan pasir..

Aku masih ingat, bila naik ja bas, mak selalu pesan, "Lan hang jangan tidoq naa," mungkin mak tak larat nak dukung kalau aku terbuka kilang baja dalam bas, masa tu kalau mak nak ke Kodiang kami akan tunggu bas tepi jalan..masa tu ada bas Kodiang, bas Megat Dewa, Bas Jerlun, bas Sanglang dan bas Kangar, tambang aku dah tak ingat tapi tak lebih RM 3.00 kot..apabila ke Alor Star, bas akan berhenti di Stesyen bas lama, mana ada lagi Terminal bas Shahab Perdana..jadi aku timba pengalaman melalui mak. Apabila meningkat remaja dan bersekolah menengah Di Sekolah Tunku Abdul Rahman memaksa aku gunakan bas secara bersendirian. masa tu aku tingkatan satu, aku masih ingat kali pertama secara solo naik bas, aku tak yakin, sebab sebelum tu mak uruskan tiket dan bayaran.. jadi petang tu hari Khamis aku nak balik kampung, dek tak yakin(jangan lupa aku ada satu tangan ja..) aku ajak Siti (cucu Tok Hawa Chop) yang kebetulan nak balik juga ke kampung..bila bas sampai dengan takut2 aku naik..bas tu jenis lama, cuma ada laluan tengah yang sempit muat untuk selisih ja, penumpang waktu tu ramai gak la, aku melihat ada sedikit ruang lapang di sebelah belakang, menyusur aku ke belakang, kerusi bas jenis tinggi, pemegang untuk bergayut ada tapi jarang2, ketika itu aku mengalas buku yang agak banyak dan tentulah berat, dek kerana letih aku tidak bersedia untuk sebarang kejutan, berdiri memang menyeksakan..Pemandu tiba2 menekan brek, dan tekan pulak minyak, kuat pulak tu, maka terlentanglah aku di lantai bas, buku yang berat sukarkan aku untuk bangun, lebih menyakitkan perasaan bila penumpang lain tengok saja buat dek macam aku badut sarkas buat lawak..
itulah pengalaman naik bas yang aku tak pernah lupa menunggu bas cukup memeritkan , bila tak nak naik banyak pulak bas lalu-lalang, bila nak guna berjam2 kena tunggu, banyaklah kenangan naik bas yang lalui, bersesak2 nak turun kerana penumpang terlalu ramai, menjadi kerdil naik bas UITM Shah Alam bila 99 peratus pompuan hanya aku seorang lelaki, kena rogol naya,, Mat Bangla yang bangang membuka stokin dalam bas, macam nak bagi penyepak saja dan macam2 lagi kenangan..cukuplah dulu. Jadi aku tunaikan janji untuk kongsikan pengalaman bersama bas

Tuesday, June 14, 2011

Sukarnya untuk aku mempamerkannya..

Ada sesuatu yang buat otak aku ligat berputar..untuk memikirkan bagaimana untuk melihat dalam gelap tanpa cahaya..untuk menghilang lelah tanpa perlu berehat..untuk kekemasan tempat tanpa perlu mengubah..di kalangan individu yang berkecimpung dalam dunia perpustakaan,pameran semasa, pameran berkala pameran tertutup, pameran terbuka atau apa saja perkara yang hendak dipamerkan memerlukan medium ruang, maklumat, peralatan, sumber manusia dan banyak lagi keperluan lain. aku punya idea tapi untuk menghidupkan kereta tanpa enjin tentulah mustahil. 

dari awal lagi aku melihat bahawa pameran merupakan wadah mempersembah sesuatu pemangkin kepada aktiviti perpustakaan. semasa di Perpustakaan Awam Negeri Kedah dulu, sentiasa aku terlibat membantu menjayakan sesebuah pameran..pernah aku bersama kawan2 menaiki keretapi dari Alor Star ke Padang Besar untuk merasai sendiri pengalaman bila mana aku diarah menyediakan pameran untuk slot Memori perpustakaan. Dengan tajuk "Sejarah Pembinaan Jalan Keretapi di Negeri Kedah, aku menjadi penyelidik hampir 2 bulan, mula mencari bahan untuk mengumpul maklumat. aku terjah stesen keretapi Butterworth untuk cari sumber maklumat..setelah cukup maklumat untuk tujuan itu, aku memerah fikiran mecipta konsep persembahan untuk bahan pameran, aku tentukan keperluan gambar2 yang besesuaian, merangka caption bagi bambar2 tersebut, mengolah susunan maklumat agar tepat fakta yang hendak disampaikan, bukan mudah  kerana karya tersebut dinilai ketepatannya oleh orang awam..aku aturkan keperluan peralatan yang aku perlukan, kakitangan pentadbiran sekelip mata menguruskan..tunjukkan keperluan gambar kakitangan terlatih menyediakan..setelah segala kelengkapan sempurna beberapa rakan akan membantu, idea dan pandangan dibincang bersama, aku tidak keseorangan menempuh cabaran. masih aku ingat aku semadikan sebuah karya seni untuk aku sertakan bersama bahan pameran, untuk tempoh sebulan sajian itu terhidang untuk tontonan, aku puas kerana berjaya menjayakannya, memang aku mampu kerana punya pengalaman

di sini aku ingin lagi mencuba pengalaman yang ada..idea jelas tapi menggerakkannya terlalu sukar..otak ligat berputar mencari kaedah terbaik untuk mempersembah, hanya internet yang menjadi sumber memperkukuh maklumat, memohon peralatan yang perlu entah bila akan diperolehi..aku sering melihat medium mempamerkan bahan yang merupakan warisan tinggalan sekolah, mujur dapat juga medium di sumbat ke perpustakaan sebelum maklumat dapat dipersembah. Aku ligat mencari jalan bagaimana mengadakan pameran tanpa perlu meminta bahan yang diperlukan..setelah beberapa hari Aku bersyukur kerana sudah nampak laluan untuk meredah, aku terpaksa berkorban untuk satu kejayaan. aku tidak boleh lagi manja dengan hanya tahu meminta. aku keluar mencari sendiri barang keperluan, memerah fikiran kerana tidak ada lagi sebarang pandangan. aku telah pun mendapat idea bagaimana menjaya pameran tanpa peruntukan tetapi tetap kena berkorban..keadaan disini terlalu berbeza, kalau sekupang pun nak berkira alamat kmtk takkan kemana. aku pun memejam mata atas sumbangan kecil dari poket atas nama pengorbanan.. takkanlah rela menunggu lama untuk sesuatu yang amat diperlukan, sedangkan keperluan begitu mendesak , tanpa bahan tu kerja tak jalan..jadi berkorbanlah aku setakat mampu..syabas kepada indidu yang aku nampak telah berkorban untuk kecemerlangan kmtk, menjalankan tugas walau mengalir duit dari poket sendiri..yang berkorban masa dan keringat..warga terbaik adalah warga yang menyumbang bukan hanya tahu meminta2..

Saturday, June 11, 2011

Hobi part2...

Aku mulakan dengan membaca..memang ini hobi utama aku..sejak darjah 6 aku dah pun mula mengumpul bahan sebagai koleksi bacaan..bahan tu adalah komik..dulu harga komik cuma 60 sen..aku suka baca komik..tahun 80 an dulu..kedai sebelah sekolah Kebangsaan Alor Janggus ada jual komik..komik cerita iron man, spiderman dan macam2 lagi penerbitnya aku tak ingat, sampai sekarang komik2 tu masih aku simpan, bersama koleksi buku2 akademik menjadikan koleksi peribadi aku ada dua rak..dulu result UPSR pun elok aku simpan, tapi banjir beberapa kali telah memusnahkannya .

Aku bukanlah pembaca tegar, tapi memang suka membaca, bila tanggunjawab sebagai seorang lelaki semakin berat, hobi ni kurang sikit mendapat tempat..aku cukup suka dengan buku, buku Dr Tuah banyak aku miliki kerana motivasi santapan paling lazat untuk aku jamah. ada duah buku yang belum habis aku baca..buat duit dengan blog karya Yazid Yahaya dan Rindu Eropah tawan Damascus karya Munir Ramli tak lagi habis baca tak sempat kadang2 letih sangat. Tapi wife aku pembaca tegar..sebulan 6 buah buku , 5-6 majalah..cuma sukar sikit nak kongsi apa majalah yang dibacanya, sebab tak berapa nak sesuai, tau majalah pa? MIDI, majalah untuk wanita yang nak menopous he..he.  kira setahun mungkin dalam 70 buah novel dan buku lah dia baca..aku memang suka dan kami kerap ke Popular cari buku. sekarang ni ada dua rak, aku cadang nak tambah lagi dua rak, memang seronok membaca sebab maklumat dan ilmu yang kita peroleh tu macam zat untuk tubuh. kat kuarters ni pun dah dibanjiri buku.

seterusnya, aku suka melukis, aku mula melukis ketika aku tingkatan tiga, aku masih ingat soalan subjek lukisan untuk percubaan SRP tahun 1991 soalan nombor 5. seekor haiwan ganjil sedang mengusung makanan  ke sarangnya, gambarkan keadaan itu, aku lukis sebagai latihan sebelum exam sebenar, aku tampal lukisan tu kat dinding rumah, tak silap aku lukis semut kot, silap aku semut tu serangga ahhh bedal ja unsur ganjilnya aku lukis kakinya macam kaki ayam he.he. sejak tu aku mula melukis, peringkat awal lukisan aku buat tanpa frame banyak yang rosak sebab ada seranga macam angkut2 ke apa tah ala macam sedara sepupu tebuan gak suka angkut tanah dan buat penempatan haram lak kat lukisan 2 aku yang rosak aku buang, sayang masa tu aku lupa buat koleksi tapi selepas 1995 aku mula framekan dan balut dengan plastik, aku kira mungkin tolak campur darab bahagi ada dalam 40 buah juga lukisan tu. lukisan last sebelum sakit tahun 2007, dua lukisan yang besar, teringin lagi nak melukis tapi tah..tak yakin dah nak pegang berus, tengoklah nanti macamana.

hobi seterusnya adalah memancing, hobi ni tuntut kita supaya sabar, sobar2 jika tak baik pi beli ja kat pasar..cuma janganlah beli ikan kembong, tongkol atau gelama kalau nak cakap beli tak prnah dibuat orang mengail kat sungai dapat ikan tu, laut baru betul. tapi aku nak kongsi pasal memancing dalam bendang, laut dan sungai tu biasa. tapi memancing bendang ni kena ada skill tinggi, macamana nak masukkan mata kail dalam bendang yang padat dengan anak padi tu..aku pernah mengail, dua jam ikan tak makan2 umpan, kalau ikan tu boleh bercakap kena dah aku, " awatlah mamat ni bangang sangat , umpan dok atas perdu padi aku nak makan lagu mana, ooiii..bagi memudahkan proses aku akan turun dalam bendang dan buat lubang sikit. syaratnya, jangan sampai tuan tanah kedaunng nampak, nanti dia ligan dengan parang he.he. oklah banyak lagi hobi aku, nanti lah aku citer lain , esok nak kerja oh ya 7 Jun lepas genap setahun aku jadi PUSTAKAWAN kat KMTK ni cepat masa berlalu kann..ok

Monday, June 6, 2011

Hobi..part 1

aku nak menulis pula tentang hobi..perkara ni juga sama macam cita2.selalu cikgu minta pelajar buat karangan pasal hobi untuk subjek BM, Aku main belasah ja...masa kecik2 dulu antara hobi aku adalah bermain..wajib la budak2..aku suka tengok kawan2 melastik burung..aku tengok ja..nak buat tak boleh..selain tu aku suka main pondok2..he..he. dengan budak pompuan. cacak buluh 4 batang, buluh jadi alang buat bumbung dan potong daun pisang buat bumbung..bila siap pondok..kami semua masing2 ingat mengingati agar jangan tersentuh tiang buluh tu..sebab kami main letak ja tak ikat pun. jadi sapa2 nak masuk dan keluar kena hati2, lantai tanahlah. jadi selalu sangat pondok runtuh sebab memang kami tak reti nak dok diam.

bila nampak awan gelap..aku jadi seronok sebab pondok pasti dapat diuji..tapi nak uji apa lagi,daun pisang..lencun laa..satu lagi hobi aku adalah main guli. kali ni main ngan kawan2 laki, tak pernah aku nampak budak pompuan main guli. kami main bawah rumah yang lapang dan luas..tak pernah orang main guli dalam hutan atau pun dalam sungai..masa sekolah rendah memang best main..masa tu kalau beli sekupang dapat 7 biji kot, ntah aku pun tak ingat. tapi satu balang penuh koleksi biji guli aku..kami hobi main aku yang ni kami panggil zero point..ntah apa orang panggill kat tempat lain aku pun tak tau. alaa getah yang di rantai panjang tu..kena pandai lompat he.he main ngan budak pompuan lagi..tapi aku pandai main games ni..kena main tempat yang ada rumput baru best.. bukan main kat atas jalan..nak kena langaq..
apa lagi hobi aku banyak lagi  nanti aku sambung pasal  hobi aku bila dah dewasa plak..ada citer best di Astro sat g kkkk

Sunday, June 5, 2011

Cita-cita...

Masa aku sekolah rendah dulu, aku tak tau pun tentang cita-cita, ramai kawan2 bagitau kat cikgu yang mereka bila dah dewasa nak jadi Guru, nak jadi Doktor, nak Lawyer dan macam2 pekerjaan lagi. semua hebat2 lah..aku tanya kawan aku, nama pa tah lupa dah"hang nak jadi doktor ka.? dia tanya aku balik awatnya?. nak jadi doktor macam mana, belajar malas asyik dok kencing dalam kelas ja..dia senyap ja. bila cikgu tanya aku, Roslan, besaq esok nak jadi pa ? dengan bersemangat aku jawab, saya nak jadi Superman cikgu, terkekeh kawan aku tadi gelak..Cikgu pun tahan nak gelak.. Cikgu pun cakap kat aku, kamu mana boleh jadi Superman Roslan, Awat cikgu ?. Superman terbang dengan dua tangan, kamu satu tangan, tak boleh nanti senget..aku tengok cikgu tuu errr tah lah macam mana spontan ja aku bagitau nak jadi Superman..bila semakin dewasa aku mula tetapkan cita2 bahawa aku nak jadi apa pun tak pa asalkan berjaya, kalau jadi   guru, guru yang berjaya, jadi pekebun , pekebun yang berjaya, perompak, perompak yang berjaya..aku pun tak jelas bagaimana aku boleh berjaya menjadi PUSTAKAWAN, kira jawatan profesional jugakan..

kawan2 aku dulu sekarang jadi macam2 ada yang dok bela anak pas sorang, keluar plak sorang dok buat kerja tu la..ada yang jadi guru, ada dulu dok panjat bumbung sekolah, letih cikgu nak ligan, la ni jadi tukang rumah.ada yang monyok dalam kelas , macam ayam berak kapur, la ni dok jual ayam, kira oklah, bila selisih dengan aku tak kira jauh dekat, keloii, lannnn... punyala baguih, yelah aku ni orang mudah kenal, tangan takdak sebelah, sembunyi pi la macamana pun orang kenai...

ada seorang kawan yang sekampung dengan aku,cukuplah aku sebut yun, dia ni budak lelaki yang buas cikit..aku pernah main bola sekali untuk rumah sukan dulu..dia selalu buli aku, dia suka pukul lengan untuk bergurau, sakit jugak bila semakin dewasa dia pilih jalan yang salah aku selalu jugak bertemu dengan yun di masjid masa hari jumaat tapi kami tak mesra macam zaman sekolah, dia banyak diam, badan pun kurus ja, satu hari aku dengaq yun meninggal sebab jatuh dari bangunan, katanya dia ambik benda haram tu.. ntah lah..